Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Jika Tiada Fatwa, Mengapa Tiada Tindakan Ke Atas Utusan & Abdullah Sama'ah?


T
iada fatwa istilah ‘Kafir Harbi’, kata Jamil Khir.

KUALA LUMPUR, 6 Nov — Majlis Fatwa Kebangsaan tidak pernah mengeluarkan sebarang fatwa berhubung istilah “Kafir Harbi” yang merujuk kepada komuniti bukan Islam di negara ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam itu juga menegaskan, gelaran Kafir Harbi, mahupun Kafir Zimmi yang dikeluarkan terhadap pihak-pihak tertentu juga adalah bersifat peribadi.

“Sehingga kini tidak ada fatwa atau pandangan hukum berkaitan kedudukan orang bukan Islam di Malaysia sebagai Kafir Harbi atau Kafir Zimmi yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri atau MKI,” katanya dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Parlimen.

Jamil turut menjelaskan, sebarang pandangan hukum di negara ini hanya sah dan diiktiraf selepas mendapat kelulusan Jawatankuasa Fatwa Negeri-Negeri dan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI).

“Fatwa dan pandangan hukum di negara ini hanya boleh dikeluarkan pihak berautoriti.

“Oleh itu, mana-mana pendapat atau institusi selain daripada dua entiti tersebut tidak boleh dianggap sebagai fatwa, sebaliknya hukuman bersifat peribadi,” katanya lagi.

Abdul Hadi sebelum ini bertanyakan soalan mengenai tindakan yang diambil terhadap pihak yang menghukum sebahagian rakyat bukan Islam di negara ini sebagai Kafir Harbi.

Presiden PAS itu juga turut menyuarakan kebimbangan penggunaan istilah sedemikian yang menurutnya boleh menggugat ketenteraman kaum di Malaysia.

Mengulas berkenaan perkara itu, Jamil Khir berkata tidak wajar bagi seseorang menggunakan kebebasan bersuara sebagai alasan untuk mengeluarkan pandangan yang boleh mengelirukan masyarakat khususnya umat Islam di negara ini.

“Walaupun kerajaan meyakini prinsip kebebasan bersuara dan memberi pandangan, namun perkara yang berkait dengan isu agama merupakan isu sensitif bagi umat Islam,” katanya lagi.

Akhbar Utusan Malaysia pada Ogos lalu pernah mengeluarkan kenyataan berhubung satu temubual dengan pengasas Sekolah Agama Pondok Geting, Tumpat di Kelantan, Abdullah Sa’amah yang mengatakan adalah haram menyokong DAP kerana parti itu menolak hukum Islam dan turut melabelkan parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu dengan gelaran Kafir Harbi.

Istilah Kafir Harbi merujuk kepada golongan musuh bukan Islam yang mengancam dan berperang dengan umat Islam yang mana darah mereka halal ditumpahkan.

Dalam konotasi suasana perang, ia boleh diistilahkan diperingkat negara kerana golongan Kafir Harbi itu juga turut berusaha untuk membunuh umat Islam.

Apa tindakan tuduh bukan Islam sebagai kafir harbi.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri diminta menyatakan apakah tindakan yang telah diambil terhadap mana-mana pihak terutama media yang telah menghukum sebahagian rakyat bukan Islam di negara ini sebagai Kafir Harbi, kerana hukuman seumpama itu boleh menggugat ketenteraman kaum di Malaysia.

Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengemukakan pertanyaan bagi jawab lisan itu di Dewan Rakyat, hari ini.

Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan daripada ahli-ahl Parlimen PAS hari ini seperti di bawah.

Datuk Dr Mohd Hayati Othman [Pendang] minta Menteri Kesihatan menyatakan mengenai perancangan terhadap tanah KKM untuk tapak Hospital Pendang yang sudah menjadi kawasan penempatan hidupan liar yang dijanjikan untuk hospital sejak 2006.

Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar] minta Menteri Kewangan menyatakan berapa peratuskah cukai eksais kereta tempatan yang dikenakan.

Che Uda Che Nik [Sik] minta Menteri Pelajaran menyatakan tentang SAPS, E-Pangkat, E-Operasi, APDM dan E-Kehadiran (Kedah) telah dilaksanakan di semua sekolah di Malaysia, sekolah di Luar Bandar menghadapi masalah kemudahan Jalur Lebar, WIFI dan Internet amat perlahan dan kadangkala tidak ada langsung perkhidmatan, kadang-kadang berminggu-minggu terputus.

Ini amat membebankan guru. Apakah langkah Kementerian untuk atasi perkara ini.

Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah [Kota Bharu] minta Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi menyatakan langkah-langkah terkini yang dibuat bagi menjamin harga getah asli dan kelapa sawit tidak jatuh dengan lebih teruk lagi
-HD.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.