Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Santokh dan Jamal Nasir pilih ATM julang Piala Malaysia esok

19 Oktober 2012
Piala Malaysia
Piala Malaysia
KUALA LUMPUR - Finalis Piala Malaysia 2012, Kelantan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memiliki peluang seimbang untuk menjulang piala berprestij itu malam esok, demikian pandangan beberapa legenda bola sepak   negara.

Bekas pemain pertahanan kebangsaan era 70an, Datuk Santokh Singh berpendapat ATM di bawah bimbingan jurulatih B. Sathianathan mempunyai ramuan lebih berkesan untuk muncul juara buat pertama kalinya. 


"Bagi saya, ATM mempunyai beberapa pemain berkaliber seperti (ketua pasukan) Hairuddin Omar dan Marlon Alex James selain mereka turut mempamerkan corak persembahan yang lebih menarik berbanding pasukan  Kelantan pada musim ini. 


"Kita juga melihat pemain ATM sentiasa mempunyai tahap stamina yang tinggi sehingga mampu bertahan walaupun perlawanan dilanjutkan ke masa tambahan," katanya.

 
Santokh, yang juga bekas pemain Selangor, berkata kekuatan ATM yang diberi jolokan 'Manchester City Malaysia' itu terletak kepada semangat berpasukan sehingga membolehkan pasukan tersebut muncul juara Liga  Perdana musim ini.

Pandangan Santokh itu turut dipersetujui bekas pemain tengah kebangsaan era 70-an, Datuk Jamal Nasir Ismail yang berkeyakinan pasukan ATM mampu menjulang Piala Malaysia kali ini selepas kali terakhir muncul di final pada 1966. 


"Sudah 46 tahun mereka menunggu untuk mara ke perlawanan akhir, jadi keghairahan mereka untuk menjulang piala tersebut sangat tinggi tahun ini," katanya. 


Jamal Nasir, yang menjadi anggota skuad kebangsaan pada Sukan Olimpik 1980 di Moscow, Russia, berkata semangat berpasukan yang mantap serta tidak mudah menyerah kalah menjadi faktor pasukan ATM lebih layak  menjulang Piala Malaysia berbanding Kelantan, musim ini. 


Untuk rekod, skuad negara tidak menyertai Sukan Olimpik 1980 kerana membantah serangan Soviet Union (kini dikenali sebagai Russia) ke atas Afghanistan. 


"Saya melihat bahagian serangan ATM yang diketuai Marlon mampu menyudahkan peluang yang terhidang di depan mata berbanding jentera serangan Kelantan yang kelihatan agak tumpul musim ini," katanya yang juga  pengurus pasukan Liga Super Pahang musim ini. 


Bagaimanapun, dua lagi bekas pemain kebangsaan berpendapat Kelantan berpeluang mengulangi kejayaan 2010 berdasarkan kekuatan pasukan itu di setiap posisi selain turut mempunyai beberapa pemain yang mempunyai skil individu yang tinggi. 


Bagi Azlan Johar, yang kini menjadi pengkritik sukan, berkata walaupun kekuatan kedua-dua pasukan adalah seimbang, namun beliau melihat skuad The Red Warriors lebih layak bergelar juara. 


"Kita boleh tengok persefahaman dan keserasian dalam skuad Kelantan yang mana persembahan mereka lebih tersusun di setiap bahagian. 


"Kadang-kala saya mendapati pasukan itu lebih menonjol apabila jurulatih mereka (Bojan Hodak) menggunakan beberapa muka baru," katanya yang kini menjadi pengulas sukan di sebuah stesen televisyen swasta tempatan.


Kelantan, juata Liga Super musim ini, pernah muncul juara pada 2010 selepas menumpaskan Negeri Sembilan 2-1 manakala ATM muncul naib juara pada 1966. 


ATM tumpas 0-1 kepada Selangor pada perlawanan akhir tersebut. 


Perlawanan akhir Piala Malaysia edisi ke-86 akan berlangsung di Stadium Shah Alam pada pukul 8.45 malam esok. 


Dalam pada itu, orang ramai masih  berpeluang mendapatkan tiket bagi menyaksikan perlawanan akhir kerana masih ada baki 6,500 tiket belum terjual. 


Peminat bola sepak tempatan boleh membeli tiket tersebut di stadium berkenaan. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.