Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Jawatan PM: Pakatan tak perlu gaduh, kata Azmin
JAMILAH HAMZAH
19 November 2012
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali
 
KUALA LUMPUR - PKR hari ini menegaskan isu calon Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya satu strategi pembangkang dan tidak perlu "bergaduh" dalam soal tersebut.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, isu siapa yang bakal menjadi Perdana Menteri itu adalah strategi PR dan tidak perlu didedahkan.

Menurutnya, PR tidak perlu bergaduh mengenai cadangan calon yang dikemukan oleh parti tetapi lebih fokus kepada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

"Ini adalah strategi PR siapa yang jadi Perdana Menteri, tapi kita telah sepakat dalam isu ini.

"Tak perlulah kita nak bergaduh, ini soal kecil sahaja dan kita tak ada masalah dalam isu ini, lagipun ini bukan isu sangat.

"Kalau sudah menang PRU nanti kita boleh bincang, banyak yang kita nak ganti, contoh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan banyak lagi," kata beliau kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Mengulas lanjut, Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata, setiap ahli parti PR mempunyai hak untuk mencadangkan sesiapa sahaja untuk memimpin mereka dan PKR hormat dengan suara daripada akar umbi itu.

"Itu suara akar umbi, jadi kita hormat dan ini bermakna rakyat yakin dengan pemerintahan PR," katanya.

Sementara itu ketika mengulas isu doa Pas untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional, Azmin berkata, sesiapa yang melakukan kezaliman  perlu  ditolak.

"Bukan kita doa untuk keburukan tetapi kalau nyata dan terang sama ada individu atau organisasi yang bertindak  bertentangan dengan tuntutan agama, adakah kita harus bersekongkol?

"Seharusnya kita doa agar ALLAH bagi rahmat dan berdoa kezaliman ini akan dihentikan," katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.