Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ISLAM SENDIRIPUN BELUM KOMPOM NAK TEGOR ORANG , HMMMMMMM

Ahmad Maslan dakwa Izzah ‘jurucerita’ Anwar
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
7 November 2012
Ahmad Maslan
Ahmad Maslan
 
KUALA LUMPUR - Datuk Ahmad Maslan menyifatkan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah sebagai "jurucerita" kepada bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dikenali sebagai orang yang menyokong fahaman pluralisme.

Ahmad yang ditemui Sinar Harian Online ditanya berhubung kontroversi terbaru yang melibatkan Ahli Parlimen Lembah Pantai, yang merupakan anak kepada ketua pembangkang Parlimen Malaysia itu. 

“Jadi anak dia...jurucerita lah,"kata Ahmad yang juga Ketua Penerangan Umno. Nurul Izzah semalam mengarahkan dua peguamnya untuk mengambil tindakan ke atas dua akhbar dan beberapa blog berkaitan isu kebebasan beragama yang disifatkan beliau sebagai berbaur fitnah. 

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berkemungkinan memanggil Nurul Izzah berhubung kenyataannya yang menyebut rakyat tidak harus dipaksa mengamalkan ajaran tertentu termasuk kepada orang Melayu.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, "daripada laporan kenyataan itu memang sah dia menyebut itu dan setakat ini saya tidak mendengar penafian dia menyebut perenggan itu.

“Perenggan yang dia sebut itu mempunyai implikasi yang cukup besar dan sehingga dia menafi bahawa perenggan itu dia tidak sebut, pada saat dan ketika ini, saya mengatakan bahawa beliau telah tersalah sebut sesuatu yang sungguh dahsyat,"kata Ahmad lagi. 

Ahmad menasihati pemimpin PKR itu agar peka bahawa "di Malaysia ini, orang Melayu adalah orang yang beragama Islam mengikut Perlembagaan. Kalau dia bukan beragama Islam, dia bukan Melayu. Ini pelik, hanya (negara) kita sahaja yang mengaitkan bangsa dengan agama.Negara lain tidak ada. 

“Negara kita unik, dia kena faham ini. Orang Arab ada yang Kristian. Tetapi orang Melayu di Malaysia, selagi dia hendak dipanggil Melayu, tak boleh Kristian,” katanya.

“Tidak ada paksaan dalam beragama, ayat itu kalau kita hendak memaksa orang bukan Islam, masuk Islam memang tidak boleh. Tetapi kalau orang itu sudah Islam, dia kena amalkan ajaran Islam,” jelasnya lagi.

Justeru ujar Ahmad, pihak pembangkang tidak seharusnya meletakkan beban kesalahan ke atas media apabila mereka sendiri mengeluarkan kenyataan itu sama ada ia benar atau tersalah sebut. 

Media tidak akan bertindak memanipulasi isu sebesar ini tanpa sebarang bukti apatah lagi untuk entiti yang sering berhadapan dengan kes saman, mereka ini pastinya lebih berhati-hati, kata Ahmadyang juga Ketua Publisiti dan Penerangan Barisan Nasional.

“Dalam kes Nurul Izzah ini, saya yakin akhbar-akhbar yang melapor itu sudah mendapat maklumat yang sahih,” tambah Ahli Parlimen Pontian ini.

  • Syahrul Nizam Bin Talib · Top Commenter · Taman setiawangsa at Al-Baghdadi Training Centre Kuala Lumpur (ATC-KL)
    “Tidak ada paksaan dalam beragama, ayat itu kalau kita hendak memaksa orang bukan Islam, masuk Islam memang tidak boleh. Tetapi kalau orang itu sudah Islam, dia kena amalkan ajaran Islam,” jelasnya lagi..klu camtu isteri PM kena paksa pakai tudungla Bro.. WAJIB amalkan ajaran ISLAM..faham x?
  • نور سوزانا · Top Commenter
    OIIII sedapnya cakap....nazri aziz jurucakap samseng anaknye...shahrizat jurucakap lakinye....dan najib pula jurucakap rosmoh...cam ne ok tak?
    • Syabab Alkurawi · Top Commenter · Works at Murabbi
      patutlah huru-hara malaysia di buatnya.. najib tu hanya jurucakap je.. jomm kita gangnam sytle...
  • Encik Mzmj · Top Commenter · Works at Telekom Malaysia Berhad
    ahmad maslan nih berkokok je lebih kat paper....bila mazlan aliman ajak debat terus kecut perut....
  • Wan Nordin · Kulim
    saya nak tanya Ahmad Mazlan.Apa bangsa dan apa agama Idris Jala. Bukankah Isris Jala melayu kristian.
  • Azman Alias · Top Commenter · Smc85
    Bukankah memaksa menghasilkan manusia munafik dan berpura pura....
  • Syabab Alkurawi · Top Commenter · Works at Murabbi
    sorang lagi muncul nak minta kerusi.....haha..
  • Amrilkesuma Shamzil · · Top Commenter · Harvard University
    Betul ke ni..Ahmad....masih kah kau ingat pada Plihanraya tahun 1999.Akbar telah memainkan isu tengkolok yang dipakai oleh Tengku Razaleigh...yang ada berlambangkan agama Kristian...bukan kah Akhbar UMNO memainkan isu ini disaat akhir hari pengundian....apakah betul Tengku Razaleigh akan bertukar kepada agama kristian hanya kerana memakai tengkolok tersebut....kes ini samalah macam YB izzah....orang UMNO ni bukan tahu sangat dng agama islam, setakat cakap pandai, pengertian dan penghayatan hampeh....bila Sok Leh perlekehkan agama islam didepan PM sendiri apa yang UMNO buat....menikus....jadi usah bercakap tentang akidah orang lain...tunggu saja PRU 13 ini....semua menteri bolehlah berkemas dan bersiap2 untuk meninggalkan pejabat masing2 mulai sekarang....lagi pun siapalah Ahmad Maslan ni...bekas pekerja kontarak di BTN dulu pon.....
    • Gee KaRan · Top Commenter
      thn brapa weiii...hg ltak tarihk tu biaq btoiii...thn 99 tengku razali betanding atas tiket BN..aduiyaaa
  • Kay Min · Top Commenter
    Setuju dgn pendapat datuk ahmad, bila dah islam, wajib mengikut ajaran dan suruhanya sepanjang masa seperti menutup aurat, bukan hanya ketika ke mekah sahaja juga dimana2 sahaja adalah wajib/paksaan utk menutup aurat dlm islam.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.