Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SEMUA PEHAK KENA BERHATI-HATI, LAIN KALI JANGAN BUAT

Koo Ham: MCA ketandusan isu
Wartawan Sinar Harian
24 Oktober 2012
NGEH KOO HAM
Ngeh Koo Ham
 
IPOH – Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham menyifatkan kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkaitan kesan pelaksanaan hudud di negara ini, sebagai bukti parti komponen Barisan Nasional (BN) itu ketandusan isu.

“Apabila tidak dapat membongkar keburukan Pakatan Rakyat (PR), mereka cuba menggunakan sentimen lain pula untuk meraih undi," katanya.

Koo Ham berkata, apa yang dilakukan pemimpin parti itu jelas menunjukkan MCA terdesak dalam meraih sokongan masyarakat Cina menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

"DAP meskipun ada ketikanya tidak sependapat dengan rakan PR yang lain, namun kami sama sekali tidak akan menyentuh isu membabitkan agama semata-mata untuk mendapatkan kepercayaan masyarakat Cina.

“Suatu ketika dahulu saya pernah dikecam hebat apabila mesej Twitter disalah ertikan. Namun, kini secara terang beliau (Soi Lek) mempersoalkan kepercayaan umat Islam, tindakannya itu tidak tepat,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, pakatan antara DAP bersama Pas dan PKR telah banyak mengubah persepsi masyarakat Islam terhadap parti itu, ia termasuk pandangan pengundi bukan Islam terhadap agama rasmi negara.

Katanya, dalam apa juga konteks, persefahaman dan saling menghormati perlu wujud dalam mengukuhkan hubungan sesama parti.

“Nasihat saya, carilah alternatif lain, jangan kerana terdesak, kita mengeluarkan ungkapan yang menyakiti pihak lain,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.