Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Padah negeri pahang bermula dengan cerita rebut jadi calon





 Isnin, 22 Oktober 2012

YBM TAN SRI TENGKU AZLAN KEKAL MP JERANTUT, DATO WAN AMIZAN SERTAI PAKATAN RAKYAT JIKA TAK DICALON MP JERANTUT ATAU ADUN TAHAN.

SALAM SEJAHTERA DAN AS-SALAMMUALAIKUM


Sekarang hangat di perkatakan yg YBM Tan Sri Tengku Azlan akan mengekalkan kerusi Ahli Parlimen Jerantut. Apa yang dijanjikan oleh YBM untuk melepaskan MP Jerantut hanya tinggal kenangan, kerana tenaga dan kekuatan YBM di perlukan pada masa ini. Hanya YBM sahaja yang boleh memenangkan BARISAN NASIONAL di bahagian Jerantut.

Hanya perubahan akan berlaku kepada semua ADUN ADUN di tiga kawasan dun di Jerantut iaitu di DUN TAHAN, DUN DAMAK dan DUN PULAU TAWAR.


Ura ura mengatakan yang Dato Wan Amizan tidak akan bertanding lagi sebagai Adun Tahan kerana mempunyai seribu satu masalah yang belum beliau selesaikan dan juga belum dapat diselesaikan di peringkat NEGERI dan NASIONAL. Lapuran dari KEMAS, JASA, MIO, SB SB POLITIK dan sebagainya memberi lapuran yang tepat tentang salah laku Adun Tahan tersebut kepada semua agensi agensi yang dilantik oleh BARISAN NASIONAL dan UMNO MALAYSIA. Ada suara yang mengatakan jika Wan Amizan tidak dicalon sebagai MP mahupun ADUN, Beliau akan menyertai PAKATAN RAKYAT. Dan akan berdendam dengan BARISAN NASIONAL.Inikah pejuang UMNO dan MELAYU yang sebenar?


Dato Dr Ahmad Shukri Ismail juga tidak disenaraikan sebagai Adun Pulau Tawar lagi mahupun MP Jerantut yang di idam idamkan nya selama ini. Beliau juga mempunyai seribu dua masalah. Isu tanah bandar Jerantut di jual kepada yang bukan berhak sedang hangat diperkatakan rakyat Jerantut pada masa ini. Isu tanah felda berstatus Bumiputera di bawah pentadbiran nya banyak lepas kepada CINA CINA KOPERAT. Tapak tapak rumah untuk golongan yang layak belum diselesaikan dengan secara adil. ADAKAH Beliau ini diperlukan lagi sebagai orang YANG BERKHIDMAT untuk rakyat?


YB Dato Lau Lee Adun Damak adalah wakil Rakyat yang paling kuat kerja pada masa ini untuk menghadapi pilihan raya ke 13 nanti. Jika beliau tercalon lagi adalah 5 penggal berturut turut. Beliau memiliki kekayaan yang sangat besar, sehingga kuota Bumiputera Pertubuhan Peladang Kawasan Paloh Inai di Muadzam Shah pun beliau sebagai Director nya. Subsidi Minyak Diesel pun beliau sapu juga. Dikatakan juga undi kaum cina di kawasan beliau tidak lagi dapat membantu beliau pada PRU13 nanti. Boleh dikatakan semua undi kaum cina telah berpihak kepada pembangkang pada masa ini. Keadaan nya seperti telur di hujung tanduk pada masa ini. Kerana undinya langsung tidak membantu Undi Parlimen BARISAN NASIONAL. PERLUKAH YB MCA INI LAGI?


sekian.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.