Ratusan ribu daftar pemilih pincang, Selangor paling parah – Anwar
KUALA LUMPUR 22 Oktober: Terdapat
kepincangan besar dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
melibatkan ratusan ribu pengundi di negara ini, dedah Ketua Pembangkang, Datuk
Seri Anwar Ibrahim.
Menurutnya, antara permasalahan
tersebut membabitkan permohonan daftar pemilih sebelum kelahiran, pada hari
kelahiran dan sebelum umur persekolahan.
Katanya, kaji selidik juga mendapati
ribuan nombor rumah pengundi yang tidak dicatat, hilang alamat dan penggabungan
lokaliti sehingga menyukarkan usaha menjejak pengundi.
“Paling parah di Selangor. Ini
melibatkan ribuan alamat,” kata Anwar.
Beliau berkata, antara contoh kes
ialah Mohd Nawi Daud, bernombor kad pengenalan 500508-03-5345 mengundi di
Daerah Mengundi Seksyen 16 mengikut daftar pemilih 2008.
Daftar turut menunjukkan alamatnya
ditanda sebagai ‘Tiada’ dengan nombor rumah ditulis sebagai ’28′.
“Ada berpuluh ribu rumah di Shah
Alam, di Seksyen 16. Yang mana satu? Apa tujuan kemaskini tetapi dirombak dengan
begitu mengelirukan?” soal Anwar pada perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan
2013 di Dewan Rakyat hari ini.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu
memberitahu, maklumat tersebut diperolehi selepas audit berkomputer ke atas
data SPR oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) untuk penambahbaikan
pilihan raya pada 25 Mac lalu.
Belum
lahir, tapi layak mengundi
Jelas Anwar, kejanggalan dalam
senarai daftar pemilih berlaku apabila ada permohonan menjadi pengundi sebelum
lahir.
H’ng Sau Ching bernombor kad
pengenalan 790823-08-5885, lahir pada 23 Ogos 1979 di Parlimen Parit Buntar
memohon menjadi pengundi pada 15 Januari 1950.
Contoh permohonan menjadi pengundi
pada hari kelahiran pula berlaku pada individu bernama Nur Khalida Salmi Mohd
Nawar, pengundi di Serdang dengan nombor kad pengenalan 821026-10-5010.
Manakala permohonan sebelum umur
masuk persekolahan berlaku di Parlimen Setiu kepada individu bernama Zulkarnain
Harun bernombor kad pengenalan 790531-06-5559.
Individu ini memohon menjadi pengundi
ketika berumur 11 bulan 29 hari.
“Belum ada petanda daftar pemilih
diperbaiki. Kita rujuk kepada senarai SPR. Mereka ini (SPR) banyak bercakap.
Sila betulkan dahulu.
“Pilihan raya mungkin akan diadakan pada Januari 2013.
Rekod tak jelas. Bermakna pilihan raya akan dijalankan dalam penipuan,” tegas
Ketua Umum KEADILAN itu.-Kd



0 orang berkata:
Post a Comment