Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAS Perak Dalam Bahaya (Part 3)

+2
0
  
Print Friendly
oleh: Fawi
Salam
First of all, teman nk ucapkan jutaan terima kasih kpd MediaPerak kerana memberi kepercayaan & sokongan utk
menulis di platform MP dan juga kepada semua pembaca2 dan peng’komen’2 . Teman ghaser seronok bila dapat baca komen2 dari sahabat2 semua walaupun ade yg teman tak kenal.


Artikel2 yg ditulis sebelum nie (SINI & SINI)merupakan sbg pencetus utk ahli2 PAS berfikir dan berFIKIR dan bangun utk menegur kepincangan yg berlaku. Jangan biarkan berlarutan takut nanti ‘harapkan pagar,pagar makan padi’ dan bila virus dh merebak tahap 4 baru nak sedar ‘api dalam sekam‘ dah habis membakar. Pada masa tu dh tak berguna lagi sebab dah jadi bubur basi.
Antara isu yg dibangkitkan

1. Kisah dalaman tak perlu disentuh secara terbuka…??


2. Wala’ kpd pemimpin.


3. Jangan AIBkan org..


Siapa yg ajar supaya kisah dalaman tak perlu disentuh secara terbuka..??
Alasannya supaya kelemahan tidak dihidu oleh musuh. Tapi kalau kita tahu pemimpin yg bermasalah dan mempunyai kepentingan peribadi mengatasi parti. Adakah kita mahu berdiam diri..? Mana konsep Amal maaruf Nahi mungkar.

Sbg cth, di dalam PAS Perak Dalam Bahaya Part 2 ( , selepas berlaku peristiwa tersebut, bantahan tidak mendapat perhatian yg sewajarnya. Seperti TIADA apa yg berlaku dan boleh dikira CASE CLOSED. So di mana HAK ahli2 parti yg mendapat undi majoriti. Dari 10 cawangan tersebut, sudah ada suara2 yg kedengaran, ‘ aku akan buat undi PROTES, aku tak perlu mengundi kalo sipolan yg KALAH tetap dilantik juga.

So ’Inikah yg PAS Perak mahu.? …if you don’t make a move, you loose this game like this. Tak perlu risau mmg PAS akan berkubur kalau biorkan gang jahanam dok dlm saf kepimpinan. Oleh itu bangkitlah wahai pemuda2 dan ahli2 semua… Bagus ke PAS kekal tapi ahli-ahli perangai macam umno atau lagi teruk dari umno…. PAS ganti UMNO !!!!
Wala’ kpd pemimpin.

Sebenarnya tiada isu atau niat utk menjatuhkan parti, jangan sempitkan kotak minda, jangan JUMUD.. Wala’ kita bertempat. Bila perbagai cara yg kita usahakan tidak diendahkan maka sebagai alternative kita gunakan media baru ini sbg platform utk menegur dan mengharapkan perubahan yg positif . Untuk pengetahuan semua, MediaPerak sudah pun menjemput Pas Perak untuk berdiskusi tp tidak dilayan. Dikemukakan disini dua cara menegur pemimpin, tertutup atau terbuka. Pembaca boleh buat pilihan..kalo cara tertutup, itu kaedah Fathul Bari dan kalo yg terbuka itu kaedah Dr Maza. Decide le sendiri yg mana korang suka sbb yg penting TEGUR. Wala’ bukan memperbodohkan diri kepada pimpinan. Dr Maza ada tegaskan bab menegur baca di sini 

(nanti ade yg charge wahabi plak)

Aibkan org…

Bila org Pas mengutuk Rosmah, itu buka mengaibkan, tp sebagai pendedahan kpd rakyat. Tp bila kita dedah dan tegur pemimpin PAS yg ada kepentingan & merosakkan parti. Tak BOLEH. Kita tak boleh komen secara terbuka…sbb DEDAH sudah tukar pi mengAIBkan. Double standard.!!! Sepatutnya Pas Perak dgn pantas pergi menyiasat dan ambil tindakan yg wajib supaya tidak dilihat sebagai parti yg kolot dan static. Tapi sayang , 24juta kali sayang, cara bertindak serupa mcm umno dan pdrm, sape yg tegur , org tu yg kena ‘MARKED’ atau kena ‘cekup’. Bukan nak tgk dan kaji ape yg ditulis..!!! ahli parti yg tak tahu ape ke bende…melaungkan slogan… wala’ , isu dalaman, fitnah

Yg teman terkilan kerana yg komennya negative, tidak dapat memberikan cara alternatif yg terbaik supaya PAS perak mampu berubah. Tlg bagi cara yg terbaik selepas tgn yg dihulur tidak bersambut, usul yg di bawa di kawasan tidak diperbincangkan di peringkat yg lebih tinggi, dan bila ‘slow talk’ dgn pimpinan2 , kita tgk mcm mana , nak ‘wait & see’ sampai bila??? Sanggupkah anda memilih org yg korup mindanya menjadi YB tempat anda kerana alasan tak nak aibkan org dan wala’. . Cer pikior ceghodik sikit…!!!

Teman nk tanya sikit, sila berikan jawapan secara jujur dgn bertanya kpd diri anda sendiri . Apakah yg kamu buat untuk menegur kepincangan yg berlaku?
Yang mana satu jawapan anda

1. Aku cuma bg komen kt media perak jer…


2. aku tak nak aibkan org…


3. mcm mana aku nak tegur ni …


4. Bukan tanggungjawab aku


5. yg paling bagus SIAPALAH AKU untuk menegur… puak2 tu dengar ke apa yg aku nk cakap..???


Kebanyakn yg memberi komen positif adalah disebabkan mereka2 ini telah menempuh pengalaman yg tak bagus semasa berurusan bukan sebab emosi. Sebagai parti yg membawa wadah ISLAM, pastikan fikrah dan NAWAITU dari awal kena betul. Khalifah Umar Abd Aziz yg kaya raya, meninggal dalam keadaan mempunyai 17 dinar. Hayati dan contohilah perjuangan beliau.

Wassalam
Mari kita layan lagu nie dulu… Semarak Perjuangan
dan liriknya SINI


gambar sekadar hiasan

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.