Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Pas gesa pengundi waspada 'taufan wang' PRU13
Wartawan Sinar Harian
16 November 2012
Pas gesa pengundi waspada 'taufan wang' PRU13
Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama Abdul Hadi Awang menyanyikan lagu parti pada Muktamar Tahunan Pas Ke-58. Turut sama (dari kiri) Mohamad Sabu dan Mustafa Ali. – Foto Bernama
 
KOTA BHARU - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, seluruh negara akan berdepan dengan "taufan wang" parti lawan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) - yang dilihat sebagai ibu kepada segala pilihan raya.

Presiden Pas menegaskan bahawa pengundi sudah pasti akan dipujuk dengan menggunakan wang oleh parti lawan untuk meraih undi.

Tanpa menamakan mana-mana pihak khusus, Abdul Hadi berkata, "di saat ini sehinggalah kita berdepan dengan PRU ke-13 nanti, seluruh negara akan berdepan dengan taufan wang yang akan masuk ke setiap buah rumah dan jiwa manusia yang ada di tanahair kita ini."

"Pas akan berdepan dengan ujian getir rakyat yang dipujuk dengan wang, projek dan sebagainya, selain dari berbagai cara penipuan yang menjadi senjata utama lawan kita," kata beliau.

Pemerhati melihat PRU13 akan menjadi medan yang sengit antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat, yang dianggotai DAP-PKR-Pas.
 
 
Beliau menyatakan demikian dalam ucapan dasar bertemakan "Negara Berkebajikan Teras Perpaduan" pada Muktamar Tahunan Pas ke-58 di sini hari ini.

Muktamar kali ini berlangsung di sebalik spekulasi PRU13 akan diadakan bila-bila masa dari sekarang.

Abdul Hadi menambah, "ingatlah, bahawa ungkapan menuju ke Putrajaya yang saban waktu kita laungkan; melalui program Himpunan Hijau ke Putrajaya, Program Pas ganti Umno, Himpunan Kebangkitan Rakyat; semuanya adalah berpijak di atas kenyataan keazaman kita untuk membawa rakyat sama-sama melakukan perubahan."

Jelas beliau, ia bukan satu mimpi tetapi turut berada dalam jangkauan hasil dari muafakat bersama dalam Pakatan Rakyat (PR).

Sehubungan itu kata beliau, "maka kita perlu menyatakan komitmen untuk melakukan tindakan-tindakan tertentu dalam menghadapi PRU-13 ini."

Tindakan pertama, menurut beliau, ialah para petugas Pas perlu banyak bersabar dan kekal bersiap sedia walaupun terganggu oleh strategi BN melambat-lambatkan PRU, sebab penundaan tarikh-tarikh PRU adalah sememangnya strategi BN untuk menurunkan moral serta melemahkan kedudukan kewangan kita, selain dari mereka juga cuba memancing isu yang akan memerangkap kita.

"Sepanjang tempoh ini jugalah, kita akan berdepan dengan tiupan api perkauman dan ketegangan oleh media arus perdana yang menjadi perkakas dalam mempertahankan kerakusan kerajaan Umno-BN.

"Teguhlah dengan jamaah, nescaya kita akan terus selamat dan mampu menghadapi dengan cabaran ini," katanya.

Di bawah tindakan kedua, menurut beliau, para petugas Pas hendaklah banyak membuat persediaan menjaga benteng masing-masing menghadapi musuh yang amat licik.

"Tindakan ketiga, petugas Pas hendaklah bersedia menangani kedatangan orang-orang Melayu khususnya golongan muda yang sudah berubah tetapi tidak menzahirkan sokongan kerana menghormati ibu bapa mereka yang masih menyokong Umno.

"Sikap orang muda sekarang amat berbeza dengan generasi terdahulu. Fahamilah, bahawa mereka tidak suka ceramah yang mencaci-cela orang, mereka menyokong Pas tetapi tidak mahu menjadi ahli, mereka mahukan pimpinan Pas memperincikan agenda-agenda yang dijanji dan dan bukan sekadar retorik, mereka cepat cakna perkembangan semasa kerana sentiasa berkomunikasi antara satu sama lain menerusi facebook, blog, sms dan lain-lain," katanya.

Tindakan keempat, kata Abdul Hadi, Pas juga hendaklah memenangi sebanyak mungkin kerusi yang diamanahkan kepada parti itu dengan keutamaan ialah mempertahankan semua kerusi Parlimen yang telah dimenangi PRU2008.

"... kerusi Parlimen yang lain akan diberikan suntikan kerja yang tersusun dengan disokong oleh pimpinan pusat yang diamanahkan tugas tumpuan ini, semua Parlimen yang ditandingi Pas di Sabah dan Sarawak akan juga diberi tumpuan khusus bagi menjamin kemenangan bersama," katanya lagi.

Abdul Hadi juga berkata, PRU13 juga adalah merupakan pilihan raya yang melibatkan perang siber.

"Persiapannya bukan lagi seperti pilihan raya yang pernah kita lalui sebelum sebelum ini.
"Mahu tidak mahu, suka tidak suka, petugas-petugas kita disemua peringkat mesti melakukan reformasi cara bekerja dengan menguasai teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) terutamanya dalam menghadapi fenomena perang siber menerusi media baru ICT sekarang ini," katanya lagi.


