Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Harussani: Nurul Izzah wajib bertaubat, tarik balik kenyataan

14 November 2012
Harussani Zakaria
$entry.content.caption.value
IPOH - Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menasihatkan supaya anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar bertaubat serta memohon keampunan daripada Allah SWT serta menarik kembali kenyataannya berhubung kebebasan beragama pada sebuah forum di Subang Jaya baru-baru ini.
  
Beliau juga mengulangi nasihat itu untuk seluruh pengikut pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) terbabit yang menyokong serta bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan itu kerana ia adalah berdosa besar.
  
"Dia (Nurul Izzah) terlampau mudah buat kenyataan seperti itu. Dia perlu bertaubat, bertaubatlah dan tarik balik kenyataan dalam ucapannya itu. Minta maaflah kepada semua. Manusia ini tidak lari daripada melakukan kesilapan, kita mudah melakukan kesilapan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
  
Katanya pengikut pemimpin pembangkang itu juga bersubahat dalam tindakan atau perbuatan yang tidak dibenarkan oleh agama Islam dan berdosa besar.
  
"Orang ini (pengikut) ini bersubahat dan berdosa besar, mereka wajib bertaubat...perlu menggunakan akal yang waras. Jangan permain-mainkan agama," katanya.

Katanya kenyataan seperti yang diungkapkan oleh Nurul Izzah itu akan memudahkan perbuatan atau tindakan yang dilarang oleh agama Islam.

  
Beliau berkata sekiranya Nurul Izzah tahu, sedar dan faham yang diucapkannya maka akidah pemimpin parti pembangkang itu telah rosak dan telah keluar daripada pegangan akidah sebagai seorang Islam.
  
"Islam terima kewarasan akal, jika dia tahu, sedar, faham serta ada pengetahuan dan keyakinan (tentang apa yang diucapkannya) maka dia wajib bertaubat," katanya.
  
Laporan portal berita propembangkang pada 3 Nov lepas memetik Nurul Izzah sebagai berkata: "Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu.
  
"Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama...bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata," kata Nurul Izzah.
  
Beliau berkata demikian pada forum bertajuk "Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?" di Subang Jaya, Selangor pada 3 Nov. - Bernama

