Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ISU POLITIK

Nurul Izzah mahu saman
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
6 November 2012
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar 
 
SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mahu mengambil tindakan perundangan ekoran laporan media beliau mengeluarkan kenyataan rakyat tidak harus dipaksa mengamalkan ajaran tertentu termasuk kepada orang Melayu.

"Peguam akan mengambil langkah seterusnya," ujar Nurul Izzah menerusi laman mikro Twitter milik beliau.


Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) semalam memaklumkan mungkin akan memanggil Ahli Parlimen Lembah pantai itu untuk membantu siasatan.


Pengarah Jais, Datuk Marzuki Hussin berkata, tindakan itu hanya boleh diambil sekiranya pihaknya menerima maklumat berhubung perkara tersebut.


“(Kenyataan itu) serupa juga dengan kenyataan semua agama adalah sama. Ia salah, mana boleh semua agama sama. Islam lain, Tuhan sudah kata Islam adalah sebaik-baik agama.


“Kalau ada rakaman itu minta dipanjangkan kepada kita. Tak semestinya ada laporan, maklumat (sudah) cukup, kita boleh bertindak. (Setakat ini), kita tak dengar maklumat itu lagi,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Nurul Izzah yang didakwa membuat kenyataan itu sebagai menjawab soalan peserta sama ada orang Melayu perlu diberikan kebebasan beragama sama seperti orang bukan Melayu dalam satu forum di Subang Jaya, Sabtu lalu.


Terdahulu media melaporkan, Nurul Izzah dipetik sebagai berkata: “Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama… mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan agama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata."


Bagaimanapun, beliau dilaporkan tidak menyatakan orang Melayu sepatutnya diberikan hak dari segi undang-undang berkaitan kebebasan beragama.


Nurul Izzah menerusi blog beliau, www.nurulizzah.com berkata, beliau mengucapkan ribuan terima kasih atas pertanyaan lanjut yang diterima beliau ekoran kenyataannya di dalam forum “Islamic State: Which version? Whose responsibility?” sebagai seorang panelis.


"Sewaktu sesi soal jawab, salah satu soalan ditanya kepada saya berkait isu paksaan dalam agama melibatkan masyarakat Melayu.


"Jawapan saya menegaskan ungkapan – “Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)….” – daripada ayat suci Al Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 256. Ungkapan ini merangkumi seluruh umat manusia.


"Namun ditambah, saya berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan Syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan,"katanya.


Menurut pemimpin PKR itu lagi, beliau kesal terhadap percubaan memutarbelitkan kenyataannya yang kelihatan seolag-olah meremehkan soal aqidah "atau mudah menerima orang Islam yang memilih untuk murtad."


"Saya cenderung mendukung program pendidikan dan dakwah untuk memperkukuh aqidah dan meningkat kefahaman terhadap Islam.


"Saya berdoa agar Allah SWT memberi petunjuk dan hidayah kepada semua, demi kesejahteraan bersama," tulis beliau lagi.


Ekoran kenyataannya Nurul Izzah turut dikecam oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pahang yang menganggap beliau sebagai menggadai agama.


Ketua Penerangannya, Muhammad Faiz Hashim berkata, kenyataan itu tidak wajar dikeluarkan seorang Islam seperti Nurul Izzah, sebaliknya beliau perlu mempertahankannya.
  • Abdullah Yew · Top Commenter · Universiti Teknologi Malaysia
    Ko nak saman Allah ke? Aku dah tengok youtube. memang rosak akhlak family Anwar ni. sorang pakai tudung cakap pasal Islam Liberal. sorang tak pakai tudung, tangkap gambar seksi nampak tetek. Bapak dia pulak ada amphibious (laki pompuan boleh) taste of sex.