  • Haji Mohd Yusof Muda · Top Commenter
    Kekuatan BN terletak kepada duit...(contoh 40 juta untuk UMNO Sabah). Kalau rakyat mengundi kerana duit pasti BN Menang besar tetapi kalau rakyat mengundi kerana inginkan perubahan...keadilan kepada rakyat...harapan PR mungkin cerah...
    • uqapla (signed in using yahoo)
      PKR/PAS buat ceramah kt area Dap..khemah,PA system krusi semua DAP supply..! sapa tokeh2 aka Underworld takkan Umno kot? sapa tokeh2 hartatanah megastar takkan melayu kot? Siapakah yg bersikap regional bukan patriotik dlm Malaysia nih..? ada akal fikir lerr..tk semua salah Umno..>
    • uqapla (signed in using yahoo)
      Correction: Pas gesa pengundi waspada 'taufan wang' DAP
  • Riezman Abdullah · Top Commenter · University Malaysia Sabah Labuan International Campus
    berkobar nampaknya YB Abdul Hadi....walau bagaimanapun negara ini masih ditadbir dengan baik, harmoni dan muafakat oleh kerajaan sedia ada...budi dan jasa tidak pernah ku lupa..sokongan ku tetap kepada BN...
  • Ishak Abdol · Top Commenter · Supervisor at HQ SCDF WO (Retired)
    Dah Meracau dah.. Takut Bayangan Sendiri.. Takut Penyokong Lari kerana banyak hambuan yang menanti.. Hendak Buat.. Tak Ada Duit..Lebih Baik Berjanji Aje Lah.. Janji Seribu Janji.. Suatu Habok Pun Tak Di Tepati..
  • Ishak Abdol · Top Commenter · Supervisor at HQ SCDF WO (Retired)
    Ta dok apo (tak ada apa), negara ini demokrasi. Bagi duit ambil, bagi lembu sembelih, bagi kain pakai, tapi kalau mengundi, pakoh (pangkah) BN,” kata Nik Aziz kepada Sinar Harian
    • Flat Ns · Top Commenter · Works at Dubai
      Igtlah hj, setitik darah kita hasil makanan dr sumber haram mahu pun syubbahah, gelaplah hati kita untuk nk bertakwa kepada Allah. Tiada takwa, tiadalah iman. Org2 yg tidak beriman sudah pasti neraka jahannam tempatnya. Siang malam kita berdoa agar dijauhkan dr tempat tersebut tetapi kita masih juga gagal menjaga anggota yg 7 dr melakukan perkara2 yg dilarang.
  • Noh Alan · Top Commenter · SMK Belaga 83-86
    BERSIH Sangatkah pas itu. Hantu bayangan sendiri mengilai parti politik pr kini dan akan menghadapi pengadilan rakyat. Apalaungan mereka, kearah mana perjuangan, dan sejauh mana janji di mereka ditepati untuk membuktikan perjuangan mereka itu diyakini oleh rakyat.
  • Ishak Abdol · Top Commenter · Supervisor at HQ SCDF WO (Retired)
    Semangat Berkobar kobar atas pentas...lepas keluar lalu bisik...Itu Cakap Cakap Politik Kata Nik Aziz.
  • Abu Abup · Top Commenter
    Ini memang amalan BN dari dulu.Slogan mereka ialah "duit parti duit parti, duit rakyat duit parti jua".
  • Mohd Amin Faris Redzuan · Top Commenter
    1. kan ke tamat tempoh parlimen ni tahun depan ape yg sebok2 sedia sekarang?
    2.baguslah banyak projek, senang rakyat, banyak peluang kerja, bukan janji je macam pas buat tak dak.
    3.orang muda memang tak suka pas yg angkuh dan sobong.
    4. nak menang banyak kerusi mestilah tunjukkerja ygbaik bukan maki hamun orang lain.....
  • Shariffudin Osman · Top Commenter · Uitm
    PAS pun tabur duit jugak....BN bagi duit kepada semua termasuk pro pembangkang sebab BN Janhi Ditepati....kerajaan membela rakyat....bukan macam pembangkang...4 negeri pun lintang pukang.....yang majukan 4 negeri tu pun semasa BN memerintah....
  • Tun Perak · Top Commenter · Tukang komen at Sendiri
    undi pakatan jika tak nak harga barang keperluan naik secara mendadak tahun depan. kerana dijangka akn kuatkuasakan cukai gst pd setiap barang keperluan waimah fakir muskinpun wajib membayar cukai. ini keran hutang negara telah mencecah 500 billion dan rakyat perlu membayarnya bukan najib bukan rosmah bukan nazeri bukan musa aman bukan sharizat bukan mirzan bukan tr bukan lim liong sik dan bukan kroni kroni bn yg melahap wang negara dgn angaran beratus kali ganda dari harga semasa. pakatan mampu mengawal perbelanjaan tidak berhemah ini mengurangkan defisit dan memberi kebajikan kpd rakyat.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.