Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

UMNO MINTA MAAF PADA DAP BUAT MALU MELAU JE hi hi hi


Khir Toyo minta maaf kepada Ronnie Liu
SITI AZIELAH WAHI
23 Oktober 2012
Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo
Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo
 
KUALA LUMPUR -  Bekas Menteri Besar, Dr Mohamad Khir Toyo memohon maaf secara terbuka  kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie  Liu ekoran penyiaran sebuah artikel dalam sebuah akhbar berbahasa Cina empat tahun lalu.

Permohonan maaf itu direkodkan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad selepas kedua-dua pihak mencapai persetujuan bersama untuk menyelesaikan kes saman fitnah yang difailkan Liu pada 2008.

Dr Mohamad Khir dalam kenyataan permohonan maafnya berkata, beliau memohon maaf kerana telah menyebabkan penyiaran sebuah artikel disiarkan dalam akhbar China Press pada 9 Mei 2008.

Menurut Dr Mohamad Khir, dia telah mendakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pandamaran menghalang pegawai-pegawai Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan pihak polis dalam satu operasi menutup sebuah hotel di Puchong yang digambarkannya sebagai pusat pelacuran.

"Saya juga memohon maaf kepada Liu kerana terus menggambarkan beliau terlibat dalam kegiatan seumpama itu sedangkan gambaran itu tidak benar sama sekali," katanya.

Dalam permohonan maaf itu juga, Dr Mohamad Khir menyatakan dia menyesal dan menarik balik kesemua kenyataan yang dibuat terhadap Liu sertta dan memohon maaf tanpa syarat terhadap beliau.

Laporan media semalam menyebut bahawa Ronnie Liu dan Dr Mohamad Khir mencapai persetujuan bersama untuk menyelesaikan kes saman fitnah yang difailkan pada 2008.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad menetapkan esok untuk merekod terma penyelesaian yang dipersetujui kedua-dua pihak.

Peguam Mohd Haijan Omar yang mewakili Liu memberitahu pemberita mengenai perkara itu selepas pihak-pihak berkenaan menemui hakim di dalam kamar.

Pada 6 Oktober 2008, Liu menyaman Dr Mohamad Khir kerana didakwa memfitnah dengan mengaitkan beliau dalam usaha menghalang penghapusan kegiatan pelacuran.

Liu mendakwa Dr Mohamad Khir mengeluarkan perkataan palsu dan berunsur fitnah mengenai perkara itu dalam satu artikel yang dicetak dan disiarkan di sebuah akhbar berbahasa Cina pada 9 Mei 2008.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.