    Ni bab aqidah. bukan bab main2. kalau tak tahu agama, baik la diam. 30 tahun punya amalan, lesap disebabkan kebodohan beberapa saat.
    • Adam Ibrahim · Top Commenter · Al-albayt University
      jgn kutuk dia.seeloknya kita berdoa agar dia, kluarganya dn kita semua diberi taufik dn hidayaholh allah.dia tk thu krana jahil tp kita yg thu berkewajipan untuk mmbetulkn bkn tmbah merosakkn
    • Ahmad Mus · Top Commenter · Works at Nu-in Little Perak
      tlg bgthu kt mana youtube pasal bende ni.. nk tgk sendiri.. tlg jagan tunjuk yg edit2 punye ok.. PM ak kalu xleh kt sini
    • Ahmad Mus · Top Commenter · Works at Nu-in Little Perak
      apa kene mengena dgn saman Allah.. moga mereka2 yg perlekehkan Hudud dahulu termasuk la org Islam pun byk bertaubat... sbb itu pun salah satu yg bole menggugat akidah
  • A'an Shaff · Top Commenter
    Kalau nk saman...saman seluruh umat islam di dunia ni...ini soal akidah dlm islam...media cuma melaporkan sahaja..Kalau nk saman media, saman semua media termasuk Sinar & malaysiakini..
  • Jon Kraker · · Top Commenter
    puak2 sekular sanggup jual agama demi Chua Soi lek.
  • Abeyo Zul · · Top Commenter · Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
    INI LAH YG KITA NAK DGR SAMAN JE UTUSAN SAMPAH TU....
  • Syed Munir · Top Commenter
    Saman yang akan memakan diri.
    • Abe Piea
      Sokong Nurul Izzah, saman je...
      Dah ketandusan isu dan gagal pertahan isu yg dibangkirkn pihak lawan maka terpaksalah umNO cipta isu, fitnah dan serang peribadi.
      Merepek, melalut, meracau, buang tabiat..
    • Ahmad Mus · Top Commenter · Works at Nu-in Little Perak
      selagi izzah tidak mengakatakan org islam boleh pilih agama... kite tidak bole kata dia permainkan agama.. sbb kite tahu di dunia ni ade byk je rumpun melayu ni bukan islam.. kite tengok indonesia.. berapa rami org melayu dilahirkan bukan islam kerana ibu dan ayah mereka bukan org islam.. di filipina juga rami org melyu bukan lagi islam.. sbb malayu hanya bangsa.. bukan agama... bezakan bangsa dan agama
    • Sangkakala Ajal · Top Commenter · Supervisor at Tanah Perkuburan
      dah brapa kali utusan mkn diri....x prnah nya menang....
  • DeVilz Diana · Top Commenter · Hutan blantara
    Hati2 kalau nak keluar kenyataan atau komen pasal akidah. Org yg berkata tu dah tak mengaku atau seperti menarik balik kenyataannya tak pasahlaa nak perbesar2kan lagi. Lainlah kalau dia tu terus2 mempertahankan kenyataannya (Melayu bebas pilih agama dsb). Silap hari bulan yg tukang komen pulak lingkup akidahnya.
    • Wan Perkasa · Top Commenter
      islam agama melayu ka? aku nak tanya skit ada tak org melayu yg tak beragama islam sejak dari kecik lagi? tgk dkt indon cukup la...
    • Adi Isa · Top Commenter
      Wan Perkasa bahaya cakap cam tu
    • Ahmad Mus · Top Commenter · Works at Nu-in Little Perak
      selagi izzah tidak mengakatakan org islam boleh pilih agama... kite tidak bole kata dia permainkan agama.. sbb kite tahu di dunia ni ade byk je rumpun melayu ni bukan islam.. kite tengok indonesia.. berapa rami org melayu dilahirkan bukan islam kerana ibu dan ayah mereka bukan org islam.. di filipina juga rami org melyu bukan lagi islam.. sbb malayu hanya bangsa.. bukan agama... bezakan bangsa dan agama
  • Shawn Abdullah · Top Commenter · University of Akron
    suruh lawyer keling saman... hmm...eloklah tuh...
  • Jalak Lenteng · Top Commenter
    Jgn lekas percaya pd laporan akhbar. Saya sokong sekiranya Jais panggil Nurul Izah utk memberi keterangan.
    • Suhazli Rahim · Top Commenter · Freelancer at Suhazli Rahim Photography
      Malaysiakini yg tulis macam tu
    • Ahmad Mus · Top Commenter · Works at Nu-in Little Perak
      selagi izzah tidak mengakatakan org islam boleh pilih agama... kite tidak bole kata dia permainkan agama.. sbb kite tahu di dunia ni ade byk je rumpun melayu ni bukan islam.. kite tengok indonesia.. berapa rami org melayu dilahirkan bukan islam kerana ibu dan ayah mereka bukan org islam.. di filipina juga rami org melyu bukan lagi islam.. sbb malayu hanya bangsa.. bukan agama... bezakan bangsa dan agama
  • Adi Isa · Top Commenter
    PR selalu kata nak saman lepas tu senyap, cakap nak saman dalam ahkbar je, tapi tak pernah failkan saman di mahkamah, jadi ada rakyat fikir bila kata nak saman ( dalam akhbar ) itu dah saman , Izah ni juga nak jadi Ustazah segera ek, mcm ustazah segera yang ada dalam pas.
    • Ahmad Mus · Top Commenter · Works at Nu-in Little Perak
      hahahha... anda ni tertinggal bus ker? berapa byk utusan kalah saman dgn pemimpin pakatan rakyat n kene byr saman.. plz read news.. jgn dok baca ustusan.. utusan mmg x bgthu kalu dia kalah saman..
    • Sangkakala Ajal · Top Commenter · Supervisor at Tanah Perkuburan
      kau ni bengap ke apa???dah brapa kali utusan kalah kena saman....
      soi lek pun dah brjaya jd ustaz umno,pakar hudud plak tu....
      jamil khir x sgup xde telo....
    • Afiq Fahmi · Pahang at Kuliah al-lughah waddin sultan abu bakar
      adi isa nie mcm katak bawah tempurung,,lim guan eng dh bpe kali menang,anuar pon dh menang saman utusan,, tp media tu yang xnk kluarkan,,law tak dorg gak malu,,, tlong la jgn jd lol sgt,,,,


free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.