Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Ali Hamsa Berdusta Kata MB Selangor Arah Tukar YDP Selayang

Saya tidak keluarkan arahan, kata MB Selangor

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan bahawa beliau mengeluarkan arahan berhubung penamatan kontrak perkhidmatan Datuk Zainal Abidin A’ala sebagai Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

Beliau sebaliknya berkata cadangan dikemukakan adalah untuk memilih bakal Datuk Bandar dan Yang Dipertua di negeri ini mengikut kehendaknya dan tiada kaitan dengan penamatan tugas Zainal Abidin. “Saya hanya bercakap dengan pegawai perjawatan di Pejabat Setiausaha Kerajaan, bahawa kerajaan negeri ingin tentukan siapa yang akan jadi Datuk Bandar.

Saya minta mereka senaraikan nama-nama yang boleh dicadangkan untuk jadi Datuk Bandar.

“Saya sendiri tidak tahu sama ada cadangan saya itu diluluskan atau tidak sehinggalah pengumuman (penamatan tugas Zainal Abidin) di buat oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) Datuk Seri Dr Ali Hamsa,” katanya kepada pemberita selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini hari ini.

Ditanya pemberita sama ada beliau mengeluarkan surat penamatan berkenaan, Abdul Khalid menafikan perkara itu.

Malah beliau menjelaskan beberapa cadangan nama untuk pemilihan Datuk Bandar dan Yang Dipertua Negeri dilakukan sebelum timbulnya kontroversi pembinaan projek kondominium, Dolomite Park Avenue setinggi 29 tingkat di Batu Caves.

“Saya tidak pernah menulis surat kepada KSN supaya memberhentikan YDP. Sebagai Menteri Besar saya juga mesti melihat apa yang dipanggil ‘succession planning’ (rancangan penggantian) dapat dilakukan.

“Jika Datuk Bandar tinggal setahun (kerja) lepas itu pencen…saya tak nak tunggu hingga sehingga dia berpencen baru saya nak cari pengganti,” jelasnya.

Pada Jumaat lalu, Ali Hamsa berkata Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor melalui surat bertarikh 15 Okt lepas memaklumkan bahawa Abdul Khalid memutuskan untuk menggantikan Zainal Abidin dengan pegawai lain.

Pertukaran Zainal Abidin ke Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) sebelum ini menimbulkan beberapa kontroversi termasuk tuduhan yang mengatakan beliau ditukarkan dalam tempoh 24 jam atas kenyataannya berhubung pembinaan projek kondominium setinggi 29 tingkat itu.

Ali berkata kekeliruan itu timbul mungkin kerana pihak yang mengeluarkan kenyataan itu sebelum ini tidak dimaklumkan mengenai permohonan kerajaan negeri untuk menggantikan Zainal Abidin. -TMI

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.