Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Krisis DAP Perak: Bah Tony keluar parti

Oleh: MSK

2 Jun 2011, Bah Tony@Amani William-Hunt Abullah, seorang peguam terkenal Orang Asli menyertai DAP. DAP Perak berjaya meyakini Bah Tony bahawa DAP adalah landasan yang terbaik baginya untuk menyuarakan isu-isu Orang Asli. Kemasukan Bah Tony kedalam DAP telah mendapat liputan akhbar-akhbar arus perdana seperti The Star dan NST.

×
Walaubagaimanapun, Bah Tony hanya mampu bertahan selama 16 bulan dalam DAP. Minggu lepas, Bah Tony telah menyerahkan surat perletakan jawatan dan keluar dari DAP.
Apakah yang menyebabkan Tony keluar DAP?

Setakat ini, pelbagai spekulasi telah dibuat tetapi apa yang jelas, keluarnya Tony dari DAP menunjukkan kelemahan dan kegagalan Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham. Ngeh memrintah DAP Perak secara kukubesi dan tidak mahu mendengar pandangan orang lain. Tapi apakah itu saja alasan Tony untuk keluar.


×
Beberapa hari lepas, Bah Tony bersama-sama dengan peguam Augustine Anthony telah berjaya dalam kes mereka yang melibatkan empat orang asal yang dituduh membunuh seekor harimau.  Berita mengenainya boleh dibaca di sini dan  sini.

Kes membunuh harimau ini menjadi tumpuan bukan saja media tempatan, malah telah menarik minat media luar negara. Secara tiba-tiba, Bah Tony dan Augustine menjadi selebriti dikalangan Orang Asal. Satu kenduri besar-besaran akan diadakan pada 27 Oktober ini di Bidor bagi meraikan kejayaan ini.

Ketika kes ini mula-mula didengar dua tahun lalu, empat orang Asal ini sudah hampir-hampir mengaku bersalah. Bukan kerana mereka membunuh harimau tersebut…tetapi kerana mereka tidak mampu membayar peguam untuk membela mereka. Augustine Anthony kemudiannya tampil membela keempat-empat tertuduh secara percuma dengan dibantu oleh Bah Tony.

DAP Perak telah menggunakan kelebihan dan keistimewaan Bah Tony untuk dijadikan sebagai Calon DAP dalam PRU akan datang. Tetapi mengapa dalam keadaan yang genting ini…dan dikala populariti Tony sedang melonjak, tiba-tiba Bah Tony bertindak keluar dari DAP?

Bah Tony bukan ahli politik licik macam Ngeh dan Nga. Dia hanya ada sebuah kereta Kancil. Seorang peguam dan bekas Eksekutif bank hanya pakai kereta Kancil..bukan macam Ngeh dan Nga yang bukan saja mendapat ribuan ringgit dari elaun Wakil Rakyat malah mendapat elaun Pengarah beberapa buah syarikat. Tony lebih dikenali sebagai aktivis masyarakat berbanding ahli politik. Tony juga merupakan penggerak BERSIH 3.0 yang diadakan di Ipoh April lalu.

×
Tony juga tidak memerlukan publisiti apabila keluar dari DAP macam Tunku Aziz. Dia tak buat sidang media untuk mengumumkan kepada rakyat apa yang dia tak puashati. Dia tak kutuk DAP bila keluar..tak macam Hasan Ali atau Zulkifli Nordin. Dia ada prinsipnya sendiri.
Tapi sebaliknya, Ngeh pula yang kelamkabut untuk memburukkan Tony. Macam-macam arahan dan kenyataan dibuat oleh Ngeh memburukkan Tony.

Pasai apa Ngeh teruk sangat macam tu? Mengapa Ngeh seolah-olah suka bila Tony keluar. Dan bila Tony keluar DAP..Ngeh pulak membuat pelbagai fitnah untuk menghancurkan kredibiliti Tony?


Macam-macam soalan yang aku tanya. Dan aku tau hanya segelintir saja yang tau apa rahsia disebalik keluarnya Tony dari DAP.

Perhatikan gambar diluar mahkamah itu dan itu boleh menjadi petunjuk tentang mengapa Ngeh begitu panas hati dengan Tony. Ada banyak cerita disebalik gambar tersebut dan ada banyak skandal dalam DAP Perak yang cuba ditutup leh Ngeh.

Lepas ni….kita dengar pula Skandal Ngeh Koo Ham. Apakah Tony keluar DAP ini ada kaitan dengan syarikat perladangan yang dimiliki oleh Ngeh dan isterinya seperti dibawah. Woww!! DAP Perak semakin panas!!

×

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.