Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
MB: Selangor timbang rawatan alternatif jauh murah
JANATUL FIRDAUS YAACOB
15 Oktober 2012
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim 
 
SHAH ALAM - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri Selangor sedang mempertimbangkan kaedah rawatan air alternatif yang lebih murah berbanding penggunaan rawatan air loji Langat 2.

Menurut Abdul Khalid, kos untuk menyediakan rawatan air ini tidak lebih daripada RM800 juta berbanding Langat 2 yang dikatakan mencecah RM3 bilion.

Katanya, perkara itu akan dibawa dalam perbincangan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Kita diberi taklimat oleh syarikat dari Kanada dan mereka nyatakan jika guna teknologi membran.
"Sistem ini berupaya  meningkatkan pengeluaran air sedia ada di loji pembersihan yang akan menghasilkan  sebanyak satu juta liter sehari iaitu bersamaan dengan keluaran Langat 2.

"Kiraan mereka kos untuk menyediakan (rawatan air) ini tidak lebih RM800 juta, namun kalau buat Langat 2 kos dikatakan RM2 hingga RM3 bilion," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Negeri Selangor 2012 di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) hari ini.

Baru-baru ini Kerajaan Pusat memutuskan bahawa Langat 2 akan diteruskan walaupun tanpa persetujuan Selangor.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.