Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

LU INGAT CERITA TAHUN 69 HAAA ?

Wednesday, October 17, 2012

Laporan polis di seluruh negara 'Pemuda Bn' hina Islam cabar polis bertindak!

Kenyataan Media
Solidariti Anak Muda Malaysia
16 Oktober 2012

Pemuda Gerakan Mempersenda Islam, SAMM Gerak Laporan Polis Seluruh Negara

Merujuk kepada akaun twitter milik Ketua Pemuda Gerakan Kedah iaitu Tan Keng Liang, terdapat beberapa tweet yang mempunyai unsur penghinaan terhadap agama Islam apabila hukum menutup aurat telah dipersenda.


Bagi SAMM, prejudis terhadap kepercayaan agama lain adalah suatu yang melampau. Tan Keng Liang secara jelas memperkatakan soal aurat seolah-olah ianya adalah suruhan sebuah parti politik sedangkan soal pemakaian dalam islam (aurat) adalah tuntutan Islam. 

Tan Keng Liang yang mempersoal kononnya lelaki dalam PAS akan terangsang jika gambar model lelaki mengenakan seluar pendek terpampang di papan iklan adalah persoalan jahat di mana ia turut menggamit maksud penutupan aurat yang dituntut sebagai salah satu cara hidup Islam adalah sesuatu yang lucu.

Satu lagi tweet Tan Keng Liang yang berbunyi "Jika PAS menguasai Putrajaya, semua atlet samada Islam dan termasuklah bukan Islam perlu memakai seluar panjang dan baju yang berlengan", apakah Tan Keng Liang benar-benar tahu dan faham mengenai aurat dalam Islam?

Inilah hasil didikan Umno terhadap rakan sebantalnya iaitu parti Gerakan. Bukan sahaja kesedaran terhadap sensetiviti agama Islam tidak dicerahkan dengan baik bahkan soal hukum agama juga turut dipermainkan di ruangan terbuka oleh bukan Islam yang boleh mengundang ketegangan antara agama. Begitu juga sebaliknya, tidak ada agama yang harus dipersenda.

Oleh demikian, kerakusan Tan Keng Liang memacu laman sosial twitternya sehingga secara sedar dan sengaja mempersenda tuntutan agama islam dalam perihal menutup aurat harus menerima hukuman yang setimpal. Badan berkuasa perlu bertindak pantas sebelum sikap tidak bertanggungjawab yang ditunjukkan oleh Tan Keng Liang menjadi ikutan dan akhirnya saling berbalas serangan berbentuk penghinaan antara agama.

Lantas, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang berpengkalan di seluruh negara telah membuat laporan polis terhadap sikap kurang ajar pemuda BN ini. Bermula dengan SAMM Negeri Sembilan dan Pulau Pinang, laporan polis disusuli oleh SAMM Kelantan, Kedah, Perlis, Terengganu, Perak, Pahang dan SAMM Wilayah. 

Laporan polis oleh SAMM Kedah di IPK Kota Star


Laporan Polis SAMM Kelantan bersama Pemuda PAS di IPD Kota Bharu. Turut bersama ialah Chegubard

Laporan polis SAMM N.Sembilan bersama PAS N.Sembilan dan Angkatan Muda NS di IPD Seremban 2. Bukan Islam juga turut bersama menolak prejudis terhadap agama lain.
SAMM Pulau Pinang di IPD Timur Laut
Laporan polis oleh SAMM Pahang di IPD Kuantan
Laporan polis SAMM Perlis di IPD Kangar
SAMM Selangor di IPD Sabak Bernam


Report polis SAMM Terengganu di IPD K.Terengganu


Report Polis SAMM Wilayah di IPD Dang Wangi yang turut ditemani Edy Noor
Hanya SAMM Melaka dan Johor akan membuat laporan polis pada 17 Oktober (esok) dan juga SAMM Langkawi akan turut menyusul membuat laporan polis terhadap Tan Keng Liang. 

Kertas siasatan perlu dibuka, Tan Keng Liang perlu ditahan segera. Kita juga ingin melihat PDRM bertindak tegas seperti mana jika ada laporan polis terhadap yang lain.

Sebagaimana suatu ketika tidak lama dulu seluruh rakyat negara tanpa mengira fahaman agama dan warna kulit memberi sokongan penuh untuk mengutuk penerbitan filem yang menghina agama Islam, SAMM juga hari ini menuntut perkara yang sama disokong merentasi perbezaan agama dan bangsa.

Sekian

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda SAMM

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.