Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

OPOCOOOOOOOT ! TERKEJUT POLITIK

DULU ADA MENTERI SEBUT ISLAM LIBRAL MAKA SEMUA SUNYI SEPI, MENGAPA ? TAK BAHAYAPUN !

Wednesday, November 7

Tindakan terpantas didunia... kahkahkah...

Mais: Sultan kesal, Jais diarah siasat Izzah
SHAH ALAM - Sultan Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) terkejut dengan kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berhubung kenyataannya berkaitan isu kebebasan beragama, sebagaimana dipetik oleh beberapa media sejak hujung minggu lalu.
"Mais berasa begitu terkejut dan kesal dengan kenyataan dikeluarkan oleh YB Nurul Izzah dalam forum Negara Islam: Versi Mana, Siapa Bertanggungjawab?" kata Pengerusinya, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, Mais telah mengarahkan Jabatan Agama Islam Selangor membuat siasatan untuk tindakan sewajarnya.

Kata beliau, Mais ingin menyatakan bahawa Sultan Selangor sebagai Ketua Agama Islam Negeri Selangor dan pelindung hak dan kepentingan kaum Melayu juga berasa terkejut dan kesal dengan kenyataan tersebut.
"Dan, banginda menolak sama asekali sebarang pandangan daripada mana-mana pihak bahawa orang Melayu yang beragama Islam mempunyai kebebasan untuk memilih agama lain dan keluar dari Islam," kata beliau.
Mohamad Adzib berkata, Islam adalah satu syarat yang menentukan status sebagai seorang Melayu seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan.
"Oleh itu, pemikiran liberalisme atau pluralisme ini amat bahaya kerana akan menghakis hak kedudukan dan keistimewaan orang Melayu yang sedia termaktub dalam Perlembagaan dan undang-undang yang sedia ada.
"Sultan Selangor juga menitahkan soal-soal berkaitan Islam jangan dipolemikkan dan dijadikan modal politik untuk kepentingan pihak-pihak tertentu kerana boleh mengelirukan dan memesongkan fahaman umat Islam berkaitan agama Islam," kata beliau.
Mais, kata beliau, bertegas bahawa apa-apa pun agenda mahupun tindakan berorientasikan politik tidak boleh sekali-kali menggadai kedudukan, kefahaman dan pelaksanaan Islam di Selangor khususnya dan di Malaysia amnya.
"Walau apa pun, Mais telah mengarahkan Jais membuat siasatan untuk tindakan sewajarnya," kata beliau lagi.- SH

2 orang berkata:

Anonymous said...

Kami rela berkorban apa sahaja untuk menentukan agama Islam terus menerus ditegakkan di bumi ALLAH.

Anonymous said...


Orang Islam tidak perlu menunggu siasatan untuk mengambil tindakan yang tegas terhadapnya. Melambatkan tindakan bermakna Islam akan terus di pijak oleh musuh ALLAH. Kalau Kaabah hendak dihancurkan oleh bala tentera gajah, maka ALLAH serta merta menurunkan bala yang amat dasyat, apatah lagi agama Islam mahu dihancurkan oleh pemimpin yg sombong dan takbur. Tepukan dari hadirin yg terdiri ahli neraka menjadikan YB Izzah terus takbur.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.