Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BUAT DOSA, TAUBAT, BUAT DOSA TAUBAT, LEPEH TU BUAT LAGI

  • MELAYU OTOMATIK ISLAM, ISLAM OTOMATIK ISLAM ? SEMUA OTOMATIK

    Harussani: 'Saya sentiasa bertaubat'
    JAMILAH HAMZAH
    16 November 2012
    Harussani Zakaria

    SHAH ALAM -  "Saya sentiasa bertaubat selepas menunaikan solat, sebanyak 10 kali atas apa jua kesilapan yang dilakukan saya." Demikian menurut Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria menjawab kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Harun Taib semalam, yang turut meminta beliau bertaubat.

    Menurutnya, setiap manusia sentiasa melakukan kesalahan dan dengan bertaubat, umat Islam tidak akan terus berada dalam dosa di atas kesilapan yang dilakukan.


    Harussani, antara pemimpin agama yang mendapat perhatian dana arena politik tempatan khususnya berkaitan idea kerjasama politik Pas-Umno menambah, "jadi, saya hanya meminta (Naib Presiden PKR) Nurul Izzah bertaubat apabila melakukan kesalahan."


    Katanya, orang Islam pasa masa kini hanya berjuang atas kepentingan politik dan saling menabur fitnah sehingga mewujudkan perpecahan dikalangan umat Islam.


    "Perjuangan orang Islam terutamanya pemimpin sekarang lebih kepada kepentingan politik sendiri.


    "Mereka jauh terpesong, mereka tidak mengikut ajaran Islam dan tidak mengikut sunnah Rasulullah," kata beliau kepada Sinar Harian Online.


    Pagi semalam, Harun meminta Harussani turut bertaubat kerana didakwa  tidak menyokong perjuangan Islam.

    Kenyataan Harun itu dibuat ketika mengulas komen Harussani yang meminta Nurul Izzah bertaubat kerana mengeluarkan kenyataan tidak selari mengenai kebebasan agama.

    "Bertaubat kalau dia (Nurul Izzah) buat salah besar... Tan Sri Harussani harus bertaubat juga kerana tidak menyokong perjuangan Islam. Dia juga harus bertaubat," katanya selepas merasmikan Muktamar Dewan Ulama Pas Pusat di Kota Bharu semalam.


    Harussani juga berkata, semua parti politik yang menggunakan Islam tidak akan disokongnya kerana perjuangan mereka tidak sejajar dengan konsep Islam.


    Harussani menambah, teguran sering dibuat kepada semua orang Islam sejak beliau menjadi kadi lagi untuk mengembalikan mereka ke jalan yang benar.


    "Dulu apabila saya menjadi kadi, saya sering menegur orang Islam yang melakukan kesilapan dan kembali ke jalan yang benar.


    "Sejak lebih kurang 50 tahun lebih negara merdeka, setiap parti yang dikatakan membawakan ajaran Islam hanya tahu berkempen untuk parti.


    "Melalui kempen mereka sering membuat fitnah, memaki hamun dan di rumah ibadat juga telah wujud perpecahan, adakah dengan cara ini kita nak tonjolkan Islam kepada masyarakat?" katanya.




     
    Roslan Mamat · Top Commenter · SMK Ibrahim Fikri, Kuala Terengganu
    mmeng tepat apa yg di sarankan olh beliau...alimulamat skrang dlm politik byak mmbuat ajaran sendiri....imbas kembali kenapa ada 2 iman, penyembelihan...ssgolongan tak sah...ini golongan k syurga dan ini k neraka...sapa/puak sapa yg..syabas dato harunssani...tegakan kbenaran hapuskan kebathilan....puak2 yg hanya mgunakan agama sbagai platform bg pancing undi.

    • Amzatul Akmam Mokhtar · Top Commenter
      taip mcm x thn nak buang air jer....taip tu biar betul bang...nanti maksud x sampai...