  • Rozak Zaki · Top Commenter · Design Engineer at Electro-Mechanical Engineering Technology
    Dah keluar dah statement ulamak cari makan.. jual agama utk harta dunia yg sementara.. sbb apa aku kata gitu...
    1. mengapa berdiam diri dan tak suruh Najib Taubat bila Najib "SAY NO TO HUDUD".
    link: http://www.youtube.com/watch?v=sUMkCAXDQlM&feature=related
    2. mengapa berdiam diri dan tak suruh Mahathir Taubat bila berkata Hukum Hudud tiada dalam Al-Quran..
    link : http://www.youtube.com/watch?v=3Dh8lfPm4RQ.
    3. mengapa kau tak bersuara bila pemimpin mengeluarkan kenyataan2 ini.
    - Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja. Tun Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa,
    - Hanya yang diperlukan ialah bersyukur kepada ...See More
    • Mat Jusoh · Top Commenter · MPSI
      Satu komen yang cukup ilmiah. Saya sokong 100%.
    • jeffmas03 (signed in using yahoo)
      Rozak ali ..Rojak Ali mamak- itulah lu punya olang tua suruh pi sekolah lu pegi makan dada (hiap dadah) sampai lu tarak tau mau kasi beza..hudud PAS sama Hudud ISLAM...kita orang Cina (islam lah) lagi paham itu semua pasal kita olang belajar mau tau...tulis panjang macam tarik tali...tapi semua tak ada makna...pasal otak lu sudah kena "jammed" oleh PAS..lu pegi sekolah pondok lagi ada manfaat...
    • ~lu sembang nanti wa sengat ! ~
      Mat Jusoh 2 komen yg ckup ilmiah ... ekeke .. tgk r ni http://bit.ly/X84eXA :(
  • Nur Najihah Husna · Top Commenter · Kafa integrasi al-aman
    Kalaulah TS dah nonton video ceramah tsbt dan membuat analisis, bermuzakarah dlm J/kuasa HEAK serta mengeluarkan keputusan NI wajib beraubat, maka kita kena sokong pandangan tsbt. Namun kalau TS hanya ikuti laporan akhbar. media dan cakap2 org kemudian memutuskan NI melakukan dosa besar yang telah memurtadkannya, maka ini perkara besar sebab TS dah confirm NI berdosa besar dan perlu bertaubat. TS sanggup bertanggungjawab kerana dia yakin NI telah melakukan dosa besar walaupun NI telah menafikan bermaksud demikian. Kenapa tidak dipanggil saja NI ke meja muzakarah utk dengar pandapatnya kemudian barulah memutuskan samada dia berdosa besar atau tidak. Mufti mengeluarkan pendapat atas kapasitinya sebagai mufti, bukan hanya sebagai ustaz atau orang alim, justeru itu hal ini tak boleh diputuskan berseorangan dan sembarangan. Semua org kena berhati2 mengeluarkan pandangan ttg Islam, tak kira dia pemimpin politik, pemimpin agama dsb. Kalau kurang tepat, dinasihatkanlah, diperjelaskanlah agar tidak mengelirukan, jangan asyik nak menghukum sebelum dibicarakan.
    • Yatim Sulaiman · · Top Commenter · Pengetua at Kementerian pelajaran
      Jika rumusan yang dibuat hanya berdasarkan laporan media tanpa merojok ucapan sebenar adalah satu yang malang bagi mereka yang berautoriti. Sukar sangatkah nak panggil NI? Islam kan punyai disiplin ilmunya.
    • Abdullah Yew · Top Commenter · Universiti Teknologi Malaysia
