Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
  • Dr Juanda letak jawatan AJK Baitulmal Perlis
    G MANIMARAN & MOHD IDROS MOHD ALI
    16 November 2012
    Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya
    Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya
    SHAH ALAM - Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya dipercayai telah meletakkan jawatan sebagai ahli jawatankuasa Baitulmal Perlis berkuat kuasa Jumaat lalu kerana tidak gembira dengan pengurusan dan pentadbiran agensi tersebut.

    Sinar Harian difahamkan surat peletakan jawatan telah dihantar kepada pengurusan tetapi tidak pasti sama ada keputusan itu atau diterima atau tidak.

    Bagaimanapun Juanda ketika dihubungi enggan mengulas perkara itu.

    Juanda selaku Mufti Perlis dilantik menduduki jawatankuasa secara automatik dan bertindak sebagai ‘penasihat’ agensi tersebut.

    “Beliau (Juanda) tidak gembira dengan cara pengurusan, ada perkara yang beliau tidak berpuas hati.

    “Selepas teguran dan nasihat tidak diterima, beliau dikatakan mengambil keputusan untuk berhenti daripada ahli jawatankuasa dan penasihat,” kata sumber kepada Sinar Harian.

    Sementara itu, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Perlis dalam satu kenyataan mendakwa telah mendapat berita dari

    Sumber yang dipercayai bahawa Juanda Jaya telah meletakkan jawatan sebagai ahli jawatankuasa Baitulmal.

    “SAMM Perlis juga difahamkan peletakan jawatan Dr Juanda dalam agensi pengurusan zakat negeri adalah ekoran daripada sikap pemimpin negeri yang didakwa membelanjakan wang zakat tanpa mengikut prosedur sebenar dan mengarut antaranya ialah pergi melancong tanpa terlebih dahulu dibawa berbincang dalam mesyuarat Baitulmal,” kata Penyelaras SAMM Perlis, Asrul Nizam Abd Jalil.

    Selain itu, dakwanya, perbelanjaan wang zakat Baitulmal Perlis juga tidak meletakkan keutamaan yang saksama kepada pecahan - asnaf dan dalam banyak keadaan ia nampak lebih menjurus kepada agensi perniagaan berbanding kebajikan.


