Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified


08 November, 2012

Rupanya Video Propaganda Bodoh Umno Sanjung Tugu Penjajah..

Semalam MiLo SuaM ada menyiarkan sebuah video propaganda memburukkan Pakatan Rakyat. Pelakon di dalam video itu membayangkan kononnya negara yang telah dimajukan oleh Barisan Nasional selama 55 tahun akan jahanam dalam masa 100 hari pertama jika Pakatan Rakyat memerintah Malaysia klik sini [Video propaganda].
Cuba anda perhatikan latar belakang video tersebut baik-baik. Apakah monumen yang tersergam gagah di belakang pelakon tersebut? Bagi yang tidak tahu, ia adalah Tugu Peringatan. Terletak berhampiran dengan Tugu Negara di Kuala Lumpur.

Buat pengetahuan anda semua, itulah tugu yang selama ini memesongkan sejarah Malaysia. Itulah juga tugu yang selama ini digunakan oleh penjajah British untuk memperbodohkan rakyat Malaysia dan juga memperbodohkan askar-askar Melayu setiap kali menjelang Hari Pahlawan.


Cuba lihat tulisan nama-nama pahlawan yang gugur terpahat pada Tugu Peringatan ini. Tiada satu pun nama orang Melayu, namun setiap kali Hari Pahlawan askar-askar Melayu akan berhimpun depan Tugu Peringatan ini kononnya untuk memperingati pejuang-pejuang yang telah terkorban klik sini [Tugu Peringatan].

Tarikh 1914 dan 1918 merupakan tarikh Perang Dunia Pertama, yang langsung tiada kaitan dengan Tanah Melayu. Apa rasionalnya rakyat Malaysia disuruh memperingati askar-askar British yang gugur pada Perang Dunia Pertama?

Lima puluh tahun lalu British menggunakan Tugu Negara ini untuk memperbodohkan orang Melayu supaya percaya bahawa askar British adalah pejuang Tanah Melayu.

Tahun ini, 2012 Umno melalui video ini menggunakan Tugu Negara untuk memperbodohkan rakyat Malaysia dengan propaganda Pakatan Rakyat akan jahanamkan negara kah kah kah... ~milosuam

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.