      Saya bertutur, bermimpi dan membaca dalam bahasa Inggeris. Alhamduliilah menguasaan bahasa Inggeris saya amat tinggi. Saya sudah melihat statement youtube Nurul Izzah, dan amat jelas apa yang dikatakan oleh dia adalah amat jelek dan lari daripada aqidah ahlil sunnah wal jamaah.
    • Abu Abup · Top Commenter
      Abdullah Yew: Yang jelas tu tambahan daripada khayalan kau saja Dolah Jew wei.
  • ﻋﻴﺪﺍﻻﺯﺍﻫﺮ ﻣﺖ ﻧﻮﺭ · · Top Commenter · Bradley University
    Harussani kena la sekali sekali refer kt Ust Zaharudin (zaharuddin.net) yg bg saya lagi cerdik, neutral dan alim dpd beliau. Tgk mcmana Ust Zaharudin bg galakan utk kita sentiasa bersangka baik, dlm soal ni tidak mungkin Nurul yg berpendidikan agama Islam jauh lagi tinggi dpd anak2 Rosmah menggalakkan murtad. Dia sendiri nafi, so sape la Harussani ni sampai tau apa yg terkandung dlm lubuk hati Nurul, x gitu Harussanasini yg berdiam diri dan hanya tersengih tatkala rejim rasuah umnnuuur merampas kuasa secara haram dan penuh kebatilan di Perak
  • Ahmad Wiraputra · Top Commenter · Software Engineer at UPSI
    Patutnya ustaz harussani yg wajib bertaubat dulu.sbg mufti yg btanggungjawab mjaga kemaslahatan umt Islam,ustaz dh berdiam diri terhdp mksiat yg disiarkn dlm tv3,rtm,utusn dsb yg mnyebbkn remaja islam rosak.ustaz juga takut mnegur pmimpin yg korup,yg x mnjaga aurat,yg ank2mereka mnari dan mnyanyi seweng spt org kafir.insaflh ustaz harussani.klo sy d tempt anda,sy akn letak jwtn dn akn bdoa agr Allah ampunkn sy setiap masa.
    • Ahmad Dhani · Top Commenter · Harvard University
      mufti makan gaji apa kita nak heran..tak payah hormat dgn org mcm ni...buang masa
    • Ahmad Wiraputra · Top Commenter · Software Engineer at UPSI
      Ustaz Harussani. lihatlah, kerosakan akhlak, maksiat dan murtad yg blaku d depan mata ni dah lama dah, bukan slepas Nurul Izzah keluar kenyataan pun. pengaruh siapa? TV, media, utusan dan sebagainya termasuk akhlk pemimpn. kalo pemimpn yg mengaku pejuang Islam pn boleh menari atas pentas, anjur program mkasiat yg wanitanya berpakaian seksi, anjur festival fesyen Islam tp pkaian dedah aurat, apa lagi rakyat dpt. Rakyat tgk pemimpn sbg contoh, klo pemimpn pun teruk, rkyat pn akn jd teruk juga. Ustaz x nampak kah smua ni?
    • Abu Alif Alif · Top Commenter · SMTS
      Ahmad dhani..anda berhak mempunyai pandangan sendiri tetapi adalh tidak bijak dan amat jelik apabila anda menyuruh orang lain tidak menghormati manusia lain,gunakanlah peluang hidup yg sementara ini utk berbuat kebajikan jgn gunakan ia utk adu domba,berfikir secara bijaksana contohilah akhlak nabi saw,kerana penghormatan manusia hanya kepada org yg tahu menghormati org lain.
  • Sabri Sulaiman · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
    Talibarut umno ni dah start menyalak!
    • Razman Rashid · Top Commenter
      najib ckp hudud x sesuai buat kat malaysia dia tanak melalak plak. mmg mufti cari mkn btol la