    • Ishak Abdol · Top Commenter · Supervisor at HQ SCDF WO (Retired)
      Masalah nya berita ini adalah dari sumber orang lain..belum pasti kebenaran nya. Kita tunggu jawaban dari Dr. Juanda.. Baru kita boleh buat komen? Buat andaian atau spekulasi yang mungkin benar atau tidak benar, boleh mendatang musibah kepada orang itu. Dari itu..jauhi lah daripada sebarang komen atas perkara yang belum pasti.
    • Solehan Remot · Top Commenter · Pengerusi at Koperasi Pendidikan Kuala Selangor Berhad
      Apa hal.. melancong guna duit zakat? Di Perlis dah tak asnaf yg wajib diberi zakat ke? Lagu mana ni?
      • Rizalazmi Abdullah · Top Commenter · Sek men datuk maharajalela kjg gajah perak
        Ingatkan letak jawatan sebagai mufti perlis td.. ini letak jawatan AJK Baitulmal Perlis, pada aku lah, sbagai mufti perlis beliau berhak menegor perbuatan itu atau dibawak kepada pengetahuan Raja perlis.. bukan meletakkan jawatan sebagai penakut.. Mufti ada lah jawatan no2 dalam halehwal agama islam dalam negeri perlis selain raja perlis...
      • Pengemis Chenta · Top Commenter
        x baca abis ker?...kan dia dah tegur tapi pemimpin umno ni mana nk dgr..buat duit tu mcm duit bapak dia..last sekali baru dia letak jawatan ler..
      • Side Alyahya · Top Commenter · SMA Al-Khairiah, Temerloh
        bla nampak byk duit semua kelabu bijik mata...zakat bkan lagi perintah/amanah Allah tp alat utk mengkayakan segelintir puak2 dlam baitulmal..setiap sen yg diambil tanpa haknya pasti akan disoal kelak..
    • Tok Sagor · Top Commenter · Universiti Malaya
      selagi umno yang menguruskan wang zakat dan baitulmal serta segala pentadbiran agama, selagi itulah pelbagai masalah penyelewengan timbul.
    • Mus Mashkadov · Top Commenter
      Sebelum ni kat KL duit zakat wujud asnaf bayar peguam.. skrg kat Perlis ada pula asnaf pergi melancong.. semoga dibakar api neraka puak2 songlap duit zakat ni..
    • Zinbad Battle Station · Top Commenter · Smk victoria kl
      wang zakat seluruh negara memang banyak...cuma tat pasti.
      sampai pada sasaran sepenuh nya atau tidak..
      aku cuma khuartir jadi macam sesetengah masjid..kumpul wang sehingga ratusan ribu...
      mufti ni mungkin terikat dengan osa kot...jika ada kepincangan dan sudah.
      beri teguran..tetapi tiada respon...aku nasihat letak jawatan saja...
      • Ishak Abdol · Top Commenter · Supervisor at HQ SCDF WO (Retired)
        Zinbab..Lagi pasal duit..Tak habis habis kau cerita pasal itu..Jangan buat tuduhan tanpa bukti..Orang tidak buat perkara begitu..dapat pahala..kamu yang menuduh tanpa kebenaran bukti..mendapat dosa.. Itu perkerjaan jahil.. Cuba elakan.
      • Gee KaRan · Top Commenter
        tuduhan keatas anwar tk ckop bukti...kih3 cba elak kan..kih3
      • Yahaya Yahyatunaaim · Top Commenter · Sek men alang iskandar
        Ishak Abdol kalau mufti pun letak jawatan maknanya apa?? tolong terang sikit.Mufti bukan jawatan AJK biro agama bahagian UMNO boleh letak sesuka hati dalam hal ni mufti ada " locus standi" dalam membetulkan perjalanan baitulmal.Kalau Dr Juanda mengelak dari baitulmal pasti ada yang tak kena disana.
    • Encik Loma · UNIMAS
      sepatutnya semua orang yang tahu hukum islam , meletak jawatan dari baitulmal negeri masing2 sebelum di soal allah. memang banyak tidak betul dalam pembahagian asnaf. mereka hanya pandai bergambar bila menghulurkan sumbangan terutamanya hari raya. sepatutnya baitulmal lebih kukuh lagi dalam membantu umat islam.
    • Yang Reti Base · Top Commenter
      Sebaik-baiknya, Dr Juanda merajuk terus daripada memegang jawatan Mufti Perlis.
      Maka, bolehlah Dr Juanda bergerak bebas dan bercakap bebas demi menyelamatkan sahabat-sahabatnya yang nyawa-nyawa ikan hampir sesat seperti Fathul Bari dan Dr Asri.
    • Tolakumno Tolakbn · Top Commenter · University of Oxford
      wow melancong? tak ikut asnaf? mufti perak harus jawab ni..
      • Pengemis Chenta · Top Commenter
        x berani nyer dia nak jawab..pencen dah nak dekat...
      • Ahmad Al Segari · Top Commenter
        Perlis dah ada mufti sendiri.... byk sungguh 'anjing' NUrul Izzah & PKR (istilah Dato' Asri).. kat sini rupanya.......
      • Orangsama Ben Laden · Top Commenter
        Kita tolok mereka yg korup dan mengkayarayakan keluarga dan kroni dalam PRU 13 nanti. Setuju dgn kata2 tun, mereka ni dari parti syaitun yg dikenali....
    • Nicky Kasangduan · General Worker at Penoreh getah
      apa dah jadi dengan duit tu.....
    • Kamarulzaman Yusof · Top Commenter
      melancong gunakan wang zakat..ni masuk asnaf yg no berapa ni..wakakakakakkaa...malaysia boleh..
      • Side Alyahya · Top Commenter · SMA Al-Khairiah, Temerloh
        asnaf ke 9..ikot kitab mahzab amno totok.puak haramjadah jaga tabung zakat,bla ade nk mntak kne tgk org mcm mne,ade isi borang ahli dulu,kini,selamanya x,ade cop/di rekmen oleh JKK amngok x..smpai yg dpt bantuan plajaran di mesir pon nk sekat...geng bangsat haramjadah sume nie.
    • Asrul Samm · Top Commenter · Executive at COSHARE HOLDING BERHAD
      SAMM Perlis di sini ingin mendedahkan Laporan Audit Negara tahun ini.
      telah meletakkan Majlis Agama Islam Perlis di tahap paling rendah.
      berstatus hanya 2 bintang dari kalangan agensi-agensi dan.
      jabatan-jabatan kerajaan Perlis. Ini satu pencapaian dari pentadbir.
      yang tidak cekap dan mungkin tidak amanah.