    • Roslan Mamat · Top Commenter · SMK Ibrahim Fikri, Kuala Terengganu
      nak cpat ada gotong royong....maaf klau xsampai maksud...nak buat saspen kot...

    • Zinbad Battle Station · Top Commenter · Smk victoria kl
      kalau nak tegur biar lah secara keseluruhan jangan memilih...
      negara yang dikatakan islam contuh sebenarnya terlalu banyak
      kepincangan...aku harap semua mufti membuat teguran kepada
      pemerintah supaya laksaknakan segera undang-undang islam
      umat islam negara ini dah terlalu jauh menyimpang
      gunakan kuasa mufti anda..jika ada kuasa lah..

  • Akira Bakhtiar · Top Commenter · Malaysia Maritime Academy
    Semakin ramai TUKANG KARUT UMNO beraksi. Pergi lah Nasihat puak2 Barbarian Umno yg jelas mempersendakan Islam. NurulIzzah keluarkan fatwa kah atau luluskan hukum yg membenarkan murtad? Kalau tidak apa kes? Pengganas Umno baling cat, batu, kayu, fitnah, tohmah, tears bombs...tembak guna water canon, hantar najis...cuba jawab nak buat apa? Nak buat bodoh ke?

  • Buldozer Klate · Top Commenter · Kulikutif at Promosi mantap sdn bhd
    Dulu Haji hadi kata tak boleh undi calor bukan islam, akan jadi kafir, sekarang Pas paksa penyokong2 mereka undi DAP...adui, betul DSHZ, Pas sekarang sudah terpesong dari islam...sama2lah kita doakan agar PAS-UMNO bersatu dibawah nama baru seperti cadangan Dato Nik Aziz, saya cadangkan nama parti ini PAKU, PA = Pas, K=Keadilan, U=Umno.

  • Hashimuddin Mohamed · · Top Commenter · Mindanao State University
    tak apalah datuk. yang penting tanggungjawab sudah dilaksanakan. mrk nak dengar atau apa pun itu cerita lain. kita sedar, mereka merasakan diri mereka seolah2 maksum. pkr dan dap yg bersama mereka juga turut maksum. parti mereka sahaja parti islam. kalau lawan mereka dikatakan lawan islam. pkr dan dap juga automatik lebih islam drpd parti lain kerana berada dalam kelompok mereka. tidak ada seorang pun dalam dunia ini yg boleh menasihati mereka. mereka sedang seronok kerana merasakan mereka boleh menang. mereka sedang ditindih dan dibuai oleh perasaan mereka. apakah mereka bukan golongan yg terpedaya?

    • Zinbad Battle Station · Top Commenter · Smk victoria kl
      adakah tanggung jawab mufti setakat tu saja?..bagaimana yang lain?
      tak kah kita lihat apa yang sedang berlaku dalam negara yang dikatakan
      negara islam contuh...

  • Hussein Ibrahim
    SYABAS.....mufti BERAKHLAK MULIA

  • Orangsama Ben Laden · Top Commenter
    Tuan Datuk Mufti, tolong tunjukkan kpd saya yg jahil ni sepotong ayat Al-Qur'an yg ditujukan khas oleh Allah kpd bangsa melayu. Jadi ayat 256 dari surah Al-Baqarah yg membawa maksud '' Tiada paksaan dalam beragama '' tu tak terpakai kpd bangsa melayu lah yer. Etnik melayu ni begitu banyak kelompok2nya. Bagaimana dgn melayu aftrika selatan? Melayu batak? melayu bawean? Melayu jawa? Melayu bugis? Melayu asli (orang asli)? Melayu sri langka? Melayu kepulauan maldives? Melayu timur leste? Melayu australia utara? Melayu singapura? Terlalu ramai yg bertaburan dimuka bumi ini. Adakah semua 100% melayu2 ni beragama Islam? Adakah semua melayu tu dilahirkan Islam? Sebagaimana orang2 arab; adakah semuanya beragama Islam?

