Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MINTALAH DENAN ALLAH

Najib: Rakyat perlu kekal kesinambungan pemerintahan

10 November 2012
Najib Tun Razak
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
ALOR GAJAH - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata rakyat perlu memilih mengekalkan kesinambungan pemerintahan negara bagi meneruskan agenda transformasi yang telah dirancang oleh kerajaan.
  
Perdana Menteri berkata sebagai contoh, rakyat boleh menilai corak pengundian rakyat Amerika Syarikat yang memilih Barrack Obama sebagai presiden negara itu bagi tempoh empat tahun lagi kerana ingin melihat kesinambungan transformasi yang dibawa oleh beliau.
  
"Rakyat Amerika Syarikat mempunyai dua pilihan sama ada nak merubah atau mengekalkan kesinambungan.
  
"Apabila mereka tidak yakin dengan agenda calon parti Republikan Mitt Romney, jadi mereka fikir lebih baik pilih kerajaan sama kerana ingin mengekalkan kesinambungan dan saya percaya itu keputusan yang amat tepat dan bijak," katanya ketika berucap merasmikan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Melaka di Kuala  Linggi di sini, hari ini.
  
Beliau berkata rakyat Malaysia patut mengikut apa yang dilakukan rakyat Amerika dalam menjamin masa depan negara mereka.

"Ada hal tertentu yang kita boleh ikut (rakyat Amerika) seperti soal kesinambungan daripada menyokong sesuatu yang kabur, tetapi soal seperti LGBT (gejala lesbian, gay, biseksual dan transgender) dan lain-lain itu tak perlulah kita ikut," katanya.

  
Justeru, Najib berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) berjanji bukan hanya untuk mengekalkan kesinambungan pembangunan malah melaksanakan transformasi besar  untuk negara jika terus diberikan mandat oleh rakyat.
  
Beliau berkata perubahan tidak boleh dilakukan dalam sekelip mata seperti yang dilaung-laungkan oleh pembangkang.
  
"Jangan termakan dengan janji-janji manis pembangkang kerana ini semua janji-janji kosong yang tidak mungkin dapat ditunaikan," katanya.
  
Katanya menjadi tanggungjawab rakyat untuk memilih kerajaan yang mampu menjamin masa depan mereka serta negara dan bukannya mengharap janji yang tidak jelas. - Bernama
  • Orangsama Ben Laden · Top Commenter
    Untuk mengekalkan kesinambungan? Untuk siapa? Untuk mengkayarayakan lagi keluarga dan kroni? Cuba beri parti lain pulak memerintah atau sekurang2nya ''berlawan'' secara anak jantan dan adil. Adakah kamu boleh merasa bangga kerana kamu menang secara undi pos? Atau undi dari pendatang2 yang diberi mykad untuk mengundi kamu? Tentu dalam hati kecik kamu ada merasa sedikit ''kelainan'' kerana menang secara tidak sah. Senyuman dan ketawa hilai kamu semacam dibuat2; rakyat perasan. Selama mana penipuan demi penipuan dibenarkan berlaku oleh ALLAH? Jangan lupa bahawa ALLAH maha adil.
    • Side Alyahya · Top Commenter · SMA Al-Khairiah, Temerloh
      sudah2 la najib..tapaya nak kesinambuangan sgt..memerintah tak cekap,menteri kerja tak pandai,menipu kuat.jual negara kat bangla,nepal,myanmar,vietnam.hanya nak kayakan kroni.masing2 harta bjuat2/blion2 mcm taib mahmud...mampos sama bn,cpt2 la bubar parlimen.
    • Abe Piea
      PILIH PAKATAN RAKYAT; ISLAM/MELAYU TAMBAH KUAT DAN SELAMAT.
      Calon wakil rakyat Islam/Melayu jauh lebih ramai, lebih baik (alim/bijak) dlm PR berbanding dlm BN.

      PAKATAN RAKYAT = PAS, PKR, DAP;.
      =1 ISLAM/MELAYU: I MELAYU/ISLAM/PELBAGAI KAUM/AGAMA: 1 CINA/PELBAGAI KAUM/AGAMA.

