Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Monday, November 12, 2012

Denyut Nadi UMNO Parit Terhenti Seketika..Pentas PAS Dikuasai Orang Umno

                               Cikgu Khatib disisi YDP Pas Parit Ustaz Ismi.
 
Gelombang Kebangkitan rakyat semakin hebat dan yang terkini ianya juga turut melanda ahli ahli Umno.Setelah banyak kempen kempen pencerahan kepada rayat serta penerangan demi penerangan dilakukan ,telah Berjaya menanamkan kesedaran dan keinsafan kepada rakyat tentang perlunya untuk mereka melakukan perubahan perubahan demi memperbaiki sistem pemerintahan Negara yang kian hampir menuju kemusnahan.

 Umno semakin tidak bermaya apabila rakyat mula sedar dan mula mempertikaikan setiap tindaktanduk partai tersebut.Kalau dahulu setiap polis iatau dasar yang dijalankan olehkerajaan yang memerintah tidak dapat tentangan dari rakyat kerana mereka beranggapan segala yang dilakukan kerajaan adalah benar dan sah.Namun dengan kesedaran yang tinggi,sekarang rakyat mula mempersoalkannya. Mereka ingin tahu apakah kesan dan akibat sesuatu dasar atau tindakan yang dijalankan itu kepada rakyat.Mereka akan mempersoalkan apakah polisi polisi itu diwujudkan demi kebaikan rakyat tanpa adanya muslihat disebaliknya.
 
Langkah kerajaan melancarkan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES )telah mendapat tentangan yang hebat daripadarakyat.Mereka sedar bahawa sebenarnya kerajaan tidak ada niat yang mendalam untuk mengurangkan kadar kemalangan dan meningkatkan disiplinrakyat.Apa yang mahu dibela ialah kroni dan keluarga sendiri.Telah terbukti bahawa syarikat yang dilantik untuk menjalankan  AES ini adalah syarikat  yang mana keluarga Umno dari Johor dan MCA mempunyai kepentingan.Syarikat ini akan menerima habuan dari banyaknya saman yang dikeluarkan.Ini dapat diterangkan kenapa begitu banyak kamera dipasang diseluruh Negara dengan hadlaju yang terlalurendah. Contoh diselekoh Changkat Melintang akan dipasang kamera AES dan hadlaju yang ditetapkan adalah 50km/jam.Satu jalan di Langkap akan dipasang kamera dengan hadlaju 30km/jam!.

 Disebabkan langkah langkah kerajaan yang membelakangkan rakyat ini,menyebabkan ramai ahli ahli Umno telah bertekat meningalkan partai ini dan menyertai parti parti dalam Pakatan rakyat. Terkini seorang tokoh lama Umno Parit iaitu Encik Khatib Sanusi atau lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Khatib telah mengambil keputusan untuk menyertaiperjuangan PAS.Beliau merupakan Mantan Pengerusi Tetap Pemuda Umno Parit.Beliau merasakan bahawa Umno tidak lagi memperjuangkan nasibrakyat, dimana banyak penipuan penipuan dilakukan untuk membela kepentingan keluargadan kroni.Padanya UMNO  sudah tidak relevan lagi untuk memerintah Negara. Umno sudah tidak lagi dapat menjalankan amanahnya sebagai pemimpin untuk orang Islam kerana banyak dasar dan polisi yang dibuat tidak selaras dengan hokum hukum Islam.

Bertempat di Markas Pas Titi Gantung bekas bekas ahli Umno ini telah berkumpul dan mengunakan pentas  PAS  ini untuk memberikan penerangan kepada Rakyat.Turut berucap ialahDato’  Arif Sabri bekas ADUN  Lubuk Manis dan Ketua Penerangan Umno Pekan ,Cikgu Khatib dan Encik Nazri Nordin ,Bekas AJK Umno Gopeng. Mereka telah mengambil kesempatan yang berharga ini menerangkan tentang penghijrahan mereka dan memperjelaskan tentang isu isu terkini kepada rakyat.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.