      Mula2 ingat nak cuba2 saja, tapi bila tengok duit masuk hari2 USD25, rasa syok la pulak. Join je terus dh dpt USD4.

      Daftar FREE dulu disini:
      http://www.simplebisnes.com/wangmasuk
  • Abu Hurairah Tan · Top Commenter · Tankerman at Intertek Testing Services
    Alo Che Mufti...mcm mana pulak dgn kenyataan pengasas islam had hari ni...

    http://sphotos-f.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/60690_528218593873032_856477990_n.jpg
    • Abdullah Yew · Top Commenter · Universiti Teknologi Malaysia
      orang UMNO pun tak suka pak lah. Kita jangan lihat Pak Lah seperti dia pendokong kerajaan. dia sebenarnya lebih sesuai dikatakan kawan baik Anwar.

      Pak Lah memang celaka. sama dengan Anwar dan N.ajis.
    • Skypin Jj · Top Commenter · Sekolah menengah mahmud mahyidin
      pada pendapat aku pak lah 200% lebih baik dari Najib abd razak, Jika Mahathir muhammad tidak kacau pentadbiran beliau
    • Hisham Yahya · Top Commenter
      Mahathir hanya bersuara selepas 2 tahun Pak Lah menjadi PM. Pak Lah batalkan projek jambatan bengkok cuma selepas dua minggu jadi PM. sapa kacau sapa?
  • Gong Duek · Top Commenter · High School
    harussani patut bertaubat kerana menfitnah dan menjatuhkan hukum tanpa merujuk pada nurul.harussani juga patut letak jawatan kerana memalukan maruah agama islam dgn kenyataan nya....
  • DzulsharifDzul Sharif · Top Commenter · Works at Kuli-kuli sahaja
    Bagus Tuan Mufti bagi nasihat,, tapi bagi nasihat biarlah adil kpd semua..jgn kpd pembangkang beriya2 benar bercakap, bila kena kena pemimpin UMNO/BN tak berani pulak bersuara.....
  • Azi Nang · Top Commenter · Temerloh
    Aku peliklah si Harussani ni, buat ulasan secara menekan Nurul Izzah sampai begitu sekali, pertama, betul ke Nurul Izzah kata mcm yg dimaksudkan, kedua, dah berkali2 Nurul nafikan bahawa dia tidak maksudkan seperti yg dituduh, kalau dah dia nafikan, nak suruh dia bertaubat apa lagi...... yg boleh disuruh bertaubat ialah jika dia mengaku berkata seperti apa yg di tuduh dan terus berpegang dng apa yg dikatakan, barulah boleh di tekan suruh dia bertaubat.....satu lagi ada yg suruh dia minta maaf, minta maaf pasal apa? dah dia kata dia tak maksudkan seperti apa yg dituduh, dah tu salah apa? yg perlu minta maaf ialah org yg menuduh dia...... bodoh betullah......
    • Skypin Jj · Top Commenter · Sekolah menengah mahmud mahyidin
      yang pentingnya tak perlu panggil wartawan buat pengumuman bahasa saya si anu bt si anu telah bertaubat. itu dah riak tahap gaban. taubat sorang2 pun dah kira afdal. kenyataan mufti seperti ingin si anu bt si anu umum satu dunia dia bertaubat. atau mungkin wartawan yg salah tafsir perkataan mufti tersebut
    • Buldozer Klate · Top Commenter · Kulikutif at Promosi mantap sdn bhd
      Sekarang NI cuba menafikan secara bermatian2 .......sekarang dia sudah terkepit antara dunia dan akhirat, dunia , mgkin kalah di PRU13 , akhirat, treima hukuman dari Allah, kerana bagi jalan kepada orang melayu memilih agama lain, degan ertikata lain, cuba memurtadkan orang melayu.......NI perlu tanggungjawab jka ada orang melayu murtad......Nauzubillah..
    • Tun Perak · Top Commenter · Tukang komen at Sendiri
      ini apa yg meleleh yg bukan bukan. tanggungjawab agama adalah tanggungjawab ibubapa dlm mendidik dan menyekolahkannya. pak lah sdiri mengaku kalau dah sekelilingnya tidak terdapat hidayah agama dan jika terus ditekan sdg tidak pula ada sesiapa yg membimbing biaq pilah sesapapun apa bangsapun dgn pegangannya. la melayu tu mesti Islam ke habih yg dakwa melayu tu merata sampai ke afrika apakah mereka itu semua Islam. hidayah agama dtg bika ada contoh tauladan bukan trpekik trlolong menuduh sana kafir sini kafir. kalau dah umno tu umno lah juga tahap fitnah semata mata utk menipu org melayu dan mahu kekal berkuasa.
  • Bro Otai · Top Commenter · Sepang New Village, Negeri Sembilan, Malaysia
    hahahaha cepat betul dia ni jatuh hukuman...
  • Abdullah Yew · Top Commenter · Universiti Teknologi Malaysia
    Ini soal aqidah. dan harap semua yang tulis komen kat bawah ni berhati2 dalam memberi hujah, kerana dikhuatiri anda juga akan bersubahat dan gugur aqidah.

    Saya bertutur, bermimpi dan membaca dalam bahasa Inggeris. Alhamduliilah menguasaan bahasa Inggeris saya amat tinggi. Saya sudah melihat statement youtube Nurul Izzah, dan amat jelas apa yang dikatakan oleh dia adalah amat jelek dan lari daripada aqidah ahlil sunnah wal jamaah.
    • Abu Abup · Top Commenter
      Diharap encik abdullah yew berhati2 memberi komen sebab saya perhatikan komen encik ni banyak fitnah dan putar belit.
    • Mat Top · Top Commenter · K
      Abdullah Yew, kau nak cakap akidah. Baik kau tengok cermin dulu. Layakkah kau cakap tentang persoalan akidah. Balik ikut cucu pergi belajar kelas KAFA lagi baik. Awak sendiri tunggang terbalik, nak cakap tentang akidah. Tanya lebih sikit terus ghaib, langsung tak muncul 2 ke tiga hari. Manusia macam ni pun ada.
    • Abdullah Yew · Top Commenter · Universiti Teknologi Malaysia
      Mat Top ko contoh totok PAS yang bodoh dan pemalas. kerja tak mau, dok sibuk kat internet.