    Sebagai seorang yg berautoriti dlm agama, jgnlah mengeluarkan kenyataan2 yg mengelirukan orang2 Islam terutama generasi muda. Bagaimana dgn akidah atau pegangan sekiranya generasi muda mengambil 100% kata2 tuan datuk mufti tu? Berlaku ikhlas dan jujurlah keatas ilmu yg dipelajari. Jgn menambah kekeliruan dan menyesatkan lagi orang2 yg jahil dlm agama ni. Kenapa tidak menegur pemimpin2 yg mempersendakan hukum hudud? Kenapa tidak menegur pemimpin yg mengeluarkan kenyataan bahawa hukum hudud tiada dalam Al-Qur'an dan hukum itu dicipta oleh ahli2 feqah? Tuan datuk mufti menyuruh nurul izzah bertaubat hanya kerana beliau membaca petikan terjemahan (dlm bahasa inggeris) ayat 256 surah Al-Baqarah tu?

    • Rizal Rifin · Top Commenter
      Sekarang ni kita bercakap di dlm konteks negara m'sia yg mana tercatat di dlm perlembagaan di dalam artikel 160(2) mngatakan bhw definisi melayu itu adalh beragama islam, bercakap bhsa melayu jadi secara automatik bhw org melayu ini adalh 100% bragama islam dn apabila NIzzah mngatakan org melayu di dlm konteks ngra m'sia ni bhw kebebasan bragama sptutnya trpakai jgak kpd org melayu secara langsungnya mngatakan bhw org islam tu jgak boleh menukar agama secara bebas....itulah mksudnya dn ianya berkaitan isu akidah sbb itulh ianya mnjadi satu isu yg panas dn lebih2 lagi ianya diucapkan oleh seorg islam....ucapan NIzzah dn artikel di dlm perlmbagaan m'sia itu trsgtlah "straight forward", trsgt mudah utk difahami....

    • Mahpoz Hj Marzuki · Top Commenter · Works at Zzzzz
      Rizal Rifin : skrg br nk berdemo2 la kate nk perjuangkan jgn murtad...dlm masa yang sama meluluskan permohonan orang islam keluar agama islam...

      tu artikel dlm perlembagaan,dan xsemestinya dlm dunia nyata, melayu tu mesti islam..ade gak melayu yang xislam...namenya islam,,tp perangai.perlakuan.percakapan melambangkan sebenarnya dh murtad...

      ade hadith menyatakan satu masa nnt akan terjadinya,pagi islam.petang kafir,malam islam.siang kafir..

      satu lg artikel dlm perlembagaan, menyatakan kebebasan agama setelah 18 tahun ke atas..di situ tidak menyatakan larangan keluar islam...

      artikel 160(2) melayu adalah islam,tapi tiada artikel yang melarang orang melayu untuk menukar agama kpd bkn islam kan..

      kerana ia mengunakan artikel kebebasan beragama...

      sbb itu terdapat kelulusan orang islam untuk menukar agama kpd bkn islam...

      ken...See More

    • Orangsama Ben Laden · Top Commenter
      Rizal Rifin: Itu sebab hudud wajib dilaksanakan sebab mengekang orang Islam (bukan sahaja melayu tetapi orang bukan melayu juga) dari keluar agama atau murtad. Kamu kata melayu di malaysia 100% beragama Islam; bagaimana dgn melayu asli (orang asli)? Melayu khadazan? Melayu iban? Mereka tu orang melayu asal di negara kita ni. Kamu baca balik apa dia istilah melayu ni? Yang menjadi ahli ameno yang bukan Islam tu apa? Mereka tu bukan orang melayu ker? Kata parti melayu....cuma sebutan dalam bahasa inggeris (united malays national organisation). Apa makna MALAY tu? Kamu tahukah berapa jumlah orang2 melayu yg dah murtad? Itu sebab Islam tidak memaksa manusia nak menganut agama apa. Kamu nak masuk agama selain dari Islam, masuklah. Tetapi setelah kamu memeluk Islam, maka kamu wajib patuh perintah NYA termasuk hukum hudud dan didalam ada hukum bagi oarang2 yg murtad. Cuba fikir diluar kotak.

