Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Kit Siang: Anwar PM jika kuasai Putrajaya
ROSMIZA KASIM dan SAPINAH ABD GHANI
17 November 2012
Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim ketika sedang berucap pada Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. - Foto Sinar Harian oleh Muhammad Zulfadhli Ahmad Zaki 
 
KOTA BHARU - Pakatan Rakyat hari ini sepakat mengumumkan untuk melantik Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sekiranya perikatan itu berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Perkara itu diisytiharkan oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang pada Himpunan Kebangkitan Rakyat di sini malam tadi.

Muktamar Tahunan Pas Kali ke-58 sedang berlangsung di sini.
"Anwar bakal Perdana Menteri Malaysia ketujuh bukan keenam," katanya secara terbuka.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Anwar juga berucap pada himpunan malam tadi.

Kit Siang berkata, pendirian itu dibuat untuk menyelamatkan negara daripada amalan rasuah yang semakin berleluasa.

Himpunan malam tadi di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV menghimpunkan kira-kira 40,000 penyokong.

 Awal Januari lalu, PR pernah mengulangi pendirian bahawa Anwar akan dilantik Perdana Menteri sekiranya mereka memenangi PRU13 kerana beliau dianggap "paling bersih".

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, tiada pemimpin PKR, DAP dan Pas yang lebih layak daripada Anwar untuk menjadi Perdana Menteri yang ketujuh sekiranya pakatan mereka menang pilihan raya akan datang.

"Ini bukan soal kita bela Anwar saja tetapi kita bela kerana beliau saja (pemimpin di negara ini) yang paling bersih untuk menjadi Perdana Menteri," kata Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Dalam pada itu, Harakahdaily melaporkan bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), Datuk Mohd Nahwari Hashim menyerahkan borang keahliannya kepada Abdul Hadi malam tadi.

Mohd Nahrawi juga  pernah menyandang jawatan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais). Selain itu beliau juga pernah berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri di bahagian perkhidmatan awam.

"Saya dah lama nak menyertai Pas, dan hari ini secara rasmi saya menyertainya. Saya minat agama, dan tak boleh lari dah. Orang minat kepada agama mesti memilih Pas," katanya.

  • Tq Mr Lim; seorang peguam, w.rakyat, pemimpin berpengalaman.

    Komen dari perspektif perundangan; memang pun Anwar satu2nya pemimpin yang telah lalui 'ujian2' mahkamah paling banyak di M'sia malah di dunia dewasa ini (usaha musuh politik 'pengotor' mencemar reputasi Anwar).

    'Penilaian' perundangan negara 'meluluskan' Anwar (bekas Tim. Perdana Menteri) 'terbersih' lantas meletakkannya sbg kepimpinan PR paling sesuai memegang jawatan PM (andai PR ke P'jaya).. insyaAllah..

    HIDUP RAKYAT! TAKBIR!
  • Rahman Ibrahim · Top Commenter
    anuar ibrahim memang patut dilantik menjadi PM, bukan haji hadi, bukan tok guru, bukan lim kit siang, bukan mat sabu, bukan lim guan eng, bukan harun din sbb anuar ibrahim "PALING BERSIH" drp ke enam enam pemimpin tsebut... siapa setuju "LIKE".
    • Razman Rashid · Top Commenter
      itu kenyataan guan eng. Pd aku paling bersih tok guru nik aziz. Tp anwar mmg layak jd PM.

      Mula2 ingat nak cuba2 saja, tapi bila tengok duit masuk hari2 USD25, rasa syok la pulak. Join je terus dh dpt USD4.
      Daftar FREE dulu disini:
      http://www.simplebisnes.com/wangmasuk
    • Abe Piea
      Siapa yg tergelak dengan komen Rahman Ibrahim; klik 'Like'.
      hehehehe
    • Abdullah Yew · Top Commenter · Universiti Teknologi Malaysia
      kepala hotak ko Anwar Bersih. Siapa rasa Rahman Ibrahim bodoh dan gay, LIKE sini.
  • Diyana Jude
    yeye je
  • Abdullah Yew · Top Commenter · Universiti Teknologi Malaysia
    Yes la tu. Jangan mimpi la. Aku lagi sanggup tengok negara ni berperang daripada gadai aqidah generasi akan datang.

    Orang Islam yang celik aqidah takkan pilih Anwar. hukumnya jelas. kita bukan persoalkan perjuangan dia. kita persoalkan pegangan aqidah dia.
  • Mohd Fahmi · Top Commenter · Juruwang di luar at Stesen Minyak Shell Cergas Saujana, Bayan Baru
    PERDANA MENTERI MALAYSIA KE 7 SELEPAS P.R.U KE 13, Y.A.B DATO SERI ANWAR IBRAHIM. KETUA PEMBANGKANG PARLIMEN MALAYSIA SELEPAS P.R.U KE 13, NAJIB RAZAK.
  • Bee End · Top Commenter · Bawah Titi
    Jikalau anuar dilantik jadi PM manusia yang paling malang sekali adalah MAHATDIR.
  • Ariman Ramli · Top Commenter · Sek men sultan ibrahim 1
    ANWAR PALING BERSIH HEHEHEHEHE KESIAN HJ HADI SEORG YG BERSERBAN DAN BERJUBAH MALAH DI PANGGIL TOK GURU TAK BERAPA BERSIH.AGENDA PEMIMPIN BONEKA DAP.TAKAN PENGIKUT PAS TAK SEMPAT NAK FIKIR BENDA2 KECIK MACAM NI.
    • Eken Eton · Top Commenter · Sek Men Dato' Syed Omar, Alor Setar, Kedah.
      lepas ni senang depa nak perguna anuar sebab rahsia anuar dlm kocek dap.pas saja yg duk mamai lagi.
    • Ariman Ramli · Top Commenter · Sek men sultan ibrahim 1
      ITU YANG SEBENARNYA,MEMILIH PEMIMPIN YANG SENANG UTK MEREALISASI AGENDA DAP,KALAU BENGAP LAGI ORG2 PAS TAK TAHU LA.MANA MARUAH ORG2 PAS LIM KIT SIANG MASUK RUMAH PAS,BERHADAPAN DENGAN ANAK CUCU PAS TAPI MENGHINA BAPAK PAS

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.