      Insyaallah, kalau aku terbaca, aku akan reply, bukan ghaib.


      aku ada hampir 100 perkerja yang bergantung nafkah pada aku. dan aku bertanggung jawab untuk memastikan kesinambungan syarikat dan atas pertolongan Allah meletakkan rezeki atas meja makan mereka.


      Ko lain la, koala, makan daun pun cukup. sampai masa romen, romen. itu je kerja ko. orang lain sedikit pun tak dapat manfaat daripada ko.


      bila aku komen, dapat 20-30 reply, mampus la nak jawab satu2. kerja lain yang lebih bermanfaat banyak boleh buat.
  • Skypin Jj · Top Commenter · Sekolah menengah mahmud mahyidin
    dalam banyak blog. blog anak sungai derhaka telah telah alih bahasakan kenyataan nurul izzah dengan teratur dan betul. dan baru aku faham apa isunya. aku rasa jika Mufti baca yg tu pun baru dia faham dan tak akan merapu sama. Zaman sekarang kebanyakkan wartawan adalah penyebar fitnah dan umpat.
  • Mohd Yusof Muda · Top Commenter · Works at Pesara Kerajaan
    Kenapa mufti takut menegur Dr. Mahathir menghina sunnah Nabi dan perintah hudud dalam al-Quran? Sedangkan tutur katanya amat jelas sekali berbanding apa yang dituturkan oleh Nurul Izzah...
  • Mohd Azmi Hussin · Top Commenter · Bangi, Malaysia
    Mufti Perak, Sahibus Samahah Tan Sri (Dr) Harussani Zakaria menggesa Naib Presiden PKR, YB Nurul Izzah Anwar supaya bertaubat dan menarik balik kenyataan berkenaan kebebasan beragama di forum yang berlangsung di sebuah gereja dekat Subang Jaya pada 3 November lalu. Lebai-lebai pembangkang jangan terlalu naif dan dangkal menuduh mufti ini hanya mendapat maklumat dari Utusan Malaysia dan TV3! Laporan pertama tentang kenyataan Nurul Izzah itu dibuat oleh Malaysiakini sendiri! Kalau masih bebal lagi tak nak percaya, sila tengok berpuluh-puluh kali rakaman penuh soalan dan jawapan seorang AJK Jawatankuasa Hak Asasi Majlis Peguam, Siti Zabedah Kasim kepada Nurul Izzah itu di sini http://www.youtube.com/watch?v=44y13XR-bWI.
    • Marzeli Ekt · Top Commenter · UKM, Bangi, Selangor
      sepatut nya mufti tegur isteri najibpasal aurat....tapi tak bunyi...pasal anak mahadir ada saham arak...tak bunyi...pasal csl hina hudud...takde bunyi...pasal pak lah....takde bunyi....apa ni mufti...jangan pilih kasih kasih....nak tegur....tegur semua....mufti ada pergi tanya tak nurul izzah....kalau mufti tak berani tegur itu semua dan jadi syaitan bisu....baik belajar agama balik....musti tak layak jadi org agama....pasal hukum hudud....mahadir hina jangut nabi....mahadir hina aurat....tak bunyi......seorang agama patut dengan apa yang nurul izzah cakap....jangan dengan dari org lain...patut mufti perak ni kene bertaubat....
    • Mohd Azmi Hussin · Top Commenter · Bangi, Malaysia
      pusing jangan tak pusing! org cerita pasal kenyataan nurul izzah, lebai ni konar kat lain pulak. hehe...
    • Marzeli Ekt · Top Commenter · UKM, Bangi, Selangor
      hai bodoh...aku cerita buka ke...nak tegur...biar semua...bukan sorang je....kau tak yah nak ambil kesempatan la....umno jadi syaitan bisu...ni senang nak jatuh hukuman....buat didepan mata dulu....pakai otak la....
  • Ahmad Dhani · Top Commenter · Harvard University
