Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Kes Polis Rogol Warga Indonesia
12 November 2012
8 Pendapat
KENYATAAN MEDIA
Y.B. DATO’ MANSOR BIN HJ. OTHMAN
TIMBALAN KETUA MENTERI (1) PULAU PINANG

Saya ingin merujuk kepada laporan berita BERNAMA dan Sinar Harian bertarikh 11 November 2012 mengenai dakwaan kes tiga (3) orang anggota pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) merogol seorang warga Indonesia. Dakwaan yang dilaporkan di Prai, Pulau Pinang ini amat menggusarkan rakyat Pulau Pinang mengenai tahap keselamatan tatkala yang didakwa melakukan jenayah adalah mereka yang diberi amanah untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman awam.

Inilah yang dikatakan ”harapkan pagar, pagar makan padi”.

Rakyat Malaysia, khususnya Warga Pulau Pinang mendesak agar dakwaan ini dipandang serius oleh pihak pasukan PDRM dan Kementerian Dalam Negeri (KDN). Tambahan pula kes ini melibatkan hubungan dua hala antara Malaysia dan jiran tetangganya Indonesia.

Saya mengulangi ketegasan pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang bahawa langkah penambahbaikan pasukan PDRM hendaklan dilaksanakan tanpa berlengah-lengah lagi sebagaimana yang telah dicadangkan oleh Suruhanjaya Diraja Untuk Mempertingkatkan Operasi dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia yang dibentuk pada tahun 2005. Suruhanjaya ini  yang dipengerusikan oleh Bekas Ketua Hakim Negra, Tun Mohamed Dzaidin telah mencadangkan beberapa elemen penting dalam menambahbaik pasukan PDRM.

Salah satu elemen penting adalah dengan penubuhan sebuah Suruhanjaya Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC). Cadangan ini turut mendapat sokongan Tun Abdullah Ahmad Badawi (bekas Perdana Menteri kelima). Namun sehingga kini tidak ada perlaksanaan ke atas cadangan ini dan tiada sebarang usaha serius pihak kerajaan untuk mempertingkatkan kepercayaan rakyat kepada pasukan PDRM.

Kita berharap tindakan segera dapat dilakukan ke atas ketiga-tiga pegawai polis yang terlibat dalam kes ini seperti mana yang telah dijanjikan oleh Ketua Polis Negeri Pulau Pinang. Kita juga menuntut kebertanggungjawaban Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri untuk menyegera dan menangani kes ini. Kerajaan Negeri  akan menghulurkan bantuan guaman kepada pengadu melalui pasukan peguam Pakatan Rakyat bagi menunjukkan bahawa kita mengambil berat tentang perkara ini.
Sekian,

Y.B. DATO’ MANSOR BIN HJ OTHMAN
Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.