Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Wednesday, October 17, 2012

KETUA CAWANGAN MIC SRI ALAM HILANG KEPERCAYAAN KEPADA BN

 

Kerajaan Barisan Nasional yang dipandu oleh UMNO telah berada dalam tempuk pemerintahan selama 53 tahun masih gagal untuk membawa kehidupan selesa kepada kesemua rakyat terutama masyarakat India.

Dengan harga barang yang naik dan kos kehidupan yang kian meningkat menyebabkan bukan sahaja Masyarakat India menghadapi kesannya,ia membawa kesan seluruh rakyat Malaysia amnya dibelengu kemiskinan.

Penganguran meningkat dikalangan Masyarakat India adalah faktornya tambahan juga masalah lain turut menyumbang kepada sosial ekonomi yang tidak dapat diselesaikan oleh pemimpin MIC menyebabkan ia bertambah parah.


Pertemuan PAR PERMAS serta pemimpin PAKATAN RAKYAT yang lain secara tidak sengaja semalam dengan seorang Ketua Cawagan MIC perumahan Suria,Sri Alam Tuan Jai seelan 40 tahun.Mempunyai sarjana Muda Sastera Universiti Malaya tahun 1997 dan pernah memegang jawatan sebagai Bendahari Agung Majlis perwakilan pelajar universiti Malaya.

Beliau dalam pertemuan dengan Tuan syed Othman PAR PERMAS dan Jimmy Puah Ketua cabang keadilan Johor Jaya menyatakan beliau hilang kepercayaan MIC kerana menurutnya gagal membela nasib Masyarakat India.Pengangguran dikalangan Masyarakat India sekarang katanya ditaraf kritikal dan tiada usaha yang dilakukan oleh Pemimpin MIC untuk menanganinya.
 
Adakah Pemimpin Besar MIC sudah selesa dengan kehidupan mereka padahal katanya lagi ramai anak-anak muda lepasan Universiti gagal mendapat perkerjaan.Beliau berkata lagi beliau percaya arus perubahan kian hampir dalam PRU13 kali ini dan beliau akan bersama Pakatan Rakyat.

Beliau yang bersama sebahagian Ajk cawangannya turut memberi sokongan kepada PAKATAN RAKYAT pada PRU13 nanti dan akan membantu berkempen untuk memastikan calon PR di Dun Permas dan Dun Johor Jaya menang di kedua-dua kerusi tersebut.

 
abusiraj almuner

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.