    Mufti makan gaji da...masa soi lek kutuk islam..mana mufti ni? boleh jalan la mufti...semua orang tau dia ni boneka UMNO-NGOK....duit punya pasal apa pun jadi...cuba pegi tengok rumah dia kat ipoh tu...kecik sikit je dari rumah sultan.
  • A'an Shaff · Top Commenter
    Tan Sri mufti, tolong jangan perkecilkan tiket2 ke syurga yang telah dicetak berpiuuh ribu keping oleh Pok Nik untuk puak2 Pakatan...manusia yang di jamin ke syurga tak perlu bertaubat....harap maklum Tan Sri....
    • Alutfim Alm · Top Commenter · University of Oxford
      a'an mu nak perli ko mu nak jugak?? ..hati 2 bila berkata...ada pencatat dikiri mu tu...
    • A'an Shaff · Top Commenter
      Alutfim Alm - mahkluk2 yg bg komen di atas dan di bawah aku ni yg menghentam rapat mufti yg tak sependapat dgn depa takde pencatat di kiri ke???.....hang lebai PAS kot....emmmmm... patut laaa..
    • Marzeli Ekt · Top Commenter · UKM, Bangi, Selangor
      patut tiket tu untuk org2 macam a!an shaff....
  • Senah Aje · Top Commenter · Skjt
    masa CSLEK hina hukum hudud...sonyap aje hehehe.
    dulu pak lah kate lbh dahsyat...sonyap jugak hehehe.
  • Muhammad Noor Zamani · Top Commenter · Pengurus at Usahawan tani
    Salah seorang mufti yang baca utusan meloya, berita hairan lps tu tgk tv3 suku.
  • Rozak Zaki · Top Commenter · Design Engineer at Electro-Mechanical Engineering Technology
    Umno pada realitinya bukan sebuah Parti Melayu dan juga bukan sebuah Parti Islam...
    - Apakah Melayu Umno tidak sedar bahawa Perdana Menteri Malaysia yg pertama dulu itu , Tengku Abdul Rahman adalah keturunan Siam?
    - Perdana Menteri Malaysia ke-4, Mahathir Mohamad pula adalah keturunan Malayalee.
    - Ramai yang bukan Islam yang menganggotai parti Umno. Sebagai contohnya, Charern Intachat Ketua Cawangan UMNO Kota Giam Sungai Baru Bahagian Kubang Pasu, adalah seorang penganut Budha.
    Tetapi yang paling pelik sekali ialah bila Umno menganggap bahawa semua Melayu itu adalah Umno? Kalau tidak menganggotai Umno , maka bukanlah Melayu!
    Mereka sanggup menafikan pendokong PAS itu bukan Melayu. Bahawa orang Kelantan tu bukan Melayu hanya kerana mereka menyokong PAS maka Umno perlu sisihkan dan tindas mereka? Apakah hanya Umno punya jati diri Melayu?
    Umno beranggapan bahawa orang PAS semuanya adalah kuda tunggangan orang lain.Malah mereka beranggapan diri mereka lebih mulia dari orang Arab walaupun tak ngerti baca al-Quran.

    http://www.pekemas.org.my/index.php?option=com_content&view=section&layout=blog&id=3&Itemid=8
    • Ahmad Dhani · Top Commenter · Harvard University
      mufti sesat...perangai mcm org umno
    • Ishak Ahmad · Top Commenter · Ilp
      Sdr Rozak Zaki, UMNO broker tukang jual tanah rezab melayu tunggu le lepas PRU ni habis Kg Baru diKL akan dilelong -janji % ade.
  • Ris Tawau · · Works at Yayasan Sabah Tawau
    Di kg ku seorang perampuan bernama asmah bte ismail telah memelok kristian dan bapa dia telah pergi ke mahkamah syariah dan majlis agama untuk minta pertolongan supaya anaknya dapat dikembalikan kpd islam tetapi apa yg dijawab pada waktu itu kami tak dapat tolong sbb peraturan di negara kita umur 18 thn ke atas bebas memilih agama yg itu bagaimana pula tuan mufti


free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.