      BARISAN NASIONAL = UMNO (MELAYU ISLAM), MCA (CINA), MIC (INDIA), GERAKAN (CINA) PPP (INDIA), PBB (DAYAK), SUPP (CINA), PBS (KADAZAN), LDP (CINA), PBRS (CINA), UPKO (KADAZAN/KRISTIAN), SPDP (CINA), PRS (IBAN).
      = 1 MELAYU ISLAM : 12 PERKAUMAN/KAFIR.
    • Bro Otai · Top Commenter · Sepang New Village, Negeri Sembilan, Malaysia
      cakap banyak sinam lah..lain kali jaga mulut jangan celupar..sinam2 nak kata orang haramjadah..sekarang kau rasalah...
  • Zinbad Battle Station · Top Commenter · Smk victoria kl
    tuan pm negara lain tukar pemerintah perkara biasa...
    kat us pilihanraya adil...rakyat sana matang...disini pm lupa.
    dan tak matang..cubaan memutar belit berlaku..kat us adakala.
    republican menang adakala democrat menang...dua parti ini.
    sejak dulu bertukar tangan...disini umno sejak 55 tahun.
    saja yang memerintah..tiada parti lain untuk di perbandingkan..
    jadi aku cadang pm usah memperdayakan rakyat..ini bukan zaman dulu..
    • Zinbad Battle Station · Top Commenter · Smk victoria kl
      kat us kalau calon itu penyamun besar pasti awal lagi di tolak
      ahli parti untuk dicalonkan sebagai president..di sini lagi kuat samun
      lagi kuat dipilh jadi pemimpin...sebab rakyat dididik makan rasuah..
      bila dah sebati mereka tak kira siapa pemimpin negara ini dan parti
      mana..jika begini keadaan nya..saya yakin sampai bila-bila pon
      sebahagian rakyat akan sentiasa bodoh..lebih yakin negara ini tidak
      akan menjadi negara maju..sebab antara syarat nak jadi negara maju..
      pembangunan insan serta cara berfikiran mesti maju..pm lihat saja
      pemikiran rakyat negra ini sekarang yang di bawah umno....
      layak ke jadi negara maju?...saya suka dengan isu ini...
    • Abe Piea
      PILIH PAKATAN RAKYAT; ISLAM/MELAYU TAMBAH KUAT DAN SELAMAT.
      Calon wakil rakyat Islam/Melayu jauh lebih ramai, lebih baik (alim/bijak) dlm PR berbanding dlm BN.

      PAKATAN RAKYAT = PAS, PKR, DAP;.
      =1 ISLAM/MELAYU: I MELAYU/ISLAM/PELBAGAI KAUM/AGAMA: 1 CINA/PELBAGAI KAUM/AGAMA.

      BARISAN NASIONAL = UMNO (MELAYU ISLAM), MCA (CINA), MIC (INDIA), GERAKAN (CINA) PPP (INDIA), PBB (DAYAK), SUPP (CINA), PBS (KADAZAN), LDP (CINA), PBRS (CINA), UPKO (KADAZAN/KRISTIAN), SPDP (CINA), PRS (IBAN).
      = 1 MELAYU ISLAM : 12 PERKAUMAN/KAFIR.
  • Khai Azza · Top Commenter
    masalahnya barrack obama br memerintah nk masuk tahun kelima, tp kat malaysia ni bn dah lebih 50 tahun, klu ppuan dh menopous dh pn.jgnla nk bandingkn budak umur 5 tahun dgn org tua berumur 50 tahun.
  • Tsabit Zaid · Top Commenter
    Tanya sama najib, apa sebab goyang.
    Nanti jawab najib, duit dah kurang.
    Bisik sama zeti, apa pasal kurang.
    Nanti jawab zeti, omah yg buang.

    Cuba tanya omah, apa sebab buang.
    Nanti jawab omah, aku beli gelang.
    Tanya sama gelang, ada berapa pasang.
    Pasti jawab gelang, tanyalah subang.

    Subang nanti kata, aku asli semua.
    Bukan dari sini, aku Harrold's punya.
    Kalau tak ada duit, kalian mimpi saja.
    Cuma omah seorang, ada juta juta.

    ...See More
  • Yusmelaka Pikear · Top Commenter · -
    pm.cakaptak serupa bikin..REFORMASI...ABUN (asal bukan najib).
  • Abu Abup
    wawasan 2020, Islam hadari, lening 1Malaysia pulok, memang ada kesinambengongan.
  • Azfr D. Kenji · Top Commenter · Universiti Teknikal Malaysia Melaka
    be fair to sabah, then u'll get my respect, my trust n my vote.
  • ~lu sembang nanti wa sengat ! ~
    tumbang kn rejin iras MATA SATU... tgk la ni http://bit.ly/UdaMMW :(
    • Abe Piea
      PILIH PAKATAN RAKYAT; ISLAM/MELAYU TAMBAH KUAT DAN SELAMAT.
      Calon wakil rakyat Islam/Melayu jauh lebih ramai, lebih baik (alim/bijak) dlm PR berbanding dlm BN.

      PAKATAN RAKYAT = PAS, PKR, DAP;.
      =1 ISLAM/MELAYU: I MELAYU/ISLAM/PELBAGAI KAUM/AGAMA: 1 CINA/PELBAGAI KAUM/AGAMA.

