21 October 2012
INDEKS RASUAH DAN STATISTIK ROGOL TUTUP MULUT CELUPAR CHUA TOI LET & HENG
Chua
Soi Lek menuduh bahawa 8 dari 11 negara amalkan hudud mundur dan korup.
Cuba tuan-puan rujuk Indeks Transparency International tentang rasuah.
Pada tahun 1996 – Indeks Rasuah Malaysia ialah 5.32 di tangga 26 mengatasi 3 negara Islam .
iaitu Jordan dengan Indeks 4.89 di tangga 30; Turki dengan nilai indeks 3.54 tangga 33 dan Egypt – 2.8 tangga 41
Pada tahun 2011, Malaysia merudum di tangga 60 dengan nilai indeks 4.3 berada di bawah
dari 6 negara Islam iaitu Qatar (7.2) tangga 22; UAE (6.8) di tangga
28; Bahrain (5.1) di tangga 46; Oman; Kuwaut; Jordan (4.5) tangga 56
dan Saudi Arabia di 57 dengan indeks 4.4.
Walaupun Malaysia tidak mengamalkan hudud dan hukum Islam ternyata
Malaysia berada jauh di belakang negara-negara Islam yang lain seperti
di atas.
Jadi hujah Soi Lek bahawa mengamalkan hudud dan hukum Islam menyebabkan
negara mundur dan korup adalah bohong dan berniat jahat. Malaysia yang
mengamalkan undang-undang sekular jelas RASUAH BERLELUASA lebih teruk
dari 6 negara Islam yang lain.
Selain itu Timbalan Menteri Wanita dan Keluarga, Heng Sieng Kie menuduh
Tok Guru menggalakkan orang Islam merogol orang bukan Islam. Ini adalah
tuduhan yang amat berat dan fitnah besar. Kita ingin bertanya kepada
Heng berapa ramai wanita bukan Islam telah dirogol di Kelantan, apa
bezanya dengan negeri lain kalau benar Tok Guru menghalalkan rogol
kepada orang bukan Islam.
Angka di bawah adalah statistik bilangan kes rogol bagi setiap 100,000 orang rakyat:
Pulau Pinang - 4.8 kes bagi 100,000 rakyat
Sarawak - 5.1 kes bagi 100,000 rakyat
Sabah - 5.3 kes bagi 100,000 rakyat
Pahang - 5.9 kes
KELANTAN - 6.0 kes
Perak - 6.6 kes
Kuala Lumpur - 7.1 kes
Selangor - 7.8 kes
Johor
MELAKA - 10.9 kes.
Perlis
Ternyata kes rogol di Kelantan tidaklah berada di paras paling teruk berbanding Perlis, Melaka, Johor dan lain-lain.
JADI DUA HUJAH DI ATAS SUDAH CUKUP MENJAWAB TUDUHAN DAN FITNAH SOI LEK & HENG SIENG KIE.


0 orang berkata:
Post a Comment