Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Sabtu, 6 Oktober 2012

Gadang Engineering dianugerah kontrak fasa 1 projek kontroversi Pangerang

KUALA LUMPUR, 6 Okt — Gadang Engineering Sdn Bhd telah dianugerahkan kontrak fasa 1 projek kontroversi Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang, Johor.

Menurut laporan Bernama, anak Syarikat Gadang Holdings Bhd tersebut telah memenangi kontrak Petronas untuk melaksanakan kerja penyediaan tapak fasa 1 bagi pakej 1 cadangan projek RAPID.

Projek RAPID adalah antara salah satu kontrak yang berjaya dimenangi oleh Gadang Engineering selain turut memenangi kontrak bernilai RM863.4 juta bagi pembinaan projek MY Rapid Transit (MRT) dari Kota Damansara hingga ke Sunway.

Selain itu, syarikat tersebut turut mendapat projek pembinaan hospital di Shah Alam bernilai RM410.8 juta serta memiliki loji minyak kelapa sawit di Ranau, Sabah.

Projek RAPID di Pengerang mendapat bantahan orang ramai termasuk Pakatan Rakyat (PR).

Minggu lalu, satu perhimpunan raksasa Himpunan Hijau Pengerang telah berlangsung di kubu kuat Umno tersebut bertujuan menentang projek petrokimia bernilai RM60 bilion yang bakal menyaksikan ribuan orang kampung kehilangan tempat tinggal dan kehidupan.

Naib Presiden PKR, Datuk Chua Jui Meng, menuduh projek RAPID di Pengerang bertujuan untuk merampas tanah daripada para penduduk.

Chua berkata projek sebenar di Pangerang hanya melibatkan penggunaan kawasan seluas 2,889 ekar sahaja tetapi kerajaan negeri Johor sebaliknya menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960 bagi memperolehi keluasan kawasan hingga 22,500 ekar.

“Kerajaan Selangor pernah mendapat tawaran yang sama bagi projek di Pengerang. Tapi ia ditolak, kerana telah ditolak oleh pihak kerajaan negeri,” kata Chua.

“Semasa tawaran itu dicadangkan kepada kerajaan Selangor menerusi Syarikat Everwish Sdn Bhd, mereka hanya meletak syarat sebanyak 2889 ekar saja yang diperlukan untuk mendirikan loji petrokimia di Pulau Indah.”

Projek RAPID ini bernilai kira-kira RM60 bilion membabitkan pembinaan 20 kilang penapisan adalah sebahagian program pembangunan di bawah Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) yang terbesar dan termoden di rantau ini.

Malah, projek yang membabitkan 4,000 penduduk itu, sudah mendapat kelulusan Kesan Penilaian Alam Sekitar (EIA).

Laporan EIA terperinci disediakan jururunding berdaftar dengan Jabatan Alam Sekitar bagi cadangan projek itu, diluluskan pada 27 Ogos lalu selepas ia memenuhi kehendak Seksyen 34A (2) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.