  • Mohd Hermi Jamari
    x kira pahaman politik tp jawapan beliau memang tepat hari2 kena bertaubat....

  • Tolakumno Tolakbn · Top Commenter · University of Oxford
    kalau orang Islam tidak menggunakan agama Islam untuk berpolitik tkn nk guna agama yahudi untuk berpolitik..wahai dato saya dulu amat mengagumi anda tapi kini makin terserlah kedangkalan anda dalam soal politik Islam yang diasaskan oleh Nabi Muhammad S.A.W sendiri. Baginda menggunakan agama islam untuk menyatukan masyarakat majmuk di Madinah dan mekah. Sori to say la dato' teruskan lah perjuangan anda itu bersama-sama umno. Ni kali la.

  • Buldozer Klate · Top Commenter · Kulikutif at Promosi mantap sdn bhd
    paku boleh menguatkan mana2 struktur rumah bermaksud sesebuah kerajaan yang diikat dan bersatu antara PAS-PKR-UMNO. Paku ada payung diatasnya, membawa maksud , kerajaan yang memayungi rakyat, paku tajam dijujungnya, menggambarkan kerajaan yang berani dan tegas...

  • Nur Najihah Husna · Top Commenter · Kafa integrasi al-aman
    Memanglah hampir semua org Islam bertaubat atau istighfar setiap hari, ini tak payahlah beritahu org. Apa yg berlaku ialah TS minta NI bertaubat, maka ini tentulah gesaan khusus, iaitu berkaitan dosa besar, melibatkan tuduhan berat ke atas seseorg. TS berniat baik, namun metodologi yang tak kena.

  • Syed Munir · Top Commenter
    Kenyataan yg mantap dari seorang ulama.

    Melihat dan mendengar Harun Taib menjawab pertanyaan para wartawan di TV semalam meyakinkan saya lagi yg pemimpin2 PAS memang tak ada kualiti. Mcm mana nak memimpin negara?

    • Fairu Zamir · · Top Commenter
      Kadang2 aku marah gak ngan Tun Mahathir. Aritu Tun kata cerdik pandai ramai masuk PAS. Tapi kalo tgk kualiti dan tahap pemikiran pemimpin PAS aku x rasa cerdik mana pun. Atau mungkin pengikut yg cerdik angkat yg bebal utk jadi pemimpin depa. Tp kalo yg cerdik angkat yg bebal jd pemimpin..cerdik ke tu?

    • Syed Munir · Top Commenter
      Tu lah...senget jer aku tgk..

    • Syed Munir · Top Commenter
      ckp pun mcm org tak sekolah

  • Anak Jawa · Top Commenter
    inilah tokoh ulama sebenar..tidak meninggi diri..bercakap berlandaskan kepada kebenaran..menyeru kpd perpaduan ummah..tidak seperti ulama taik yg bersepah didlm parti pas..yg cukup hanya memakai ketayap sudah bolih dipanggil ulama..walaupun empunya diri
    pernah melakukan dosa besar..ulama yg dihormati sentiasa menjadi contoh kepada umat islam.semuga allah panjang kan umur tan sri ..dilimpahkan kurnia kesihatan olih allah yg maha esa..amin

  • Hjh Rosminah Hj Omri
    Kenyataan Tan Sri Mufti memang tepat sekali. Mereka menggunakan Islam untuk meraih kemenangan undi, sebab itu bila tak setuju dgn pemimpin islam yg lain mereka tubuhkan parti politik baru.Jika berceramah di rumah Allah seringkali mereka menyelitkan unsur2 sindiran terhadap kerajaan sedangkan jemaah yg hadir untuk mencari ilmu bukan utk mendengar fitnah Jika kita keluar seblum ceramah habis mereka akn kata kita org umno walhal kita taknak subahat.

