Hadi lebih layak jadi PM, kata Dewan Ulama
17 November 2012
PENGKALAN CHEPA - Di sebalik pengisytiharan malam tadi
dan beberapa kali sebelum ini bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan
bertindak sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat (PR) mengambil
alih Putrajaya, Dewan Ulama Pas Pusat hari ini melahirkan 'bantahan'
sambil menegaskan, Datuk Seri Abdul Hadi Awang "paling terbaik" untuk
menyandang jawatan itu.
Sayap ulama itu berpendapat bahawa Presiden Pas, yang juga Ahli Parlimen Marang, yang lebih layak menjawat jawatan tersebut.
"Saya ingin bertanya kepada seluruh perwakilan, siapa yang paling terbaik untuk memimpin kerajaan Malaysia akan datang kalau bukan Tok Guru Presiden," kata Hairun Nizam ketika membahaskan ucapan dasar presiden di sini, hari ini.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini adalah individu yang disebut-sebut akan dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia jika pembangkang berjaya menawan tampuk pemerintahan.
Malam tadi, Lim Kit Siang dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat mengisytiharkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu akan dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya perikatan itu menang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
"Anwar bakal Perdana Menteri Malaysia ketujuh bukan keenam," katanya secara terbuka.
Abdul Hadi dan Anwar juga berucap pada perhimpunan itu.
Awal Januari lalu, Pakatan Rakyat pernah mengulangi pendirian bahawa Anwar akan dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya mereka memenangi PRU13 kerana beliau dianggap "paling bersih".
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, tiada pemimpin PKR, DAP dan Pas yang lebih layak daripada Anwar untuk menjadi Perdana Menteri yang ketujuh sekiranya pakatan mereka menang pilihan raya akan datang.
"Ini bukan soal kita bela Anwar saja tetapi kita bela kerana beliau saja (pemimpin di negara ini) yang paling bersih untuk menjadi Perdana Menteri," katanya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.
Hairun berkata, Pas sepatutnya berkempen untuk presiden mereka bagi menjawat jawatan Perdana Menteri dan bukannya untuk pemimpin parti komponen PR yang lain.
"Bukan sebagai alasan untuk menaik-naikkan beliau, tetapi beliaulah orang yang lain layak untuk menjadi pemimpin, Perdana Menteri pada masa akan datang dan kita sebagai anak didik kepada Pas, tidak sepatutnya, kita pula yang berkempen agar orang lain menjadi pemimpin sedangkan negara yang ingin dibawa adalah negara yang berdasarkan syariat.
"Kita meletakkan satu keyakinan bahawa presiden kita orang yang berkaliber untuk memimpin sebuah negara...," katanya mengundang sorakan oleh para perwakilan.
Pas, DAP dan PKR membentuk PR sejak Mac 2008. Kerjasama ketiga-tiga parti itu membawa kepada kemenangan di lima negeri selain penguasaan 84 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum 2008.

- Buldozer Klate · Top Commenter · Kulikutif at Promosi mantap sdn bhdTgokla...belum ape2 lagi dah berebut nak jadi PM....DSAI berebut nga HH...last2 dapat kpd LIM KS.....hancur bumi melayu kalu bagi puak2 ni memerintah.
- Azrudin Din · Top Commenter · PTSB(Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah)lepa x berebut la ni cadangan dari org lain bukan diri sendiriReply · · 21 minutes ago
- Muhammad Shahril Rosli · Top Commenter · Project Engineer at VSL ENGINEERS (M) SDN BHDaku pun sokong..tapi muafakat lebih penting..dan misi utama PR kene menang dulu dan memerintah..ABU...
- kumarwnt300 (signed in using yahoo)Hadi seorang pemimpin yg disegani, tapi tak sesuai jadi PM, fikirlah secara matang... ini Malaysia bukan Arab saudi....Reply · · 28 minutes ago
- Dzul Fauzi HR · Top CommenterBuldozer: berapa org mati huru hara di Tgnu masa HA jd MB?Reply · · 19 minutes ago
- Dzul Fauzi HR · Top CommenterBerita harian sinar ni betul ke maklumat kamu ni?Reply · · 17 minutes ago
- Baharudin Setapa · Top Commenter · SMK Kamil, Pasir Puteh, KelantanPada pendapat ambo, kita tak perlu melihat jadi PM itu satu kelebihan... kerana prinsip PR adalah keputusan apa apa dasar mesti di buat secara jamaie....(bersama).oleh itu seorang PM yang baik akan membuat keputusan yang betul dan benar.
- Ibnu Mohamad · Top Commenter · Nilaibagi pendapat aq,, haji hadi lebih layak jd PM..tapi itu semua bergantung kpd majoriti la..kalau aq,, aq sokong haji hadi..
- Buldozer Klate · Top Commenter · Kulikutif at Promosi mantap sdn bhd
- Lee d'Blurrbler · Top Commenterkalu oghe celik fakta takkan keccet mace demo. kawe oghe kelate tapi lama dok teganu .. ghoyat ke oghe bodo buleh laa .. hakikatnya.. TGHA sangat berwibawa~!!Reply · · 17 minutes ago
- Jiwa Merdeka · Top Commenter · MPMhadi jadi pm kompem malaysia huru hara........pkr n dap akan sabotaj......yg paling tdk setuju tentu anwar, karpal n limkit siang......sbb mereka tdk suka PAS........Reply · · 35 minutes ago
- Alimin Jaafar · Top Commentertak kisah sapa pun jadi PM, asal bukan dari umno taik sudah....
anwar ke , tok guru nik aziz ke, tok guru hadi ke....masing-masing ada kelebihan, isu adalah bagaimana nak gulingkan setan umno...Reply · · 13 minutes ago - Raini Anwar · Top Commenter · Johore Bahru, Johor, MalaysiaSape sape je la jd PM bole usulkan..tp yg penting umno dan bn corrupt tu jatuhkan dulu.Reply · · 2 minutes ago
0 orang berkata:
Post a Comment