Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MUSANG AMAN

Saturday, October 13, 2012

SPRM dicabar dedah kertas siasatan kes Musa Aman


Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) ingin memberi respon balas ke atas jawapan bertulis Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz kepada Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berhubung penyeludupan wang sejumlah RM40 juta melibatkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Kenyataan Nazri bahawa wang berjumlah RM40 juta yang cuba diseludup ke Malaysia melalui Hong Kong merupakan sumbangan kepada Umno negeri dan bukannya kepada Musa adalah satu kenyataan yang sangat mengejutkan dan membuka ruang spekulasi yang lebih besar.

Dua persoalan besar timbul hasil kenyataan Nazri ini:

(i) atas kapasiti apakah Umno menerima sumbangan yang sangat besar jumlahnya dan diragui status serta sumbernya?

(ii) apakah wujud kemungkinan bahawa ia juga merupakan dana asing untuk membantu Umno mempertahankan Sabah yang kian ‘tidak selamat’ selaku status ‘fixed deposit’ Umno?

AMK turut mempersoal atas kapasiti perundangan manakah yang membenarkan mana-mana parti menerima sumbangan, khususnya dalam jumlah yang sangat besar mencecah puluhan juta ringgit tanpa melalui transaksi yang sah? Sekiranya ia bukan berbentuk sumbangan, timbul pula persoalan baru bagaimana Umno Sabah boleh mempunyai wang sedemikian besar jumlahnya.

Terdahulu AMK telah melakukan pelbagai inisiatif untuk memastikan kes ini disiasat sewajarnya, termasuklah ke Hong Kong pada tahun 2009 untuk bertemu dengan Independent Commission Against Corruption (ICAC) Hong Kong.

Dengan penutupan kes ini oleh SPRM, nyata sekali ianya mencetuskan kekecewaan yang besar di sebalik omongan kosong kerajaan untuk membanteras rasuah.

Memperlihatkan kepada merit kes ini melibatkan keselamatan negara, sehubungan itu AMK mencabar Peguam Negara serta Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk mendedahkan kertas siasatan SPRM dan juga komunikasi di antara SPRM serta ICAC berhubung kes ini.

Buat Musa Aman khasnya, sila dedahkan dimanakah punca dan sumber wang sejumlah RM40 juta tersebut sekiranya ia benar-benar ‘sumbangan tulus ikhlas’ buat Umno Sabah. Dan beban pembuktian juga harus dipikul Musa untuk menyatakan apakah ini berkaitan atau tidak dengan pendirian kerajaan Switzerland yang menyatakan kesediaan untuk membekukan aset beliau di Switzerland berikutan dakwaan penyeludupan wang sejumlah US$90 juta yang melibatkan beliau.

AMK tidak melihat ada keperluan untuk kerajaan berlengah berhubung isu ini. Di sebalik manipulasi media kononnya KEADILAN menerima dana asing yang jelas sekali satu fitnah, Umno disaran jangan ibarat meludah ke langit yang kelak terkena muka mereka sendiri.


Shamsul Iskandar Mohd Akin,
Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia

43 orang berkata:

Anonymous said...

Pembangkang pun menerima bantuan politik dari luar. Mereka takkan mengakuinya juga.

Anonymous said...

Musa didapati tidak bersalah dan adakah kerajaan Swiss akan membekukan aset beliau? Tentulah tidak.

Anonymous said...

Sumbangan boleh diterima asalkan tidak menggugat keamanan negara.

Anonymous said...

Pembangkang sudah mulai banyak permintaan untuk menunjukan ketidak puasan hati mereka terhadap hasil siasatan MACC. Hasil laporan MACCM adalah sulit bukan untuk public.

Anonymous said...

MACC adalah badan berkecuali pasti telah menjalankan tugas sebaik mungkin. Pembangkang harus menerima kenyataan daripada siasatan MACC

Anonymous said...

pembangkang tak puas hatilah tu.

mantera said...

ICAC yang memang dikenali badan bebas dan telus tidak mengambil tindakan terhadap Musa, jadi mmg Musa tak terlibat.

Tristan said...

Pemberian dana RM40 juta kepada Umno Sabah adalah bertujuan derma politik dan selagi ia disalurkan dengan cara yang betul ia bukan satu kesalahan-Najib Razak

Anonymous said...

Pernahkah pembangkang mendedahkan sumber untuk derma politik yang mereka terima?pasti pembangkang pun tidak lari dari menerima derma dari luar.

Anonymous said...