    • Alif Ain · UTM
      Sebenarnya tak susah nak mengenali yang mana maaruf yang mana mungkar.
      Cuma zaman ini masing-masing berhujah menggunakan Islam yang menyukarkan orang awam nak menilainya.
      Orang Awam yang cerdik akan menilai dari sudut hujah yang mana menepati Al Quran yang mana bercelaru atau berpilih-pilih.
      Apakah yang disampaikan dirumah Allah itu sindiran atau tidak kebenarannya dari sudut kefahaman kita terhadap ayat AlQuran yang disampaikan.
      Kalau ianya benar, ia adalah suatu peringatan untuk kita.
      Apa yang membimbangkan kita jika apa yang disampaikan benar, kita keluar kononnya tak nak bersubahat, sebenarnya kita bersetuju dan bersengkokol dengan kemungkaran.
      Jalan yang terbaik dengar dahulu sehingga selesai, jika tidak berpuashati berjumpa dengan orang yang menyampaikan itu dan dapatkan penjelasannya.
      Jadilah orang yang cerdik bukan emosi.
      Yang dibimbangkan jika berpuluh tahun selama ini kita rasa betul tetapi sebenarnya kita menyokong mereka yang salah.

  • Hasaruddin Hassan · · Works at Business Owner
    Nasihat TS perlu diberi perhatian , bukan dikecam kembali. TS menegur semua pihak..PM pun dia tegur, apa salahnya kalau dia tegur benda yang jelas dan nyata dgn bukti..Lebih memalukan bila org yang ada ilmu agama kata soal akidah perkara kecil...rakyat bkn terlalu bodoh sampai soal akidah pun dianggap kecil dan remeh. Semoga Allah SWT memberi kekuatan kpd kita semua terutama ulama utk berani menegakkan kebenaran, bukan bacul demi Putrajaya...

  • Noriman Saari · Top Commenter
    Rasanya tak perlulah beritahu amalan peribadi.. Cuma kalau nak sampaikan.. Sampaikan secara umum. Baik mendidik masyarakat dgn amalan Rasulullah. Bila org tegur... Beritahu saya memang bertaubat sekian-sekian banyak sehari.

  • Mohd Shahril Masa · Assistant Auditor at SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA WP
    klu nak bertaubat, tak perlu bgtau orang lain... bimbang taubat tak sampai nnt (riak).. cukuplah Allah sahaja yg tahu...

  • Shahril Iman
    pi la mabukkk....

  • Subeli Ahmad · Top Commenter · Johore Bahru, Johor, Malaysia
    Salam maalhijrah

  • Mohd Razi Ab Majid · Top Commenter · Sekolah ketereh
    "Sejak lebih kurang 50 tahun lebih negara merdeka, setiap parti yang dikatakan membawakan ajaran Islam hanya tahu berkempen untuk parti...... Bagaimana parti yg tiada lebel Islam - adakah sinonim parti itu sesat sebab tiada lebel Islam sehingga Islam menjadi 'hak milik' kaum tertentu sahaja. Islam dimertabatkan hanya pada nama tetapi amalan hancur, judi/arak/zina /rasuah berluasan tanpa kesudahan, apabila ada yg menengur dikatakan fitnah, gila kuasa, gila parti. Yg kita duk perintah 1Malaysi ni dengan parti ke, atau naik sendiri. Kalau kita rasa kita telah tidak berupaya mengubah kemasiatan yg berlaku, lebih baik diam dari terus merosakkan masyarakat lebih banyak lagi dengan kenyataan kita.

  • Mohdjamil Rahim · · Top Commenter · 36 years old
    cepat pulak ulamak dalam pas balas serangan terhadap harusanasini, bila lagi nak sembah derhaka kepada al-sultan tiba-tiba bangkit isu yang sama? suruh dia tu duk diam jaga tanah kat pahang dah banyak tergadai kepada warga singapore.

