Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Selasa, 9 Oktober 2012

Akibat budget lebihkan TADIKA KEMAS DAN PERMATA, elaun guru PPSMI akan di tarik balik !!


Best Blogger Tips




Permasalahan elaun BISP(PPSMI) yang membebankan dan mengelirukan guru-guru.

Kerajaan dalam usaha untuk menarik balik elaun BISP daripada guru-guru. Bagi semua guru tidak mempunyai masalah dengan penarikan elaun tersebut kerana sedia maklum bahawa elaun tersebut memang akan ditarik.

Yang menjadikan perkara ni isu ialah 
Dasar ini diperkenalkan di peringkat kementerian tetapi surat penarikan elaun dibuat oleh JPN Pahang. Sila rujuk surat di atas PEMBERHENTIAN DAN PEMULANGAN BALIK BAYARAN INSENTIF SUBJEK PENDIDIKAN (BISP) GURU SAINS/ MATEMATIK.

Kalau mengikut surat yang dikeluarkan JPN itu hanya elaun guru matematik dan sains sahaja yang ditarik, tetapi elaun bagi guru bahasa inggeris TIDAK DINYATAKAN status menyebabkan elaun guru bahasa inggeris masih diteruskan. Sedangkan kewujudan elaun BISP ini kerana matapelajaran sains dan matematik diajar dalam bahasa inggeris. 

Ini bermakna satu PENGANIAYAAN kepada guru-guru SAINS dan MATEMATIK.
Surat pemberhentian dikeluarkan pada tarikh 27 ogos 2012 dan mewajibkan guru-guru memulangkan semula elaun yang diterima menyebabkan guru-guru terpaksa membayar balik elaun selama 9 bulan bermula dari bulan januari 2012. 

Bayangkan kalau elaun BISP berjumlah RM300 sebulan bermakna seorang guru terpaksa memulangkan RM2700 kepada kerajaan.Pemberhentian elaun BISP juga tidak selaras antara negeri kerana mengikut maklumat yang diperolehi hanya JPN PAHANG sahaja yang mengeluarkan surat ini sedangkan guru-guru yang berkhidmat di negeri lain masih lagi diteruskan pembayaran elaun mereka.

Perkara ini telah dirujuk di PPD Jerantut dan ketua pengkeranian PPD Jerantut berkeras untuk memberhentikan elaun ini kepada semua guru-guru yang berkhidmat di daerah Jerantut kerana rujukan kepada kes ini adalah SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN BIL.3 TAHUN 2003.  

Jika dirujuk kepada pekeliling dan mengikut kefahaman guru-guru pembayaran elaun tetap perlu diteruskan kerana mereka masih lagi mengajar subjek Matematik dan Sains menggunakan terma-terma bahasa inggeris. Untuk pengetahuan saudara penggunaan BUKU TEKS subjek matematik dan sains masih di dalam bahasa inggeris. 

Apa yang saya nak tekankan adalah mana KEADILAN kepada kami guru-guru yang terlibat?. Kenapa KERAJAAN takut nak mengumumkan penarikan balik elaun ini menggunakan surat PEKELILING?.Mengapa tak selaraskan PENARIKAN ELAUN ini ke seluruh negara?. Pada pandangan saya ini adalah usaha mengambil balik duit kerajaan yang dibuat untuk daerah-daerah hulu yang mana guru-gurunya tiada saluran untuk mengadu dan menghebahkan perkara ini. Ayuh bongkar kes ini…

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.