Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KEBAS DULU SEBELUM HILANG KUASA

Tuesday, November 13, 2012

Adnan Yaakob!! Kawasan Balak ni siapa punya?


Awal Januari lalu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz berkata "Mengisytiharkan harta dan aset milik menteri dan ahli keluarga terdekat mereka kepada orang ramai adalah sesuatu yang tidak patut dilakukan kerana boleh membahayakan mereka,”

Bagaimanapun semalam Bernama melaporkan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata beliau menyokong jika anggota UMNO yang menjadi calon dalam Pilihan Raya Umum ke 13 mengisytiharkan aset atau harta mereka.

Katanya, ia adalah wajar supaya mereka 'bersih' daripada elemen prasangka sebelum layak dipilih mewakili parti dan mengelakkan seseorang itu hidup di luar kemampuan yang tidak seimbang dengan pendapatan.

"Kita memerlukan bakal calon yang berintegriti, bersih dan berwibawa kerana wakil yang ditonjolkan itu adalah mewakili sebuah parti yang hebat," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan surat hak milik tanah kepada 86 peneroka Felda Tementi.

Baguslah kalau begitu.. tapi apa kata sebelum ‘Anggota UMNO’ dikerah mengistiharkan harta mereka, Menteri Besar Pahang jelaskan kepada semua siapa yang meluluskan lesen pengeluaran balak di Hutan Simpan Kekal Kemasul, Bentong sedangkan ia berstatus kawasan tadahan juga sumber air bagi daerah ini dan Bera.

Balak-balak yang sudah ditebang dilonggokkan di tepi jalan utama dari Felda Kemasul ke Simpang Pelangai menghala ke jalan keluar menuju Karak dan Kuala Pilah di mana dapat disaksikan dengan jelas kawasan hutan yang telah digondolkan.

Sementara kebanyakan balak yang ditebang didapati bersaiz kecil, yang sepatutnya tidak dimusnahkan begitu awal.

Kawasan ini terletak dalam Dewan Undangan Negeri Pelangai yang diwakili Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob sendiri..

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.