  • Ashintura FC · Top Commenter · Alor Setar
    Salam Jumaat dan Salam Hijrah. Semoga Allah SWT menerima semua taubat Tan Sri Dr Harussani Zakaria dan semoga kesilapan beliau sesama manusia turut terhapus. Amin. Semoga Allah SWT juga turut membuka pintu hati beliau untuk menerima Perjuangan Islam Seluruh Dunia dan menolak segala kemungkaran dan kerosakan yang dibawa oleh Puak-puak Jahiliyah. Gunakan segala kelebihan Ilmu Agama yang ada untuk bergerak bersama dalam Perjuangan Politik Islam sepertimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat. Andainya Nabi Muhammad SAW masih ada tentu Rasulullah SAW akan berbangga dengan Tan Sri. Amin ''Tidak berbau Syurga bagi Mukmin yang membenci akan Saudaranya'. Bukankah kita Bersaudara. Akhir kata saya mohon ampun dan maaf kepada Allah SWT dan juga kepada Ayahanda Tan Sri Dr Harussani dan semua umat manusia.

  • Wan Kamarudin · Top Commenter · Kota Bharu
    kalau menegur, bertaubat tapi tidak semua golongan buat apa taaubat tambah dosa namanya, memanglah mufti yang pentingkan pangkat dan poket sendiri tidak akan dedahkan hukum yang sebenarnya mengikut al-quran dan hadith, mufti yang cerdik banyak alasan...contohnyn klu manusia kurang agama takut minum arak haram tapi yg cerdik pandai agama kata tak apa niat buat ubat halal....

  • Muha Hasim · Top Commenter
    apabila wang, pangkat dan kuasa menjadi sandaran maka hasilnya adalah begini...Islam tidak akan tertegak atas kata2 semata-mata sahaja mesti juga melalui perbuatan....

  • ~lu sembang nanti wa sengat ! ~
    alhamdulillah.. hidup ni memang x bleh lari drpd kesilapan. elok la kite sentiasa bertaubat kpd nya.. insyallah.. lebih tenang.. tgk la ni http://bit.ly/XDWFHe :(

  • Muhammad Zamri Mohamed NorPeah ·
    PAS jahanam memang selalu suruh org bertaubat... MAKSUM la kate kan ahli2 PAS nih... Org PAS baik2 wehhh, x pernah buat salah... Sebab tuh asyik suruh orang lain betaubat je... Puiii!

  • Ab Wahab Jusoh · Top Commenter · University of Malaya
    Kalau begitu Nurul Izzah pun bertaubat juga pada setiap kali lepas sembahyang. Jadi tak timbullah soal memintanya bertaubat. Selesai kes.
  • ibrahimmamat43 (signed in using yahoo)
    Taubat kena berhenti lawan perjuangan islam dulu, ni tobat tapi pertahankan puak buat kesino dan tempat maksiat, Tuhan tidak buta Dato'!

  • Al Barbarossa
    sume pn tobat la nabi je maksum..even mufti pn x maksum.

  • Farhan Azlan · Top Commenter · UKM
    Salam Dato.
    Semoga dato diberi kekuatan an semangat untuk menghadapi segala... cabaran & dugaan...
    Memang susah dato, jika Islam digunakan untuk kepentingan politik....
    Jika kita bagi pandangan dan nasihat untuk kepentingan umat Islam.... mereka akan mempunyai alasan sendiri untuk menapikan pandangan & nasihat kita..... sebaliknya kita pula yang dituduh yang bukan2....
    Begitu laaa.. jika terlalu taksub... untuk mencapai matlamat..... susahkan.
    Kebenaran mereka ketepikan.....
    Gelagat mereka semua ni... tidak akan kemana... percayalaaa.

  • Harun Mohamad · Top Commenter · U-M
    kalu nurul izzah bertaubat.
    maka kena lapor kepada tan sri harussani ke?
    ataupun kena beritahu kpd wartawan supaya masuk dlm paper?
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.