Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Rasuah: PABM sedia bekerjasama dengan SPRM

22/10/2012 2:12pm

KUALA LUMPUR — Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM) bersedia bekerjasama dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyalahgunaan kos latihan atlet ke China oleh badan induk angkat berat negara itu, pada Jun tahun lepas.

Presiden PABM Zafarul Akhbar Kassim berkata, beliau bersedia memberi keterangan kepada SPRM sekiranya dipanggil dalam masa terdekat demi menjaga imej persatuan serta sukan angkat berat negara.

"Memang benar SPRM telah memulakan siasatan berhubung kes itu, namun saya tidak boleh mendedahkan maklumat lanjut memandangkan siasatan sedang dijalankan dan adalah tidak sesuai jika kita mendahului mereka.

"Apa yang saya boleh katakan, tiga individu telah dipanggil SPRM minggu lepas iaitu (dua atlet angkat berat negara) Amirul Hamizan Ibrahim dan Zulkifli Che Ros serta ketua jurulatih angkat berat negara Lin Xin Hui," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sebuah stesen televisyen berbayar baru-baru ini melaporkan mengenai pendedahan beberapa individu yang mendakwa PABM telah menyalahgunakan dana kos latihan atlet di China sebagai persiapan menghadapi Sukan SEA Indonesia pada November tahun lepas.— BERNAMA
 

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.