Tuesday, October 23, 2012
Polis Pun Manusia Tapi Berperangai Haiwan!
Published: Selasa Oktober 23, 2012 MYT 4:37:00 PM
Anggota Polis Didakwa Rogol Gadis 15 Tahun
PETALING JAYA: Seorang pegawai polis rondaan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini kerana merogol seorang gadis berusia 15 tahun pada Ogos lalu.
Azman Zakaria,
28, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu selepas pendakwaan
itu dibacakan kepadanya di hadapan Hakim, Rozina Ayob pada Selasa.
Dia dituduh
merogol gadis berkenaan di sebuah rumah di Jalan Berkat 5, Kg Sri Aman,
Puchong di sini kira-kira 6.30 petang pada 5 Ogos lalu.
Azman yang
berkhidmat dengan Balai Polis Melaka Tengah didakwa di bawah Seksyen 376
Kanun Keseksaan, di mana memperuntukkan hukuman maksimum penjara 30
tahun dan sebatan jika disabitkan.
Timbalan
Pendakwa Rakya Siti Aishah Ab Rashid menawarkan ikat jamin RM8,000
dengan menyatakan bahawa Azman adalah seorang penjawat awam.
Peguam Esther
Tan Siew Choo yang mewakili Azman berkata, dia berharap pihak mahkamah
dapat mengurangkan ikat jamin kepada RM3,000 kerana Azman telah memberi
kerjasama kepada mahkamah.
Hakim Rozina
kemudian membenarkan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan juga
memerintahkannya untuk tidak mendekati saksi, keluarga dan mangsa.
Hakim Rozina menetapkan 23 November untuk sebutan kes sementara menunggu laporan perubatan.
0 orang berkata:
Post a Comment