Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

hisamuddin tentu la susah hati ?

Umno kesal kes rogol warga Indonesia
Wartawan Sinar Harian
15 November 2012
Tengku Adnan Tengku Mansor
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor - Foto Bernama
 
SHAH ALAM – Umno mengutuk sekeras-kerasnya kejadian membabitkan tiga anggota polis yang didakwa merogol seorang wanita warga Indonesia di Pulau Pinang baru-baru ini dan mahu tindakan setimpal dikenakan ke atas mereka yang terlibat.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, kerajaan tidak pernah berkompromi dengan mana-mana pihak yang telah melakukan kesalahan termasuk anggota badan beruniform atau sebaliknya.


Menurutnya, Umno turut kesal dengan demonstrasi yang berlaku di Jakarta sehingga bendera Malaysia dibakar dan Duta Besar Malaysia di negara tersebut didesak untuk meninggalkan Indonesia.


“Berkaitan hubungan Malaysia-Indonesia, Umno mengharapkan insiden yang berlaku ini tidak melarat hingga mengakibatkan jalinan akrab yang terjalin terjejas.


“Janganlah kerana nila setitik rosak susu sebelanga kerana kerajaan tidak mengambil mudah kejadian rogol atau apa sahaja perlakuan jenayah yang berlaku dalam negara,” katanya.


Mengulas lanjut mengenai kejadian rogol tersebut, Tengku Adnan berkata, pihak berkuasa sudah mengambil tindakan segera dengan menahan reman ketiga-tiga anggota polis tersebut dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.


“Janganlah ada pihak memandang remeh hubungan kedua-dua negara kerana desas-desus mengatakan Umno menganggap Indonesia hanyalah jiran biasa sedangkan sebenarnya tidak,” katanya.


Katanya, Umno juga meminta semua pihak agar tidak memandang negatif kepada pihak polis lantaran ada segelintir individu yang bersikap buruk dan mengaibkan imej polis.

1 orang berkata:

Anonymous said...

tu...laa...hudud xnk buat...kan ka dh huduh 1malaysia di mata dunia...cer buat hudud...indon pun akan respek undang2 malaysia.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.