Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Khamis, 4 Oktober 2012

Elaun Yang Diterima Bekas Menteri BN Selepas Dilantik Ke Jawatan Lain

 Jom lihat elaun bekas Menteri BN yang diterima mereka selepas dilantik ke jawatan lain.Fakta berdasarkan jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz di Parlimen kepada soalan Ahli Parlimen DAP-Batu Gajah Fong Po Kuan :
1) Bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis- sebanyak RM27,227.20 sebulan.

2) Bekas Menteri Kerjaraya yang juga bekas Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu yang menjadi Duta Khas Perdana Menteri ke India- sebanyak RM27,227.20 sebulan

3) Bekas Menteri Pengangkutan yang juga bekas Presiden MCA Tan Sri Ong Ka Ting yang menjadi Duta Khas Perdana Menteri ke Republik Rakyat China- sebanyak RM26,000.00 sebulan

4) Bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Shahidan Kassim yang menjadi Penasihat Khas kepada Perdana Menteri Mengenai Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER)- sebanyak RM24,022.00 sebulan

5) Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Abdullah Md Zin yang menjadi Penasihat Agama kepada Perdana Menteri- sebanyak RM25,106.00 sebulan.

6) Bekas Menteri Dalam Negeri Tan Sri Syed Hamid Albar yang menjadi Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)- sebanyak RM20,000.00 sebulan

7) Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menjadi Penasihat Pembangunan Wilayah Ekonomi di bawah Unit Kerjasama Awam Swasta (Ukas) + Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim)- sebanyak RM13,000.00 sebulan ~ Tinta Hijau DKB

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.