      Saban tahun rakyat Perlis yang beragama Islam ikhlas membayar zakat.
      kepada Baitulmal pastinya akan berasa kecewa melihat siri-siri.
      penyelewengan wang zakat yang sepatutnya disalurkan kepada asnaf-asnaf.
      yang ditetapkan mengikut hukum Islam. Bagi anak muda SAMM Perlis,
      menyalah-guna wang zakat untuk kepentingan sendiri adalah sangat.
      keterlaluan dan wajib disiasat.

      Nampaknya, tidak banyak dapat diperkatakan lagi apabila Mufti sendiri.
      pun sudah sampai ke tahap kehabisan toleran tidak sanggup untuk.
      ...See More
      • Namad Natun Nala · Calcutta, India
        bertahap 2 bintang... dah wokey laa tuu... dah tinggi laa tuu... sesuai sangat2 aihhh... patutnya dapat rendah lagi dari tuu... tak gituu kaa...
    • Jiwa Sastera · Top Commenter
      tambah masalah dengan birokrasi dan borang2 bodoh dlm urusan zakat, baitulmal dan mualaf smpai bantuan asnaf mngmbil masa lama utk diselesaikan. patut ramai owg x dapat zakat sgghpun layak sbb byk karenah birokrasi. duduk di jab agama ttp gagal mmbuat kerja, spatutnya, jab agama yg perlu cari owg2 miskin utk dibantu bkan mghrap owg miskin dtg ke pej semata2. contohilah cara2 pem khulafa ar rasyidin dan umar bin abdul aziz dlm pngurusan zakat, baitulmal.
    • Ikan Masin · Top Commenter
      Add a commeDr. Juanda jangan lari dari tanggung jawab. Kalau ada yang salah, mesti betulkan. Malahan sebagi mufti beliau perlu gunakan kuasa yang ada. Kalau setakat melepaskan jawatan sehaja, tidaj menunjukkan wibawa seorang mufti. Jangan jadi pengecut.

      nt...
    • Edy Noor Reduan Samm · Top Commenter · 31 years old
      Kenyataan Penuh SAMM Perlis di sini - http://anakmudamalaysia.com/2012/11/penyelewengan-baitulmal-dr-juanda-letak-jawatan/.
    • Lae Sage Duke Sage · Top Commenter · Works at International University of Technology Twintech
      Tindakan tak kemas.. Boleh ke ketua dalam halehwal agama islam..buat kerja sana sikit..kerja sini sikit..aada tempat2 tak payah nak kisah. Mufti pun nak main politk juga?. Rakyat pandai fikir dah bro...
    • Haji Mohd Yusof Muda · Top Commenter
      Duit zakat dan baitulmal untuk faedah orang Islam sering disalahguna oleh orang-orang yang tidak amanah...tahniah Dr. Juanda kerana anda tidak mahu bersubahat...
    • Jah Molek · Top Commenter · Sek Men Dato' Sri Amar Di Raja, Muar, Johor
      Buat apa berhenti...kalau duduk di luar macam mana nak betulkan yang dalam.
    • Senah Aje · Top Commenter · Skjt
      mufti perak x suka bagi fatwa isu2 macam ni...
    • Salahuddin Sulaiman · Top Commenter · Kota Tinggi
      Wang masuk keluar Baitulmal perlu diaudit. Didunia boleh lepas, diakhirat nanti kena jawab. Janhan sampai orang Islam hilang kepercayaan kepada Baitulmal.
      • Nurliza Abdullah · Top Commenter
        pancung saja setan keparat pada pr13 insyallah semua selesai.
    • Izat Ain · Top Commenter · Sek men jalan kolam air batu pahat
      APA NAK HAIRAN DGN PEMEGANG ZAKAT INI BOLEH GUNAKAN PERGI MELANCONG SEBAB MENTERI AGAMA DAN YG SEKUTU DGNNYA PUN BOLEH GUNAKAN WANG ZAKAT UTK MEMBAYAR MAHKAMAH! JAMIL KHIR BAHAROM, DATOK JUSOH...lu fikirlah sendiri!
    • Senah Aje · Top Commenter · Skjt
      nasihat dari mufti dibuang ke bakol sampah..
      nasihat CSL n ulama muda umno yg diikut.
      bukan setakad gi melancung....kat KL bleh buat bayar kos guaman lg.

      org alim macam dr haron din ko xnk undi..............amik ko mulut2 naga ni...




0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.