Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MENGADAP SULTAN ? SELANGOR ?

Isu Izzah: Pas berhasrat hadap Sultan
ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD
7 November 2012
Dr Dzulkefly Ahmad
Dr Dzulkefly Ahmad
 
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Kuala Selangor dari Pas, Dr Dzulkefly Ahmad bersedia menghadap Sultan Selangor bagi menjelaskan isu sebenar berhubung kontroversi berkaitan kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, Sabtu lalu.

Beliau yang juga ahli jawatankuasa kerja Pas Pusat berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) semalam bahawa Sultan Selangor turut terkejut dan kesal dengan kenyataan itu.

"Saya yakin mereka tidak berlaku adil. Ini disebabkan memutarbelitkan maklumat. Tidak munasabah Nurul Izzah ajak orang keluar agama.

"Saya yakin Sultan tidak mendapat kenyataan Nurul Izzah sebenar, saya bersedia menghadap Sultan bagi memberi informasi yang sebenarnya," katanya kepada media di lobi parlimen, hari ini.

Pengerusi Mais, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa dalam satu kenyataan berkata, Sultan Selangor sebagai Ketua Agama Islam Negeri Selangor dan pelindung hak dan kepentingan kaum Melayu juga berasa terkejut dan kesal dengan kenyataan tersebut.

"Dan, banginda menolak sama asekali sebarang pandangan daripada mana-mana pihak bahawa orang Melayu yang beragama Islam mempunyai kebebasan untuk memilih agama lain dan keluar dari Islam," katanya.

Dalam perkembangan sama, Dzulkefly juga kecewa dengan kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mashitah Ibrahim di dalam Dewan Rakyat yang menganggap Nurul Izzah telah menghina Islam.

Menurutnya, sebagai timbalan menteri Mashitah tidak seharusnya menjatuhkan hukuman terhadap Nurul Izzah sebelum mengadilinya.

"Dalam Islam sendiri meminta kita untuk  memeriksa terlebih dahulu sebelum melakukan hukuman," katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.