Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TU HANG PUNYA PASAI

Mukhriz: BN akan lantik Timbalan MB jika rampas Kedah

13 Oktober 2012
Datuk Mukhriz Tun Mahathir
Datuk Mukhriz Tun Mahathir
 
KODIANG - Barisan Nasional (BN) akan memikir dan melakukan perkara terbaik untuk kepentingan rakyat Kedah, termasuk melantik Timbalan Menteri Besar bagi melicinkan pentabiran jika merampas kembali negeri ini daripada Pakatan Rakyat.
 
Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata, pentadbiran negeri tidak boleh terganggu kerana rakyat sentiasa memerlukan khidmat.
 
"Jangan bagi alasan tidak sihat. Bagi rakyat, khidmat adalah penting. Kita sihat atau tidak, khidmat dan urusan penting tetap kena dilaksanakan. Pentadbiran negeri tidak boleh tergendala.
 
" ....ke depan kita tak tahu apa nak berlaku. Jadi, saya fikir elok ada Timbalan Menteri Besar," katanya kepada Bernama ketika diminta mengulas situasi Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang sukar ditemui akhir-akhir ini.
 
Azizan beberapa kali tidak mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco sebelum ini, dan Bernama difahamkan beliau jarang menghadiri majlis kerana masalah kesihatan.

Mukhriz, yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, ditemui selepas merasmikan perpustakaan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Choong Hwa hari ini.
 
Beliau berkata bagi mengelak perkara seperti itu berlaku, maka jawatan Timbalan Menteri Besar wajar diwujudkan dengan mandat jelas dan tidak melampaui batas untuk menjalankan tugas apabila keadaan memerlukan.
 
Terdahulu, dalam ucapannya, Mukhriz berkata wakil rakyat BN sedaya-upaya berusaha memenuhi permintaan dan menyelesaikan masalah rakyat.
 
Beliau memberi contoh hubungan baik dengan Datuk Abu Hassan Sarif (Ketua Bahagian dan Ahli  Dewan Undangan Negeri Kota Siputeh) memudahkan mereka memberi khidmat terbaik kerana seiring dengan pucuk pimpinan peringkat pusat.
 
"Situasi ini memudahkan kami untuk merealisasikan permintaan masyarakat Tionghua di sini.
 
"Saya harap rakyat terus memberi sokongan supaya khidmat baik ini dapat dilebarkan ke seluruh negeri, terutama kawasan diwakili BN," katanya. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.