Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Pemuda Pas: PRU13 jihad galas amanah rakyat
Wartawan Sinar Harian
15 November 2012
Nasrudin Hassan
Nasrudin Hassan Tantawi
KOTA BHARU - Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi mahu seluruh ahli sayap itu menjadi ejen pencorak masa depan - ke arah menjadikan Malaysia negara yang lebih sejahtera selain menjadikan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) "jihad" menggalas amanah rakyat.

Berucap menyampaikan ucaptama pada Muktamar Tahunan Ke-53 sayap itu di sini malam tadi, beliau berkata, Pemuda Pas harus meneruskan tugas memimpin kebangkitan anak muda khususnya menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.


Lebih 1,000 perwakilan dan pemerhati dilihat hadir pada malam ini. Ia dirasmikan oleh Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.


Turut hadir Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said serta wakil Angkatan Muda Keadilan dan Pemuda Sosialis DAP.


Perwakilan membahaskan ucapannya hari ini.


"Muktamar tahun ini berlangsung tatkala kita berada di ambang Pilihan Raya Umum ke-13. Seluruh Pemuda Pas perlu menjadikan gerak kerja dalam PRU ke-13 ini sebagai jihad dan ibadah untuk menggalas amanah dan tugas dengan penuh istiqamah dan iltizam, demi mendapatkan keredhaan ALLAH.


"Maka di atas tuntutan ini, tibalah masanya kita memperkukuhkan komitmen memimpin kebangkitan anak muda dengan membawa gagasan 'mencorak masa depan' sebagai tema Muktamar Dewan Pemuda Pas kali ke-53, bertepatan dengan agenda Membangun Negara Berkebajikan sebagai asas pembentukan sebuah negara yang lebih sejahtera dan diredhai oleh ALLAH SWT," katanya.


Menurut Nasrudin lagi, komitmen untuk mencorak masa depan masyarakat dan negara ke arah lebih baik bukan lagi satu pilihan, tetapi kewajipan yang perlu ditunaikan oleh setiap anggota Pemuda.


Justeru katanya, dalam mencapai matlamat itu Pemuda Pas pada sesi ini telah membuat penilaian terhadap aktiviti mereka berdasarkan hala tuju yang ditetapkan sebelum ini khususnya dalam mendekati anak muda.


Menurut beliau, antara pencapaian yang boleh dibanggakan ialah kejayaan Pemuda Pas menggerakkan pendaftaran dan menguasai sokongan pengundi muda serta berjaya memposisikan diri dalam hubungan media baru.


Pemuda juga jelas beliau, berjaya menampilkan Pas sebagai parti yang prihatin dan pembela nasib rakyat serta memposisikannya sebagai parti teras dalam Pakatan Rakyat.


Bagaimanapun, jelas beliau, dalam bab membina dan menampilkan tokoh pemimpin muda negara, ia masih di tahap kurang memuaskan.


"Sudah pasti, banyak pencapaian yang boleh dibanggakan dan tidak kurang juga banyak kelemahan yang perlu diperbaiki sepanjang tempoh perjalanan sesi Dewan Pemuda Pas Pusat kali ini.


"Pencapaian dan muhasabah tersebut telah direkodkan dan akan dibentangkan secara terperinci melalui Buku Laporan Aktiviti Tahunan Dewan Pemuda Pas Pusat yang akan dipersoal dan diperbahas oleh para perwakilan di dalam muktamar ini," katanya.


Bagi menjadi ejen pencorak masa depan juga jelasnya, beberapa anjakan pemikiran di pringkat pemuda perlu dibuat terlebih dahulu agar lebih mudah mencapai matlamat yang ditetapkan.


Nasrudin turut menggesa Pemuda Pas memainkan peranan bersungguh-sungguh kali ini memandangkan bukan sahaja masyarakat, malah negara kian rosak dibawah pemerintahan Umno BN sekarang.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.