Najib Tun Razak
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
 
KUNDASANG - Kerajaan Persekutuan mempunyai rancangan besar untuk rakyat Sabah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata seandainya Barisan Nasional (BN) mendapat mandat baru pada pilihan raya akan datang, kerajaan persekutuan bersama kerajaan negeri akan bekerja lebih kuat lagi untuk memajukan lagi negeri Sabah yang begitu besar potensinya.


“Saya senang hati melihat sambutan dan sokongan padu kepada saya dan Barisan Nasional,” katanya ketika menyampaikan ucapan ringkas sempena program tinjauan mesra di Pekan Kundasang, di sini, hari ini.

Turut mengiringi beliau ialah Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Masidi Manjun.

Oleh itu, beliau yang juga Pengerusi BN mengajak rakyat Sabah supaya meneruskan sokongan kepada BN demi kesinambungan pembangunan dan masa depan yang cerah.

Pada pilihan raya lepas, BN Sabah hampir menyapu bersih kesemua 25 kerusi Parlimen dan 60 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan hanya kalah kepada DAP di kerusi Parlimen Kota Kinabalu dan kerusi DUN Sri Tanjung (Tawau).