Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TU LA KO

Faekah Husin ‘akur nasihat pemimpin PKR’
Nizam Zain
7 Oktober 2012
SPRM sedang teliti isu surat sokongan Faekah
Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin
 
PETALING JAYA – Setiausaha Politik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Faekah Husin berkata, beliau tidak akan mengulas lagi isu berkenaan kenyataan menyentuh kedudukan Menteri Besar Selangor itu jika Pakatan Rakyat memenangi Pilihan Raya Umum ke-13.

Katanya, beliau “akur” dengan teguran kepimpinan PKR agar tidak membuat kenyataan balas mengenai isu berkenaan.

“Saya juga dinasihati (bekas Timbalan Presiden PKR), Dr Syed Husin Ali supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang tidak wajar.

“Oleh kerana beliau sudah pun merujuk hal itu kepada (Timbalan Presiden) Azmin Ali dan(Setiausaha Agung Pas), Datuk Mustafa Ali, saya pun ambil pendekatan yang sama, tidak mengapalah tidak usah komen,” kata beliau kepada Sinar Harian Online hari ini.

Katanya, teguran yang dibuat Timbalan PengerusiPKR Selangor, Zuraida Kamaruddin semalam diterima dengan berlapang dada dan akan mengikuti nasihatnya.

Selain Zuraida, Faekah juga diingatkan Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei semalam supaya tidak memberi kenyataan secara membuta tuli kerana boleh mengeruhkan lagi hubungan antara pimpinan parti.

Shuhaimi juga menasihati Faekah supaya membaca keseluruhan kenyataan dibuat Azmin terlebih dahulu kerana ia jelas langsung tidak menjurus kepada niat untuk menukar Khalid sebagai Menteri Besar.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.