Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BIAQ PI LA DEPA RAMPAS, UMNO KAN KE BANGSA KITA ?

Tuesday, November 13, 2012

Umno gelojoh rampas tanah Melayu - Salleh Embong bekas AJK Umno Bahagian

Pada 31 Oktober   En Salleh Embong selaku Pengerusi Institiut Peduli Rakyat Terengganu telah menghantar memorandum isu tanah Terengganu di lobi Parlimen bersama sama wakil Parti Pembangkang yang lain.
 

 

Rampas tanah rakyat tanpa membayar pampasanhttp://buletinonline.net/images/stories/berita44/sallehembong.jpgKUALA NERUS – Isu tanah telah menjadi isu rakyat kerana kerajaan Umno yang memerintah Terengganu hari ini, semakin gelojoh mengambil dan merampas tanah-tanah orang Melayu.

Persoalan yang timbul ekoran tindakan itu adalah, apakah pertimbangan kerajaan terhadap pengambilan tanah orang-orang Melayu sekiranya kerajaan Umno Terengganu adalah sebuah kerajaan orang-orang Melayu?

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pengambilan Tanah Kampung Banggol Donas, Encik Salleh Embong, yang juga bekas Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Kuala Nerus, berkata demikian dalam program Dailog Rakyat di Seberang Takir, dekat sini, Sabtu, 12 Mac

“Kalau betul lah negeri Terengganu dipimpin oleh seorang melayu, yang sememangnya mengamalkan ketuanan Melayu, dimanakah pertimbangan kita untuk tolong orang melayu ? 
 
”di akhir-akhir ini , kerajaan semakin gelojoh dalam pengambilan tanah rakyat, ”katanya ketika berucap pada program Dailog Rakyat di Seberang Takir, Sabtu, 12 Mac.

Katanya, hampir di semua tempat yang terlibat dengan pengambilan balik tanah telah mendapat bantahan dari rakyat.



 
Ia berlaku, katanya, disebabkan rakyat tidak berpuas hati dengan prosedur dilaksanakan dan pampasan yang diberikan oleh kerajaan ke atas tanah yang dirampas.

Pengambilan tanah dengan ‘serta merta’ itu menurut Salleh, kerana kerajaan mengatakan ia adalah satu projek ‘terdesak’.

”Dalam pemgambilan tanah rakyat, kalau dulu dia bagi notis dengan boring A, sampai kepada boring B, bagaimana nak masuk tanah orang, proses pembayaran dan sebagainya,


”sekarang mereka tidak mengamalkan (prosedur) itu semua, sebab katanya projek terdesak,”jelas Salleh.


Beliau menempelak kerajaan Terengganu kerana selalu mengamalkan sikap, melaksanakan projek ‘terdesak’ yang tiada perancangan rapi.



Menurutnya, disebabkan amalan pembangunan ‘terdesak’ tersebut, telah menyebabkan bumbung Stadium Sultan Mizan telah runtuh.

”Keruntuhan berlaku kepada stadium negeri (Sultan Mizan) kerana tidak cermatnya kerajaan negeri yang sepatutnya untuk kepentingan rakyat,”tegasnya

Beliau menyifatkan pengambilan tanah dari Kampung Jeram ke Kampung Banggol Tuan Muda adalah satu rampasan kerana kerajaan mengambil tanah tanpa membayar pampasan kepada pemiliknya.

Katanya, apabila Pejabat Tanah mengeluarkan ‘borang K’ kepada pemilik tanah, tanpa sebarang bayaran, ia bermakna kerajaan telah merampas ketanah tersebut.

Sedangkan, menurutnya, rakyat dilindungi oleh Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan

”Dibawah perkara 13 (Perlembagaan Persekutuan) tidak ada sesiapa yang boleh mengambil tanah hatta (walupun) kerajaan atau orang lain, kecuali di bayar pampas an secukupnya,”tegas Salleh lagi.


 
 

Oleh itu, beliau berkata, kezaliman itu tidak patut berlaku kerana menurutnya yang merampas tanah adalah orang Melayu dan yang dirampas adalah tanah orang Melayu.


Katanya, keadaan itu berlaku kerana projek yang dilaksanakan adalah untuk mendapat wang segera dari pembiayaan ‘Dana Khas’ kerajaan persekutuan.

Beliau melahirkan rasa kesal kerana wakil-wakil rakyat yang bertanggungjawab tidak hadir ke program Dailog yang diadakan itu.

“Tapi sayang, wakil-wakil rakyat yang sepatutnya bertanggungjawab dalam hal ini, yang sepatutnya hadir pada malam ini,


”(Dato’ Nasir Ibrahim Fikri) sebagai Ahli Parlimen Kuala Nerus, (dan pengambilan tanah) berlaku di Kuala Nerus, sepatutnya beliau hadir,”ujarnyaBO


0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.