Kes yang turut difailkan di Mahkamah Switzerland merupakan permohonan Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah (MACMA) oleh ICAC. Permohonan MACMA ini juga telah ditarik balik atas alasan yang sama-tiada elemen perbuatan rasuah.

alai said...

Anwar dikatakan menerima dana dari soros.

Takuya said...

Kenapa juga ni telampau banyak yang tak puas hati dengan Musa?

Takuya said...

Dah tak cukup bukti macam mana lagi mahu buat. aiskk, apa lah...

Mars said...

Sudah confirm takda kaitan dengan rasuah, masih juga ada yang mempersoalkannya.

Anonymous said...

Macam saja pembangkang pernah dedahkan dari mana dorang dapat sumber kewangan mereka.

cece said...

Ini memang kes pembangkang tak puas hati lah ni. hahahhaa, lucunya.

cece said...

Isu ini pasti sengaja diperbesarkan sebab susah sangat nak kalahkan Musa jadi terpaksalag main belakang. hehehe

Anonymous said...

Kesian juga pembangkang kan... Masih juga tak mahu akun kalah. hahaha

Anonymous said...

Sudah-sudahlah tu, tak payah lagi banyak soal atau cari pasal. Musa pasti akan terus jadi pilihan rakyat.

Anonymous said...

Lepas ini entah apa lagi yang pembangkang nak buat. Susahnya jadi pemimpin, ada saja yang mahu menjatuhkannya.

Anonymous said...

Terpulanglah pada rakyat untuk buat keputusan next GE nanti.

wilfred said...

Akhirnya terbukti Musa tak terlibat dengan rasuah.

Kay said...

Makin dekat PRU makin banyak pula taktik yang digunakan oleh pembangkang.

Kay said...

Sengit PRU kali ini dan pastinya akan rancak dengan pelbagai isu kreatif.

Kay said...

Semoga rakyat dapat membuat penilaian yang tepat dan mengundi calon yang layak.

Anonymous said...

Sebelum ini pernah kah pembangkang dedahkan sumber kewangan mereka?

Anonymous said...

I doubt that the opposition has no help from outside.

Anonymous said...

Pembangkang tidak puas hati yang BN/UMNO dapat sumbangan yang banyak.

Anonymous said...

Kenapa perkara ini diperbesarkan sedangkan MACC suda menyatakan bahawa Musa tidak terlibat.

Anonymous said...

MACC investigation result is not for public eyes. Its P&C.

Anonymous said...

Ginilah nie kalau mo dekat PRU. Semua mau kasih jatuhkan si Musa.

kit said...

TIdak payahlah isu ini diperbesarkan. Case close suda bah. Musa aman tidak terlibat.

kit said...

Banyak lagi isu yang lebih besar seperti PATI isu. . Fokus kepada isu2x tersebut.

Anonymous said...

Ini adalah strategy pembangkang untuk membinggungkan rakyat.

momo said...

bagaimana pula dengan pembangkang? adakah mereka akan dedah pihak yang memberikan sumbangan pada mereka?

momo said...

pembangkang sibuk mengambiltahu isu ini, tapi mereka seperti lupa isu2 yang melibatkan pemimpin mereka.

belalang said...

(i) atas kapasiti apakah Umno menerima sumbangan yang sangat besar jumlahnya dan diragui status serta sumbernya?

atas kapasiti apa pula jentera2 Pakatan menerima dana soros sejak tahun 2005 yang bernilai rm20 juta?? darimana pula datangnya sumber kemewahan pemimpin2 pakatan yang mampu memiliki jet eksekutif, bas mewah dua tingkat, treler jelajah merdeka, bunglo rm6 juta???? bukankah ianya juga diragui??

belalang said...

(ii) apakah wujud kemungkinan bahawa ia juga merupakan dana asing untuk membantu Umno mempertahankan Sabah yang kian ‘tidak selamat’ selaku status ‘fixed deposit’ Umno?

adakah kegairahan pemimpin2 pembangkang membangkitkan kes yang sudah selesai ini semata2 untuk menutup tembelang Pakatan Rakyat yang sudah terbongkar bergelumang dengan dana Soros?

belalang said...

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) cuba membutakan mata dan memekakkan telinga bila parti pujaan mereka terpalit dengan pelbagai skandal rasuah dan dana asing

SAH! Musa Aman bersih dari skandal rasuah

Melalui kenyataan Nazri dan Najib, jelas sekali tidak wujud apa-apa kesalahan atau keraguan berhubung dengan RM40 juta ini. Alasan yang pertama, Datuk Musa Aman tidak terlibat dangan tuduhan rasuah, dan alasan yang kedua, wang itu hanya sumbangan politik yang mana turut diguna pakai oleh parti-parti pembangkang bagi melancarkan misi rampasan kuasa. Cuma masalahnya, wang itu disumbangkan mengikut cara yang salah, dan kesilapan menyalurkan dana itu pula bukan kesilapan dipihak umno, sebaliknya kesilapan dipihak penyumbang dana.

