Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

AIIIK ? MACAM NAK LAWAN SULTAN JE !

Umno: Pembangkang guna agama demi 'hayat politik'
Wartawan Sinar Harian
12 November 2012
Tengku Adnan Tengku Mansor
Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
 
KUALA LUMPUR -  Di sebalik polemik dan kontroversi semasa, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor membidas pembangkang yang menurut beliau menggunakan agama demi memanjangkan jangka hayat politik mereka.

Malah ujarnya, pembangkang di negara ini lebih bertumpu kepada soal politik termasuklah menjadikan agama sebagai modal politik mereka sehingga boleh mengelirukan masyarakat.


Katanya, sewajarnya kaum Melayu menyekat mana-mana pihak yang menjadikan agama sebagai bahan politik termasuklah menggunakan nama Islam dalam parti bagi menarik golongan terbabit menyertai mereka.


“Pas yang bertopengkan agama adalah parti serpihan dari Umno iaitu di dalamnya terdiri dari kalangan orang-orang kecewa, menggunakan agama Islam demi untuk kepentingan peribadi, kedudukan dan pangkat sedangkan dalam masa yang sama mereka gagal mempertahankan akidah umat Islam yang ada di sekeliling mereka.


“Umno sebagai parti yang menyokong perjuangan kebangsaan Melayu tidak pernah menggunakan walau sepotong ayat al-Quran pun dalam urusan politik kerana apa yang penting adalah asas dan tujuan parti tersebut ditubuhkan selain usaha-usaha untuk terus memelihara akidah umat Islam,” katanya dipetik Umno-Online hari ini.


Tengku Adnan yang lebih mesra dengan panggilan Ku Nan  merujuk kepada Fasal 3.3 Perlembagaan Umno iaitu menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebebasan beragama.


Menurut Ku Nan, yang juga Setiausaha Agung BN, Pakatan Rakyat hakikatnya terbentuk daripada golongan kecewa lantaran diketepikan dari Umno dan BN ekoran kepentingan peribadi dan impian mereka yang tidak dapat ditunaikan.


Beliau merujuk kepada pelbagai insiden yang berlaku dalam pakatan pembangkang sendiri sehinggakan di kalangan mereka ada yang mempertikaikan berkaitan Islam sebagai agama rasmi, menyokong kebebasan beragama meliputi semua kaum termasuk Melayu, tiada tindakan dalam kenyataan menyokong keselamatan negara Israel dan pelbagai isu lain.


“Ada dikalangan mereka sanggup mengadakan perhimpunan jalanan dan mengadakan demonstrasi apabila ada negara asing membuat lakaran berkaitan Nabi Muhammad SAW tetapi malangnya apabila pemimpin mereka yang bergelar Mursyidul Am menyamakan Nabi Muhammad SAW dengan Mamat budak kampung tak ada pula yang bangkit untuk membantah atau cuba membetulkan kenyataan terbabit," katanya.


Beliau turut mengulas berkaitan laporan kononnya beliau sakit dan akan meletak jawatan lantaran tidak mempunyai keyakinan untuk BN menang dalam pilihan raya nanti.


“Ini semua tidak benar dan ia dilakukan oleh pihak tertentu yang suka menyerang peribadi pihak lawan lantaran gentar dan takut dengan realiti sebenar malah saya tekankan bahawa BN akan beroleh kemenangan lebih dua pertiga dalam PRU akan datang. Saya yakin,” tegasnya lagi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.