Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SAPA PUNYA PLANNING NIH !

Apex: 'Saya perlu profesional'
NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH
17 Oktober 2012
Doakan kejayaan kami: Apex
$entry.content.caption.value
“SAYA perlu profesional tangani situasi ini, sebarang khabar angin tidak menjejaskan tumpuan." Itulah kata-kata penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat ketika ditanya adakah khabar angin mengenai tawaran RM3 juta yang didakwa akan mengganggu tumpuannya menjelang final Piala Malaysia, Sabtu ini.

Jelasnya, bagi seorang pemain, beliau perlu bersikap profesional dan tidak mudah tepengaruh dengan khabar angin yang tidak berasas.


"Khabar angin itu tidak mengganggu tumpuan saya memberikan persembahan dalam aksi final nanti.


"Saya tidak tahu pasal tawaran ini dan menyerahkan segala-galanya pada pihak pengurusan," katanya.


Tambah Apex: "Saya tetap fokus dan semakin bersemangat untuk membantu Kelantan merealisasikan misi treble musim ini."


Dalam pada itu, ketika ditanya persediannya menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Khairul Fahmi atau lebih mesra dipanggil Apex berkata, beliau akan memberi tumpuan untuk menghalang barisan pemain ATM, terutamanya Hairuddin Omar dan penyerang prolifiknya , Marlon Alex James dalam pertemuan final kedua-dua pasukan yang dijangka sengit di Stadium Shah Alam.


Apex menyifatkan kedua-dua pemain itu adalah antara tonggak penting membantu ATM melangkah ke final selain Marlon merupakan penjaring terbanyak musim ini.


"Sebagai penjaga gol saya perlu waspada dengan kelibatnya.


“Kemampuannya melakukan percubaan jarak jauh memang tidak boleh dipertikaikan lagi dan sedikit kecuaian akan membawa padah kepada kami,” kata Apex kepada Sinar Harian Online menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS), semalam.


Pada masa yang sama, Apex turut menggesa barisan pertahanan Kelantan tidak memberi ruang kepada pemain itu bergerak bebas mengatur gerakan hingga mampu melakukan cubaan berbahaya ke gawang The Red Warriors.


“Saya dan rakan akan cuba memberi aksi terbaik bagi mengecapi kemenangan kali ini.


"Apa pun, saya jangka perlawanan menentang ATM agak sengit. Jadi saya harap rakan sepasukan jaga mental dan tidak mudah hilang tumpuan," kata Apex yang tekad untuk memastikan gawang Kelantan tidak dibolosi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.