Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

LU HARAMJADAH PUNYA CINA, LU INGAT ! 13 MAY LU PUNYA PARTI KASI MULA

Sunday, October 21

Jangan kurang ajar terhadap Islam

Oleh Tok Perak

TAN Keng Liang yang tidak arif mengenai hukum-hakam Islam sepatutnya tidak celupar menegur agama tersebut. Lebih baik beliau menjaga agama sendiri, jangan sibuk-sibuk untuk masuk campur dan mempersenda agama lain.

Agaknya Ketua Pemuda Gerakan Kedah itu hendak menunjukkan dia hebat dan cuba menjadi hero dalam isu garis panduan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) mengenai pemasangan iklan yang akan dikuatkuasa awal tahun depan.

Antara lain garis panduan itu menuntut model – tidak kira lelaki atau perempuan – yang digunakan dalam papan iklan hendaklah bersopan santun dengan pakaian yang tidak mendedahkan aurat. Inilah yang tidak disetujui oleh Keng Liang.

Dalam Twitter, beliau mempersoal dan mempersenda arahan berpakaian sopan kepada model bukan Islam dan menutup aurat kepada model Islam. Beliau juga memfitnah Pas kononnya parti itu akan bertindak keras dan tegas terhadap golongan bukan Islam jika memenangi Putrajaya kelak.

Sebenarnya garis panduan MBAS itu bukan luar biasa dan bukan sesuatu yang sukar untuk dipatuhi. Peraturan model bersopan dan menutup aurat ini telah lama dilaksanakan di Kelantan dan semua pihak, termasuk syarikat multinasional, mematuhinya.

Untuk makluman Keng Liang, bersopan dan menutup aurat bukan publisiti murahan politik, sebaliknya adalah sesuatu yang dituntut dalam Islam. Maka mempersenda peraturan seperti itu samalah seperti mempersenda Islam.
*BANYAK pihak berasa tersinggung dengan Twitter Keng Liang. Pemuda Pas Wilayah Persekutuan membuat laporan polis berhubung kenyataan yang bersifat fitnah dan hasutan dalam media sosial itu. Ketuanya, Kamaruzzaman Mohamad memandang serius perkara berkenaan.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Pahang mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas Keng Liang yang disifatkan kurang ajar. Kata Penyelaras SAMM Pahang, Kamarul Hatta Mohamed Ali:
“Kami membantah sekeras-kerasnya kenyataan yang dikeluarkan Keng Liang kerana dia bukan sahaja menghina kepercayaan agama lain malah telah mengelirukan perkara sebenar tentang Islam.”
Ketua Pemuda Pas Kedah, Ahmad Yahaya mengajak rakannya dalam Gerakan itu berdialog agar apa yang terkeliru mengenai peraturan iklan itu dapat dijelaskan. Hukum Islam tidak boleh ditegur lebih-lebih lagi oleh orang bukan Islam.

Malah Umno, sekutu Gerakan dalam BN pun berasa tidak senang dengan keterlanjuran tersebut. Naib Ketua Pemuda Umno Kedah, Haris Che Mat menganggap kenyataan Keng Liang itu sebagai tidak tepat.

Katanya: “Pemimpin Umno tidak pernah menyentuh apa-apa isu apa lagi mempertikai sesuatu perkara mengenai agama lain. Jadi mengapa orang bukan Islam mahu sentuh hal orang Islam?”

Sekiranya pemimpin Gerakan itu bijak dan menghormati sensitiviti umat Islam, khasnya orang Melayu, beliau patut memohon maaf dan menarik balik kenyataan yang dibuat dalam Twitter itu. Semoga ini menjadi pengajaran kepada beliau bahawa hal-hal agama tidak boleh dikomen ikut suka hati.
*SEBENARNYA orang bukan Islam sudah kerap menghujah hukum Islam. Bukan Keng Liang sahaja, sebelum ini pun ramai orang bukan Islam – termasuk pemimpin parti – memberi komen mengenai hukum Islam ikut sedap mulut. 
Orang bukan Islam yang tidak tahu hudud pun sibuk berhujah mengenai hukum tersebut, macam mereka pula lebih bijak dari ulama. Orang kafir menghujah mengenai hukum Islam dan kita masih terus berlembut. 
Ada banyak peraturan dan adat orang bukan Islam di negara ini yang tidak disenangi oleh orang Islam. Tetapi kerana menghormati dan faham sensitiviti, kita tidak kompelin apa lagi menghujah. Agaknya kita sudah terlalu banyak berlembut dan bertolak ansur, maka orang lain menganggap kita bodoh.Kita tidak boleh diperbodoh lagi dan mesti berani bertindak untuk mempertahankan Islam. Itu kewajipan kita. Kalau terus lembik seperti sekarang, orang akan pijak kepala kita. 
*AKHIR kalam, seperti yang dijangka, Nur Irisyafida Abdul Azim, bayi perempuan berusia lapan bulan yang dipercayai didera oleh kekasih ibunya, meninggal dunia setelah enam hari terlantar teruk di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat, Johor. 
Alangkah menderitanya bayi tidak berdosa itu yang cedera teruk dengan keretakan di tempurung kepala, patah tangan kanan dan kaki kiri. Tidak syak lagi si pendera adalah lebih ganas daripada seekor binatang buas. Jangan biarkan binatang buas itu terlepas; umum mahu melihat dia dihukum!

1 orang berkata:

1Crony said...

Sabar aje lah Pak.... Memang Chua Sui Lek ini mahukan kaum Melayu marah lantas bertindak menyerang fizikal dia. Bila perkara tersebut berjalan seperti dirancangkan (kekasaran fizikal) maka dia akan kata agama Islam yang dianuti Melayu adalah ekstrim dan kaum Cina di negara ini perlu menjauhi parti yang memperjuangkan Islam kerana takut akan keganasan yang akan dilakukan oleh kaum Melayu. Oleh itu ramai kaum Cina akan menjauhi parti kaum Melayu dan akan buat U-turn kepada MCA semula di PRU13 nanti. Kesemua itu adalah perancangan pemimpin tertinggi UMNO setelah gagal dengan fitnah jahat mereka terhadap DSAI, maka mereka menggunakan parti sekutu mereka iaitu MCA bagi memecah belahkan Pakatan Rakyat yang dilihat semakin kukuh bersama. Bagi mengagalkan taktik kotor UMNO/MCA itu, Pakatan Rakyat perlu melantik seorang jurucakap dari parti DAP untuk menepis segala tuduhan fitnah jahat UMNO/MCA dengan cara tegas dan berfakta. Ingat ini semua adalah perancangan pemimpin atasan UMNO, kerana bagi mereka agama dan rakyat tidak penting, yang penting mereka terus berkuasa dan akan terus merompak dan menindas rakyat demi mengaut kekayaan dan kesenangan di negara ini sampai ke anak cucu mereka tanpa mengira dosa dan pahala kerana mereka ini jenis yang langsung tidak percayakan kewujudan Hari Pembalasan.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.