Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Salahuddin nafi laporan Malaysiakini tapi tetap tekan Majlis Syura?

0
0
  
Print Friendly

Jadinya, bila agak-agak TG Nik Aziz nak panggil mesyuarat khas Majlis Syura’. Kalau agak-agak payah TG Nik Aziz nak turun KL, buat di JKR10 pun takdak masalah kut. Masing-masing ada kereta hebat takkan ada masalah takat nak turun Kota Bharu.
Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub menafikan laporan bahawa beliau dan AJK PAS Pusat, Khalid Samad memutuskan hubungan dengan Ustaz Nasharudin Mat Isa.

“Satu dosa yang besar memutuskan hubungan silaturahim dan kami tidak bercadang untuk berbuat demikian,” kata Salahudin kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas laporan Malaysiakini yang melaporkan kedua-duanya mengumumkan tidak ada hubungan lagi dengan Nasharudin. – Hrkh.
Aku harap Salahuddin Ayub dan Khalid Samad takdak cakap nak memutus hubungan atau apa-apa ayat yang bermaksud ke arah tu. Susah pulak nanti kalau Malaysiakini boleh keluarkan bukti audiovisual, nanti jadi tersentot macam Mansur Othman Timbalan ketua Menteri Pulau Pinang pulak nanti.

Dan yang lebih penting lagi, Salahuddin tak tarik balik ‘tekanan’ dia ke atas Majlis Syura’.
Harakahdaily juga melaporkan:
Bagaimana Salahudin mengesahkan beliau berkata, tindakan Nasharuddin menimbulkan kecurigaan dan boleh jadi beliau mengikut arahan “orang di luar PAS”.

Menurut Salahudin, oleh kerana Nasharudin adalah ahli Majlis Syura maka terserahlah kepada majlis tertinggi dalam PAS itu untuk membuat keputusan. – Ibid.
Jadinya, bila agak-agak TG Nik Aziz nak panggil mesyuarat khas Majlis Syura’. Kalau agak-agak payah TG Nik Aziz nak turun KL, buat di JKR10 pun takdak masalah kut. Masing-masing ada kereta hebat takkan ada masalah takat nak turun Kota Bharu.

Aku yakin semua orang sekarang ni tertunggu-tunggu kenyataan rasmi dari Majlis Syura’ dan aku harap takdak mana-mana ahli majlis syura buat kenyataan peribadi terlebih dulu sebelum keluar kenyataan rasmi Majlis Syura’ keluar

Satu benda yang aku tak puas hati tengan laporan Harakahdaily tu. Takdak ka gambar Salahuddin yang lain yang depa boleh letak selain dari gambar tu. Ataupun memang depa saja bubuh gambar tu. Harap-harap dak la kut… Hahaha…

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.