Mampukah berita ini menarik minat pengundi muda?
thesniper | Oct 07, 2012 | Comments 0
0
0
Tiga Tokoh Anak Terengganu Sertai PAS Sempena PGU5.0
JABI, Setiu - Bersempena Majlis Perasmian Himpunan
Kebangkitan Rakyat – PAS Ganti Umno Kali Ke-5 (PGU5.0) yang
disempurnakan oleh Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik
Mat, tiga orang tokoh anak Terengganu telah mengisytiharkan diri mereka
menyertai PAS.
Berikut adalah biodata ketiga-tiga tokoh tersebut;
1. Tengku Sri Paduka Raja Tengku Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah
YAM Tengku Ibrahim Shah Ibni al-Sultan Ismail Nasir ud-din Shah
adalah anakanda ketiga kepada Sultan Ismail Nasir ud-din Shah ibni
al-Marhum Sultan Zainal Abidin, Sultan and Yang di-Pertuan Besar of the
State of Trengganu Dar al-Iman yang ke-14 memerintah selama 34 tahun dan
1945 hingga 1979
Tengku Ibrahim yang lebih dikenali di kalangan rakyat sebagai Tengku
Paduka (Ku Duka) kerana mendapat gelar Tengku Seri Paduka Raja kerana
beliau merupakan waris ke lima dalam susunan kerabat DiRaja Negeri
Terengganu.
Tengku Ibrahim dilahirkan di Kuala Trengganu, 25 Januari 1939
mendapat pendidikan dari Sekolah Menengah Sultan Sulaiman dan juga Kolej
Melayu kuala Kangsar
Tengku Ibrahim mempunyai pengalaman luas dalam pentadbiran negeri
Terengganu apabila memulakan perkhidmatan awam negeri Terengganu pada
1959 dan pernah berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Daerah (ADO),
Penolong Setiausha Kerajaan Negeri Terengganu.
Penglibatannya dalam dunia politik tanah air, Tengku Ibrahim pernah
menjadi Pengerusi Perhubungan Parti Melayu Semangat 46 dan bertanding
pada pilihanraya umum ke-8 pada tahun 1990 dan menjadi wakil rakyat DUN
Tanggol pada tahun 1990 – 1995.
Apabila Parti Melayu Semangat 46 dibubarkan pada bulan Mei 1996, Tengku Ibrahim telah menjadi ahli parti Umno.
Hari ini beliau membuat pengistiharan memilih PAS sebagai wadah perjuangan dan meninggalkan UMNO.
2. Datuk Omar Abu Bakar.
Dilahirkan di kijal, Kemaman, Terengganu pada tahun 1950. Mendapat
pendidikan di universiti nasional dan universitas Papajaran Bandung,
Indonesia dlm bidang pengajian bahasa, sosiologi dan antrapologi.
Beliau merupakan bekas Wartawan Utusan Malaysia dan bekas pegawai
akhbar Kementerian Pertahanan dan Pegawai Perhubungan Khas kpd 3 Bekas
Menteri Pertahanan:
i. YAB Tan Sri Taib Mahmud (skg KM Serawak)
ii. YAB. Tun Hussein Onn
iii. YAB. Tun Mahathir.
i. YAB Tan Sri Taib Mahmud (skg KM Serawak)
ii. YAB. Tun Hussein Onn
iii. YAB. Tun Mahathir.
Penglibatan beliau dalam politik adalah, beliau pernah menjadi AJK & Ketua Penerangan Umno Kemaman Zaman TS Wan Mokhtar.
Datuk Omar juga bekas Setiausaha Jentera Pilihanraya Kebangsaan
Semangat 46 Malaysia dan S/U. Semangat 46 Bhg. Kemaman dan Bekas Calon
46 Dun Bukit Bandi (skg Air Puteh Kemaman 1990)
Selain itu, pelbagai jawatan dibarisan kepimpinan aktivis sosial di
peringkat negeri dan Nasional, dan beliau juga berkeluarga ipar sepupu
kepada Bekas Pengerusi FELDA Tan Sri Raja Mohd Alias Ali.
3. Ahmad Amzad Bin Mohamed @ Hashim
Dilahirkan pada 15 Januari 1970, Kuala Terengganu , Berkahwin dan dikurniakan dengan 7 orang anak Mendapat pendidikan di
1. Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud.
2. Lulusan ijazah perakaunan UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA.
3. Aktivis pelajar ipu-ukm.
Dilahirkan pada 15 Januari 1970, Kuala Terengganu , Berkahwin dan dikurniakan dengan 7 orang anak Mendapat pendidikan di
1. Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud.
2. Lulusan ijazah perakaunan UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA.
3. Aktivis pelajar ipu-ukm.
Amzad Sekarang bekerja sebagai Pengerusi Eksekutif Norstar Technologi, Pulau Pinang.
Amzad juga berpengalaman dalam bidang korporat, mengambil alih dan memulihkan MSET Shipbuilding CORPORATION SDN. BHD.
sebagai Pengarah Urusan (1995-April 2004)
Beliau juga mengambil alih dan memulihkan PMINT Engineering sekarang dinamakan MSET Engineering dari tahun 2000 – 2006.
Amzad juga bertanggungjawab Rekabentuk dan Membina pelbgai jenis
kapal dan bot pelbagai kegunaan untuk pelbagai kementerian dan jabatan
kerajaan termasuk tempahan dari syarikat syarikat luar negara seperti
dari Amerika syarikat, Australia, German, dan lain lain negara.
Antara jawatan persatuan dan NGO yang pernah disandang oleh Amzad adalah seperti :
1. Ahli Majlis Industri Pertahanan Malaysia (sehingga pertengahan 2004)
2. Ahli CWG ( cluster work group ) MITI.
2. Ahli CWG ( cluster work group ) MITI.
3. Presiden Pergerakan Profesional Muda Terengganu. Presiden 2004-2005, 2007
Kecemerlangan dalam dunia perniagaan dan korporat diiktiraf dan
pernah menerima anugerah Kategori Kejuruteraan dan Pembuatan, Yayasan
Pembangunan Usahawan Terengganu – buletinonline.net
***Sumber Berita Dari: http://mediaperak.com/2012/10/07/mampukah-berita-ini-menarik-minat-pengundi-muda/
0 orang berkata:
Post a Comment