Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Isu politik bodoh


The Malaysian Insider

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak menempelak Pergerakan Pemuda Umno Negeri Perak dan Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) Negeri Perak yang mencabar agar menyatakan pendirian berikutan kenyataan Nurul Izzah Anwar, Naib Presiden PKR yang dikatakan membenarkan kejadian murtad oleh umat Islam di Malaysia.

Persoalan mudah kami, siapakah yang telah berkuasa memerintah negara Malaysia lebih 50 tahun? Bukankah sebelum ini pada tahun 2006 kenyataan daripada Tan Sri (Dr) Haji Harussani Zakaria, Mufti Kerajaan Negeri Perak telah mengatakan menerima laporan menerusi kajian sekumpulan Melayu profesional dan intelektual bahawa terdapat jumlah mereka yang murtad tersebut mencapai sehingga 100,000 orang? Di mana Pemuda Umno ketika itu?

Siapakah yang sebenarnya membenarkan kes murtad berleluasa di negara ini dan di Perak khasnya? Siapakah yang cuba mengamalkan kembali ‘ancak’ di Manong, Kuala Kangsar dulu yang jelas boleh mengelirukan umat Islam? Siapakah yang menganjurkan program-program hiburan ala barat sehingga membawa anak-anak muda lalai kepada Agama? Bukankah juga Parti-Parti dalam Komponen BN terutamanya MCA melalui Presidennya yang secara jelas menyerang Islam tanpa ada amaran keras daripada Pemuda Umno? Bagi kami Pemuda Umno tidak ikhlas membela Islam dan memertabatkan Islam di mata orang bukan Islam sedangkan mereka berkuasa melakukannya. Dan sebenarnya Pemuda Umno dan BN sudah ketandusan idea untuk terus menjadi tonggak Umno dan BN.

Ini juga jelas bahawa Pemuda BN ingin meletakkan kegagalan mereka menjaga Islam seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia sebagai Agama rasmi kepada pihak terutamanya melalui kenyataan Nurul Izzah yang telah diputar belit oleh media tertentu. Saya bersedia mencabar Pemuda Umno terutamanya Ketua Pemudanya untuk berdebat di atas kepentingan Islam jika mereka benar-benar ikhlas dan berani untuk bersemuka. Tidak perlu melalui sidang media dan kenyataan media semata-mata dan akhirnya semua tindakan akan merugikan Islam kembali.

Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.


Sinar Online

Kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang didakwa meremehkan soal akidah dalam Islam dianggap bersifat umum.

Bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, berdasarkan pemerhatian beliau menerusi rakaman video, kenyataan Nurul Izzah mengatakan tidak boleh memaksa mana-mana pihak dalam beragama.

Menurutnya, kenyataan seumpama itu mungkin boleh memberi pelbagai reaksi.
“Beliau mengulas soalan mengenai kebebasan beragama. Di situ, mungkin berlaku salah tafsiran kerana ia tidak diterangkan dengan mendalam.

“Kerana itu, beliau telah menghubungi saya untuk menjelaskan maksud kenyataan tersebut. Selepas menonton video tersebut, boleh dirungkaikan kepada dua perkara iaitu pertama dari segi beragama dan kedua penghayatan agama Islam di mana tidak ada paksaan,” katanya kepada 

 
 
Mujahid Yusof Rawa menyifatkan, kenyataan Nurul Izzah Anwar telah diputarbelitkan untuk kepentingan pihak tertentu yang desperado. 

Bagi beliau, “Tiada paksaan dalam agama” adalah prinsip kemuliaan Islam tetapi ini bukan bermakna ia menggalakkan kemurtadan. 

Bagi beliau, mengaitkan prinsip ini dengan rela pemurtadan menunjukkan kecelaruan pemikiran golongan sempit agama termasuklah sesiapa yang mengulangnya tanpa fahaman.
“Saya ada dalam majlis itu sebagai pembicara,” katanya mengulas serangan Utusan terhadap Nurul Izzah.

Kenyataan itu dibuatnya dalam laman facebooknya hari ini.
Mujahid, anggota Parlimen Parit Buntar turut berada dalam forum bertajuk “Islamic State: Which version? Whose responsibility? bersama Nurul Izzah. 

Utusan hari ini juga menyerang Mujahid kononnya beliau tidak berbuat apa-apa apabila mendengar penyataan Nurul itu.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.