Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Thursday, October 4, 2012

SAMM Desak SPR Bersih Senarai Pengundi


Post Pic

SHAH ALAM: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) terus mendesak supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dibubarkan terlebih dahulu sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, berikutan terdapat kes terbaru yang menunjukkan warga asing diberi kelayakkan mengundi.

Perkara ini diberitahu oleh Pengarah Propaganda SAMM Edy Noor Reduan yang merujuk kepada laporan Akhbar Daily Express pada 29 September lalu.

"Seorang warga asing bernama Hassannuddin Bin Manna memberitahu mahkamah bahawa dia telah membeli Mykad palsu dengan harga RM1000. Mahkamah juga telah memutuskan Hassannuddin didenda dan dipenjara kerana memiliki dokumen palsu, sekaligus mengesahkan kad pengenalan yang diperolehi Hassannuddin adalah palsu.

"Namun setelah disemak nombor kad pengenalan milik Hassannuddin (741029125463), SAMM mendapati nombor kad pengenalan palsu tersebut wujud dalam pangkalan data SPR dan juga merupakan pengundi yang sah," katanya yang dipetik daripada kenyataan media.

Justeru SAMM mendakwa terdapat kerjasama di antara SPR, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan juga bantuan dari Jabatan Imigresen sekaligus menguatkan andaian bahawa program 6P dilaksanakan secara terburu-buru disebabkan kes seperti ini.

Beliau turut menegaskan jika kes ini tidak diselesaikan sebelum pilihan raya, pihaknya bimbang kepimpinan negara bakal ditentukan oleh warga asing.

"Isu pemberian Mykad kepada warga asing merupakan satu isu yang sangat serius ketika ada warga sendiri yang masih tidak diberi kad pengenalan kerana birokrasi melampau. Percayalah lambat laun warga negara sendiri terpaksa merempat di bumi bertuah ini.

"Lihatlah bagaimana kedudukan warga asing di serata pelusuk negara walaupun tanpa memiliki dokumen yang sah, mereka mampu berniaga di pasar pagi, pasar petang siang dan malam, membuka gerai, bengkel malah ada yang mempunyai syarikat pembinaan sendiri," ujarnya.

SAMM turut menyeru kepada seluruh rakyat agar tidak berdiam diri ketika negara sedang dijual namun bangkit untuk mendesak SPR untuk menjawab segala persoalan berikutan gagal membersihkan senarai pengundi asing ini.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.