Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Banyak negara tolak AES, hanya kayakan kroni – Lih Kang

5 Muharram 1434H,

KUALA LUMPUR 19 November: Pemasangan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) mendapat tentangan banyak pihak.

Terbaharu, bukti-bukti menunjukkan sistem sama telah ditolak di beberapa buah negara maju.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Chang Lih Kang berkata, sistem AES di negara ini diwujudkan semata-mata untuk kroni mendapatkan wang mudah.

Penguatkuasaannya pula dilakukan secara terburu-buru tanpa proses konsultasi.

“AES di negara ini lebih kepada cash cow (sumber pendapatan). Cara mudah kroni mendapatkan wang. Rakyat pula tidak pernah dibawa berunding terlebih dahulu.

“Di negara maju, pemasangan kamera adalah telus. Mereka melakukan pelbagai kajian. Dalam sesuatu tempoh, sekiranya kawasan yang dipasang kamera meningkat jumlah kemalangan, atau pun menurun jumlahnya, maka kamera itu akan ditanggalkan.

“Di sini kamera dipasang bertujuan untuk mengutip sebanyak mungkin saman yang boleh. Perkara itu yang kita tentang,” katanya kepada Keadilan Daily.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teja itu turut berpendapat AES tidak sewajarnya dioperasikan selama 24 jam.

Katanya, operasi kamera itu harus dalam jangka waktu yang bersesuaian.

“AES sepatutnya mendidik pengguna, bukan semata-mata mengeluarkan saman. Di kawasan-kawasan tertentu penguatkuasaan wajar dibuat dalam tempoh lapan jam (waktu siang) sahaja,” katanya.

Dua buah negara, United Kingdom (UK) dan Australia mempersoal pelbagai kelemahan AES.

Di sesetengah tempat di UK, sistem itu telah dihentikan operasinya.

Sebelum ini, negeri Arizona di Amerika Syarikat menghentikan operasi AES setelah mendapat bantahan rakyat.

Dalam perkembangan berkaitan, satu laporan terhadap Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha dan bekas Menteri Pengangkutan, Chan Kong Choy dibuat di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ipoh, Jumaat lalu.

Delegasi 10 orang yang diketuai oleh Lih Kang itu melaporkan dakwaan penyelewengan kedua-dua menteri terbabit memberi dan mempertahankan kontrak pemasangan kamera AES kepada syarikat Beta Tegap Sdn Bhd.

Menurut Lih Kang, carian Suruhanjaya Syarikat Malaysia mendapati Beta Tegap hanyalah sebuah syarikat yang dormant.

Syarikat itu tidak mempunyai kepakaran dalam bidang kamera AES dan hanya bergantung kepada syarikat Australia, Redflex Traffic Systems Pt Ltd dalam bidang teknikal.

Pemegang saham terbesar Beta Tegap pula bernama To’ Puan Rozana Redzuan. Arwah bapa To’ Puan Rozana adalah bekas Ketua Bahagian Umno Parit Sulong merangkap bekas Adun Peserai, Johor.

“Jika bukan kerana hubungan rapat pemegang saham Beta Tegap Sdn Bhd dengan Umno, bagaimana Kementerian Pengangkutan boleh memberikan kontrak bernilai ratusan juta kepada syarikat dormant yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut?” katanya dalam laporan terse

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.