      BARISAN NASIONAL = UMNO (MELAYU ISLAM), MCA (CINA), MIC (INDIA), GERAKAN (CINA) PPP (INDIA), PBB (DAYAK), SUPP (CINA), PBS (KADAZAN), LDP (CINA), PBRS (CINA), UPKO (KADAZAN/KRISTIAN), SPDP (CINA), PRS (IBAN).
      = 1 MELAYU ISLAM : 12 PERKAUMAN/KAFIR.
  • Tun Perak · Top Commenter · Tukang komen at Sendiri
    52 tahun merdeka kaum melayu masih duduk di kelas ke tiga. umno tak perjuangpun nasib kaum melayu melainkan retorik utk menyapu hasil negeri dan negara. 52 tahun merdeka byk tanah tanah melayu tergadai. umno tak pernahpun mahu mempertahankannya sebaliknya tabur pelbagai janji bohong. hampir kesemua negeri termasuk putraja dipimpin bangsa melayu, yg kaum melayu yakin bahwa dgn adanya glc tanah tanah melayu ini akn kekal milik bumiputra tapi kaum melayu hampa kerana impian mereka cuma angan angan mat jenin. ubah utk survival bangsa melayu. ubah utk kebajikan rakyat yg lebih bermakna dan tuntut berbillion wang rakyat yg telah dirompakboleh elit elit umno dan bn ini.
    • ~lu sembang nanti wa sengat ! ~
      rompak merompak .. tgk la ni http://bit.ly/UdaMMW :(
    • Isu Rakyat · Top Commenter · Berubah Untuk Masa Depan
      PM najib berckp utk kekalkan kuasa pru13 dn xnk ngaku kalah kalu BNend kalah xtau lah apa jd.....melayu pecah dua kelompok 50% PR 50% BNend xleh wat per la najib masih kekalkan kuasa sbb majoriti rkyat xnk memberontak kehidupan masih ok lg.
    • Nasir Bakar · Top Commenter · Works at UiTM
      FELDA dibina oleh Tun Razak untuk melayu tetapi Najib mengadaikannya. Tanah FELDA lebih dari 2 juta ekar bergantung hidup dlm pasaran saham yang kini mencecah harga harga terendah sejak dipasarkan secara umum.....
  • Wan Perkasa · Top Commenter
    kepala hotak mu najib.
  • Abe Piea
    PILIH PAKATAN RAKYAT; ISLAM/MELAYU TAMBAH KUAT DAN SELAMAT.
    Calon wakil rakyat Islam/Melayu jauh lebih ramai, lebih baik (alim/bijak) dlm PR berbanding dlm BN.

    PAKATAN RAKYAT = PAS, PKR, DAP;.
    =1 ISLAM/MELAYU: I MELAYU/ISLAM/PELBAGAI KAUM/AGAMA: 1 CINA/PELBAGAI KAUM/AGAMA.

    BARISAN NASIONAL = UMNO (MELAYU ISLAM), MCA (CINA), MIC (INDIA), GERAKAN (CINA) PPP (INDIA), PBB (DAYAK), SUPP (CINA), PBS (KADAZAN), LDP (CINA), PBRS (CINA), UPKO (KADAZAN/KRISTIAN), SPDP (CINA), PRS (IBAN).
    = 1 MELAYU ISLAM : 12 PERKAUMAN/KAFIR.
  • tebuanbuan (signed in using yahoo)
    kat us(Barrack Obama) kerajaan adil dan tulus.tak mcm kat malaysia..kerajaan malaysia guna kuasa yg di berikan oleh rakyat untuk jahanamkan rakyat malaysia.pegi mampuslah ko najis..aku xsabar nak tengok drama najis /altantuya.siapa pengarah kes pembunuhan.
  • Md K. Masri · Top Commenter · Universiti Sains Malaysia
    kalau nak ikut US..jom DEBAT..Barrack Obaman dan calon parti Republikan Mitt Romney berdebat secara live di media perdana menerangkan agenda masing2 pd rakyat US...dari situlah rakyat menilai dan membuat keputusan..ada berani?
  • Khai Azza · Top Commenter
    "Jangan termakan dengan janji-janji manis pembangkang kerana ini semua janji-janji kosong yang tidak mungkin dapat ditunaikan"mana najib tahu tak mungkin dpt ditunaikan, najib dh thank you nujum pak belalang ke sampai boleh tahu masa dpn ni.
  • Lae Sage Duke Sage · Top Commenter · Works at International University of Technology Twintech
    Blahla ko najib..Telor pun xdak. Dia org boleh berdebat apasal ko takut berdebat..?. Makam pahlawan itu tak layak utk ko..ko tau tak?. Perasuah besar..!!
  • Zuhairy Jb · Top Commenter · SMK Rosli Dhoby, Sibu
    Demokrasi di Amerika demokrasi yang telus dan bebas...... di Malaysia dikenali sebagai demokrat palsu..... untuk keluar dari kepalsuan, kemunduran, kelembapan ekonomi, perhambaan........ kena pilih perubahan........
  • Kojak Jak · Top Commenter
    MERAIH SIMPATI KONON, BUAT APA NAK BN MENERUSKAN PEMERINTAHAN JIKA RAKYAT DI TINDAS DGN KENAIKAN HARGA BARANG, DEMI KEUNTUNGAN KRONI2 DAN ISTERI2,
  • Affandi Ismail · Top Commenter · Works at OffshoreMan
    Cubalah bagi kat org lain plok...jurulatih pasukan bola pun selalu bertukar ganti supaya ada improvement..
  • Lee Yunus · University of Malaya
    sudah la.bg peluang pd party lain pula printah.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.