Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JAWAPAN YANG TELAH DIJANGKAKAN

Jawatan PM: Hadi rela jadi khadam
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
17 November 2012
ABDUL HADI AWANG
ABDUL HADI AWANG
 
PENGKALAN CHEPA - Datuk Seri Abdul Hadi Awang rela menjadi khadam demi rakyat daripada menggalas tanggungjawab sebagai Perdana Menteri yang disifatkannya sebagai "amanah berat" meskipun Dewan Ulama Pas menegaskan presidennya itu lebih layak.

"Apa yang penting kepada kami, kita ke Putrajaya. Siapa yang jadi Perdana Menteri, yang diterima oleh rakyat, yang dapat menyatukan rakyat, dapat menegakkan keadilan untuk rakyat.


"Kita terima. Saya terima. Macam saya sebutlah, saya sanggup jadi nelayan balik," kata Abdul Hadi pada sidang media di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (PUTIK), hari ini.

Dalam satu temu bual dengan Sinar Harian Januari lalu, Abdul Hadi berkata, beliau tidak kisah menjadi nelayan asalkan Perdana Menteri yang dipilih kelak mengamalkan dasar pemerintahan Islam dan mampu menyelamatkan negara.

Pagi tadi, perwakilan Dewan Ulama menegaskan, jika ada individu yang paling layak menjadi Perdana Menteri sekiranya  Pakatan Rakyat menang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) adalah Abdul Hadi sendiri.

"Bukan sebagai alasan untuk menaik-naikkan beliau, tetapi beliaulah orang yang lain layak untuk menjadi pemimpin, Perdana Menteri pada masa akan datang dan kita sebagai anak didik kepada Pas, tidak sepatutnya, kita pula yang berkempen agar orang lain menjadi pemimpin sedangkan negara yang ingin dibawa adalah negara yang berdasarkan syariat.


"Kita meletakkan satu keyakinan bahawa presiden kita orang yang berkaliber untuk memimpin sebuah negara...," katanya.


Menjawab pertanyaan media, Abdul Hadi menjelaskan, dalam Pas, pimpinannya tidak pernah diajar untuk meminta-minta jawatan dalam parti politik.


"Saya sebagai seorang pimpinan yang diajar dalam parti Islam, kita tak boleh minta untuk jadi pemimpin," namun katanya, jika diberikan tanggungjawab itu, "kita anggap ini sebagai satu amanah yang berat, amanah yang besar."


Malam tadi penasihat DAP, Lim Kit Siang membuat pengisytiharan bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya perikatan itu ke Putrajaya selepas PRU13.


Menurut Kit Siang, Anwar adalah pemimpin dari pembangkang yang paling layak untuk menjadi Perdana Menteri.
  • Wan Zairulakman · Politeknik Kota Bharu, Kelantan
    inilah pemimpin yg kita perlu..tidak meminta minta untuk menjadi pm....
    • Sya Man Ana · Top Commenter · Medan, Indonesia
      PENGKALAN CHEPA - Datuk Seri Abdul Hadi Awang rela menjadi khadam demi rakyat daripada menggalas tanggungjawab sebagai Perdana Menteri yang disifatkannya sebagai "amanah berat" meskipun Dewan Ulama Pas menegaskan presidennya itu lebih layak.

      "Statement" membuktikan beliau tiada keyakinan... anak buah dah semangat mengangkat beliau... camne nak menegak hukum kalau tiada keyakinan... atau statement ni keluar sebab takut ngan Anwar dan Lim kit Siang...
  • Mohd Nasir · Top Commenter · ITM
    Soal siapa jadi PM tidak perlu dipersoalkan lagi..yang penting PR yang diwakili PAS, PKR dan DAP mesti bersatu padu dahulu untuk mengalahkan kerajaan maha suci BN-UMNO.Adalah kurang cerdik dan kurang matang kita nak pertikaikan jawatan tersebut.Ingat kita hidup dalam masyarakat berbilang kaum perlu majoriti ramai untuk memilih siapa PM baru ganti Najib.
  • Sya Man Ana · Top Commenter · Medan, Indonesia
    Kalau dah jadi KHADAM... camne nak buat keputusan... adoihhhhh.... sebagai PRESIDEN tunjukanlah sedikit sifat yakin dan jati diri...bukan bermaksud sombong atau bongkak...kalau dah PRESIDEN dah duduk tahap KHADAM... pengikut plak nak letak kat taraf mana... jgn la letakkan maruah perjuangan ISLAM tu setaraf KHADAM je... aku sayang gak PAS nie walau aku bukan ahli PAS...
  • Zinbad Battle Station · Top Commenter · Smk victoria kl
    setuju: yang penting umat islam negara ini perlu di perbetulkan...
    selain pemerintahan yang dah jauh meyimpang juga perlu di bersihkan...
  • ~lu sembang nanti wa sengat ! ~
    bagus r tu.. inilah dia khadam yg dikenali.. kih3.. tgk r ni http://bit.ly/X84eXA :B.
  • Iman Hafiz · Top Commenter · Tauke Syarikat at Sendiri bisnes
    Kasi pelingkup dulu umnooo.. itu yg plg penting...
  • Dt Hazama · Top Commenter
    kemah keming....
  • Kamarulzaman Hassan · Pengarah Urusan at Bekerja sendiri
    kalau dah sanggup jadi khadam, teruskanlah jadi khadam sampai bila2.tak payahlah berjuang mati matian untuk menang, kerana kalau menang pun akan tetap jadi khadam juga.oleh itu tak payahlah kita bermatian sokong orang yg sangup jadi khadam ni.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.