Sekarang ini bermacam-macam pertikaian dan "putar alam" disebarkan oleh media pembangkang sedangkan isu pokok hanya berkenaan dengan "sumbangan politik" iaitu sama dengan sumbangan JET eksekutif Anwar.


belalang said...

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) cuba membutakan mata dan memekakkan telinga bila parti pujaan mereka terpalit dengan pelbagai skandal rasuah dan dana asing

SAH! Musa Aman bersih dari skandal rasuah

Jika sumbangan RM40 juta itu dipertikaikan oleh pemimpin, penyokong dan media pembangkang, rakyat juga berhak mempertikaikan kemewahan pemimpin-pemimpin Pakatan terutamanya Anwar Ibrahim yang mampu menaiki Jet eksekutif secara percuma (kos menyewa RM96,000 untuk penerbangan ke Sabah dan Labuan), memiliki banglo bernilai lebih RM6 juta di Segambut Dalam, kereta pertama, MG Rover 3500cc bernilai ratusan ribu ringgit, bas mewah dua tingkat yang dianggarkan bernilai RM900000, treler jelajah merdeka dan kos guaman (skandal liwat) yang dianggarkan hampir mencecah RM10 juta.

belalang said...

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) cuba membutakan mata dan memekakkan telinga bila parti pujaan mereka terpalit dengan pelbagai skandal rasuah dan dana asing

SAH! Musa Aman bersih dari skandal rasuah

Anwar yang bergaji seringgit mampukah memiliki semua kemewahan ini? parti Pakatan terutamanya PAS yang gemar menghidangkan tabung tin milo setiap kali berkempen (kononnya untuk tabung parti), mampukah memiliki kemewahan ini? Jadi persoalannya dari mana datangnya dana untuk membiayai kemewahan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat? ini belum termasuk kos demonstrasi, kos perjalanan untuk berkempen dan sebagainya. Cuma dua sumber sahaja yang Bullet fikir, iaitu dana awam kerajaan negeri Pakatan atau dana Soros. Jika ada pihak yang mengatakan semua kemewahan itu dimiliki secara pecuma dari pihak yang perihatin terhadap perjuangan Pakatan Rakyat, eloklah orang itu buat pemeriksaan mental secepat mungkin sebelum tahap kewarasan orang itu bertambah kritikal.

belalang said...

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) cuba membutakan mata dan memekakkan telinga bila parti pujaan mereka terpalit dengan pelbagai skandal rasuah dan dana asing

SAH! Musa Aman bersih dari skandal rasuah

Selain dari kemewahan yang dinikmati oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, tidak kurang juga kemewahan yang dinikmati oleh NGO dan media pro pembangkang. Dari tahun 2005 hingga 2011, NGO dan media pro pembangkang di negara ini telah disuapkan dengan dana yang mencecah hampir RM20 juta dari National Endowment for Democracy (NED) bagi membantu misi rampasan kuasa Pakatan Rakyat. Sikap 'pemurah' pertubuhan yang turut dikaitkan dengan penyangak mata wang, George Soros itu dibuat menerusi pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sama ada yang berdaftar atau tidak serta agensi-agensi lain.

belalang said...

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) cuba membutakan mata dan memekakkan telinga bila parti pujaan mereka terpalit dengan pelbagai skandal rasuah dan dana asing

SPRM dicabar dedah kertas siasatan kes Musa Aman

Tahukah pemimpin-pemimpin pembangkang bahawa Amalan Rahsia dalam hal penyiasatan oleh polis atau badan pencegahan rasuah atau apa-apa badan berkuasa adalah amalan satu dunia? Ianya hanya boleh didedahkan apabila ada kes dan dakwaan dibuat di mahkamah. Apa sahaja maklumat siasatan tidak boleh ditunjuk kepada awam kerana dikhuatiri penjenayah akan tahu butir-butir siasatan atau apa sahaja maklumat yang membolehkan mereka terus meloloskan diri dari tindakan undang-undang. Mana la tahu satu hari nanti akan ada bukti baru yang boleh membantu pendakwaan.

Lagipun kenapa hanya serang SPRM dan kerajaan BN saja? kenapa tidak serang sekali badan pencegah rasuah paling telus di Asia Tenggara ICAC?

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.